Peniaga kecil di kawasan Sulaman bakal terima bantuan tunai RM3,000
TUARAN: Peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan di tepi jalan di kawasan Sulaman akan diberi bantuan tunai RM3,000 setiap seorang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sulaman berkata beliau telah mengarahkan pegawai daerah Tuaran untuk menyenaraikan peniaga-peniaga kecil di Sulaman supaya bantuan tunai itu dapat diagihkan.
"Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya telah berjanji dan saya berharap saya akan mendapat senarai tersebut dalam tempoh yang terdekat ini," katanya pada majlis perasmian Karnival Usahawan dan STEM X Challenge sempena pertandingan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Lok Batik di sini malam ini.
Hajiji berkata beliau faham akan keperluan peniaga-peniaga kecil yang amat memerlukan bantuan sedemikian.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Karnival Usahawan dan STEM X Challenge ini amat signifikan kerana ia dapat membantu usahawan-usahawan kecil dalam perniagaan mereka.
"Ianya memberi semangat dan peluang kepada para usahawan kecil terutama golongan muda untuk meneruskan aktiviti harian.
"Bukan semua kita boleh bekerja sebagai pegawai kerajaan tetapi kita boleh menceburkan diri dalam perniagaan dan menjadi seorang usahawan.
"Jika kita berjaya menjadi seorang usahawan maka ianya boleh mendatangkan pendapatan yang lebih baik lagi. Yang penting kita mesti rajin dan jangan malu," katanya.
Ketua Menteri berkata Kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan untuk usahawan terutama usahawan muda agar mereka dapat bergerak maju.
Mengenai STEM X Challenge, beliau berkata bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting di zaman yang serba moden ini.
"Amat penting untuk anak-anak kita menguasai STEM kerana ianya amat diperlukan untuk mencapai kejayaan dan tentunya dalam pembangunan negara dan masyarakat," katanya.
Penganjuran program malam ini yang mengambil inspirasi sempena World Cup 2026 turut membawa mesej bahawa semangat kesukanan boleh diterjemahkan dalam bidang pendidikan dan inovasi, katanya.
“Sebagaimana sukan menuntut disiplin, strategi, kerjasama dan semangat juang yang tinggi, begitu jugalah bidang STEM dan keusahawanan memerlukan sifat yang sama untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Tamat.
TUARAN: Hawkers and petty traders operating along roadsides in the Sulaman area will receive a cash assistance of RM3,000 each, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji, who is also the State Assemblyman for Sulaman, said he had instructed the Tuaran District Officer to compile a list of the petty traders in Sulaman so that the cash assistance could be distributed.
"As the people's representative for this area, I have made this promise, and I hope to receive the list within the nearest possible time," he said when officiating the Entrepreneurs Carnival and STEM X Challenge held in conjunction with the FIFA World Cup 2026 Final at the Bajau Sama Cultural Centre in Lok Batik here tonight.
Hajiji said he understood the needs of petty traders, many of whom were in urgent need of such assistance.
Meanwhile, he said the organisation of the Entrepreneurs Carnival and STEM X Challenge was highly significant as it could help small entrepreneurs grow their businesses.
"It provides encouragement and opportunities for small entrepreneurs, especially the youths to continue pursuing their business activities.
"Not everyone can work as a government officer, but we can venture into business and become entrepreneurs.
"If we succeed as entrepreneurs, it can generate better income. The most important thing is that we must be hardworking and not be ashamed," he said.
The Chief Minister said the Government also provides various forms of assistance to entrepreneurs, particularly youths to help them progress.
On the STEM X Challenge, he said the Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) fields are crucial in today's modern era.
"It is very important for our children to master STEM because these fields are essential for achieving success and are vital to the development of the nation and society," he said.
He added that tonight's programme, inspired by the FIFA World Cup 2026, also conveyed the message that the spirit of sportsmanship could be translated into the fields of education and innovation.
"Just as sports demand discipline, strategy, teamwork and a strong fighting spirit, STEM and entrepreneurship require the same qualities to achieve success," he said.
Ends