RM90 juta bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina, Mubaligh dan Badan Keagamaan Bukan Islam Sabah (Dwibahasa)
SANDAKAN: Program bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh dan badan-badan keagamaan bukan Islam di Sabah telah meningkat lebih 100 peratus daripada RM43 juta pada tahun 2020 kepada RM90 juta tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sejak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat mentadbir negeri ini pada tahun 2020, bantuan kewangan tahunan kepada sekolah-sekolah Cina, mubaligh dan badan-badan keagamaan bukan Islam terus dipertingkatkan secara konsisten.
Jumlah bantuan kewangan ini meningkat daripada RM43 juta pada tahun 2020 dan 2021 kepada RM47 juta pada tahun 2022 dan RM54.05 juta pada tahun 2023. Jumlah bantuan terus meningkat kepada RM56.75 juta pada tahun 2024 dan RM70 juta pada tahun 2025.
“Pada tahun ini, kerajaan mengambil langkah untuk menaikkan jumlah keseluruhan bantuan kepada RM90 juta,” katanya pada majlis penyerahan bantuan kewangan kepada sekolah sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam tahun 2026 bagi Zon Pantai Timur Sandakan di Dewan SJKC Chi Hwa di sini hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Datuk Armizan Mohd Ali.
Hajiji berkata peningkatan bantuan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus membantu institusi pendidikan dan keagamaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di Sabah.
“Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak aktiviti sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah,” tambahnya.
Beliau berkata, peningkatan yang berterusan sejak tahun 2020, membuktikan bahawa apabila ekonomi negeri semakin kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan semakin stabil, manfaatnya akan dikembalikan kepada rakyat.
“Inilah komitmen Kerajaan GRS dalam memastikan setiap komuniti di Sabah mendapat perhatian yang adil serta menikmati hasil pembangunan negeri tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Inilah simbol sokongan dan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat tanpa mengira warna kulit, suku kaum dan fahaman agama. Kita hulurkan bantuan dan keperluan mengikut keupayaan dan kemampuan.
“Sama-sama kita berusaha menjadikan negeri Sabah ini terus maju, aman dan makmur; membangun dengan pesat, demi kesejahteraan kita semua,” katanya.
Selaras dengan itu, Kerajaan negeri Sabah telah melakar satu lagi sejarah penting apabila mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang membuka ruang lebih luas kepada pemegang sijil untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri serta memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.
“Langkah ini mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kepelbagaian sistem pendidikan yang wujud di negeri ini. Apa yang paling penting bagi kita ialah melahirkan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu menyumbang kepada pembangunan Sabah pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, sejumlah RM9 juta telah diluluskan bagi Zon Pantai Timur yang merangkumi Sandakan, Beluran, Tongod, Telupid, Paitan, Kinabatangan dan Sukau, meningkat sebanyak RM2 juta berbanding tahun 2025.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.41 juta diperuntukkan kepada 42 institusi pendidikan yang terdiri daripada sebuah sekolah persendirian Cina, dua sekolah menengah jenis kebangsaan, 10 sekolah jenis kebangsaan Cina, sembilan sekolah rendah dan menengah kebangsaan mubaligh, 18 tadika serta dua sekolah swasta mubaligh.
Sementara itu, sebanyak RM4.58 juta diperuntukkan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam yang melibatkan 96 gereja daripada sembilan denominasi, 27 tokong dan dua kuil.
“Pada tahun ini juga, sebanyak 46 permohonan baharu daripada gereja telah diluluskan. Saya berharap bantuan yang disampaikan pada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi tujuan penyelenggaraan, penambahbaikan kemudahan, pembangunan pendidikan dan aktiviti kerohanian demi manfaat masyarakat setempat,” katanya.
Hajiji memberi jaminan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan beliau akan terus berpegang kepada prinsip keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman.
“Kita tidak melihat bangsa atau agama dalam menyalurkan bantuan, sebaliknya kita melihat keperluan rakyat dan masa depan negeri yang perlu dibangunkan bersama.
“Inilah semangat yang menjadi pegangan Kerajaan GRS sejak diberi mandat mentadbir negeri ini. Saya yakin, dengan semangat perpaduan, saling menghormati dan kebersamaan yang menjadi identiti rakyat Sabah, negeri ini akan terus maju, makmur dan stabil. Inilah asas yang akan terus memacu Sabah Maju Jaya untuk generasi hari ini dan masa depan,” katanya.
“Sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita juga sedaya upaya merancang dan bekerja keras bagi mengatasi masalah sebarang isu dan mengambil berat dan sentiasa berusaha memastikan semua kaum, tanpa mengira warna kulit dan fahaman agama, mendapat pembelaan yang adil dan saksama.
“Sebab itu saya sentiasa menyokong dan membantu mana-mana institusi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang memerlukan bantuan. Inilah semangat kekitaan dan kebersamaan yang menjadi prinsip perjuangan GRS dan Kerajaan Negeri sejak membentuk kerajaan pada tahun 2020,” katanya.
Tamat
SANDAKAN: Financial assistance for Chinese independent schools, mission schools and non Muslim religious bodies in Sabah has increased by more than 100 per cent, from RM43 million in 2020 to RM90 million this year.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that since the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Government was given the mandate to govern the State in 2020, the annual financial assistance for Chinese schools, mission schools and non-Muslim religious bodies has been consistently increased.
The allocation rose from RM43 million in 2020 and 2021 to RM47 million in 2022 and RM54.05 million in 2023. The amount increased further to RM56.75 million in 2024 and RM70 million in 2025.
"This year, the government has decided to increase the total allocation to RM90 million," he said at the presentation ceremony for the 2026 financial assistance to Chinese schools and non Muslim religious bodies for the Sandakan East Coast Zone at SJKC Chi Hwa Hall here today.
His speech was delivered by the Minister of Domestic Trade and Cost of Living, Datuk Armizan Mohd Ali.
Hajiji said the increased allocation reflected the State Government's commitment to continue supporting educational and religious institutions that play an important role in human capital development, unity and the well-being of society in Sabah.
"It is hoped that this contribution will help support the activities of Chinese schools and non Muslim religious bodies throughout Sabah," he said.
He said the continuous increase in assistance since 2020 demonstrated that as the State's economy grows stronger and the government's financial position becomes more stable, the benefits will be returned to the people.
"This is the commitment of the GRS Government to ensure that every community in Sabah receives fair attention and enjoys the benefits of the State's development regardless of race, religion or background.
"This symbolises the State Government's support and concern for the people regardless of race, ethnicity or religious beliefs. We assist according to our capacity and the needs of the people.
"Let us continue working together to ensure Sabah remains progressive, peaceful and prosperous, developing rapidly for the well-being of us all," he said.
In line with this commitment, the Sabah Government has created another milestone by recognising the Unified Examination Certificate (UEC), allowing certificate holders greater opportunities to pursue studies at State-owned higher education institutions and apply for Sabah State Government scholarships.
"This reflects the government's confidence in the diversity of education systems that exist in the State. What matters most is producing quality, knowledgeable human capital capable of contributing to Sabah's future development," he said.
Meanwhile, a total of RM9 million has been approved for the East Coast Zone, covering Sandakan, Beluran, Tongod, Telupid, Paitan, Kinabatangan and Sukau, an increase of RM2 million compared to 2025.
Of the total, RM4.41 million has been allocated to 42 educational institutions comprising one Chinese independent school, two national-type secondary schools, 10 Chinese national-type schools, nine mission primary and secondary schools, 18 kindergartens and two private mission schools.
A further RM4.58 million has been allocated to non-Muslim religious bodies, benefiting 96 churches from nine denominations, 27 Chinese temples and two Hindu temples.
"This year, 46 new applications from churches have also been approved. I hope the assistance presented today will be utilised effectively for maintenance, facility upgrades, educational development and spiritual activities for the benefit of the local community," he said.
Hajiji assured that the State Government, under his leadership, would continue to uphold the principles of justice, equality, and inclusiveness.
"We do not look at race or religion when providing assistance. Instead, we focus on the needs of the people and the future of the State, which must be developed together.
"This is the spirit that has guided the GRS Government since it was entrusted with governing the State. I am confident that with the spirit of unity, mutual respect and togetherness that defines the people of Sabah, the State will continue to progress, prosper and remain stable.
This is the foundation that will continue to drive Sabah Maju Jaya for today's and future generations," he said.
"As a responsible State Government, we will continue planning and working hard to address issues while ensuring that all communities, regardless of race or religion, receive fair and equitable assistance.
"That is why I have always supported and assisted institutions, non-governmental organisations (NGOs) and associations that require assistance. This spirit of solidarity and togetherness has been the guiding principle of the GRS Government since we formed the State Government in 2020," he said.
Ends