Hajiji & Juliah hadiri Majlis Persantapan Diraja Perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis  Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Kebawah Duli  Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin  Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang  Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang  Anisha Rosnah binti Adam di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin. 

Terdahulu, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di  Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri  Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah  Norlidah Tan Sri R.M. Jasni. 

Majlis gilang gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi  dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun. 

Tamat