SMJE serah sumbangan RM89.461 juta kepada Kerajaan Negeri (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan  penyerahan sumbangan berjumlah RM89.461 juta oleh SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE)  kepada Kerajaan Negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. 

Pada majlis ringkas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMJE, Datuk Dr Dionysia  Kibat menyerahkan replika cek kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan,  Datuk Mohd Sofian Alfian Nair bagi pembayaran dividen berjumlah RM50 juta untuk  tahun kewangan berakhir 2025 dan Cukai Jualan Negeri (SST) berjumlah RM37.96 juta  dibayar kepada Kerajaan Negeri untuk tahun lalu. 

Sejak tahun 2023, SMJ Energy telah membayar dividen terkumpul berjumlah RM210  juta kepada Kerajaan Negeri. 

Pembayaran dividen itu dibuat daripada rizab boleh agih, disokong oleh kedudukan  kunci kira-kira yang kukuh, kedudukan tunai yang lebih mantap serta pengurusan  kewangan yang berdisiplin secara berterusan di seluruh Kumpulan. 

Sehingga 31 Disember 2025, jumlah aset Kumpulan SMJ Energy mencecah RM4.82  bilion, manakala syarikat merekodkan Keuntungan Selepas Cukai sebanyak RM58.7  juta meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan geopolitik yang berterusan. 

Dr Dionysia turut menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  berjumlah RM1 juta untuk Tabung Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah kepada Ketua  Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Norlijah Danin, serta RM500,000  kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah. 

Ketua Menteri berkata, pembayaran dividen dan penyerahan kutipan SST itu  mencerminkan prestasi kewangan SMJE yang mampan serta membuktikan kejayaan  syarikat berkenaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan  penyertaan Sabah dalam sektor minyak dan gas. 

Beliau berkata, sumbangan CSR itu pula menyerlahkan komitmen syarikat milik  Kerajaan Negeri itu dalam menyokong pembangunan modal insan serta inisiatif  kebajikan sosial di Sabah. 

Sementara itu, Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun,  berkata prestasi syarikat itu membuktikan nilai pengurusan aset strategik Sabah secara  berdisiplin, profesional dan berorientasikan jangka panjang.

“Tanggungjawab kami adalah mengurus pelaburan strategik negeri secara berhemah  agar ia terus memberikan pulangan yang mampan serta manfaat yang berkekalan  kepada Sabah, bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga untuk generasi akan datang,” kata  Masidi yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, Peguam Besar Negeri,  Datuk Brenndon Soh, Ketua Pegawai Operasi merangkap Naib Presiden Eksekutif  Huluan SMJE, Datuk Albert Lo serta pegawai kanan SMJE. 

Tamat

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor witnessed  SMJ Energy Sdn Bhd’s (SMJE) presentation of an RM89.461 million contribution to the  State Government at the State Legislative Assembly Building, here today. 

In the brief ceremony, SMJE Group Chief Executive Officer Datuk Dr Dionysia Kibat  presented replica cheques to Finance Ministry Permanent Secretary Datuk Mohd Sofian  Alfian Nair for a RM50 million dividend for the financial year ended 2025 and RM37.96  million in State Sales Tax (SST) payable to the State Government for last year.  

Since 2023, SMJ Energy has paid cumulatively a sum of RM210 million in dividends to  the State Government. 

The dividends are paid from distributable reserves, backed by a solid balance sheet, a  stronger cash position, and continued disciplined financial management across the  Group. 

As at 31 December 2025, SMJ Energy Group's total assets stood at RM4.82 billion, and  it recorded a Profit After Tax of RM58.7 million despite ongoing economic, social, and  geopolitical volatility. 

Dr Dionysia also handed over CSR contributions of RM1 million for the Sabah State  Government Scholarship Fund to Sabah Public Service Department Director-General  Datuk Norlijah Danin, and RM500,000 to Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Director  Datuk Diyanah Abdullah. 

The Chief Minister said the dividend payment and SST handover reflected SMJE’s  sustainable financial performance and demonstrated the company’s success in fulfilling  the State Government’s mandate to increase Sabah’s participation in the oil and gas  sector.  

He added that the CSR contributions underscored the state-owned company’s  commitment to human capital development and social welfare initiatives in Sabah. 

Meanwhile, Chairman of SMJ Energy, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, said the  company's performance demonstrates the value of managing Sabah's strategic assets  with discipline, professionalism and a long-term perspective. 

“Our responsibility is to manage the State's strategic investments prudently, so they  continue delivering sustainable returns and lasting benefits for Sabah, not only today but  for future generations," said Masidi who is also Deputy Chief Minister II/Finance Minister. 

Also present were State Secretary Datuk Zainudin Aman, State Attorney General Datuk  Brenndon Soh, SMJE Chief Operating Officer/Executive VP Upsteam, Datuk Albert Lo  and senior SMJE officials. 

Ends