JOM MALAYSIA pacu produk Sabah ke pasaran global (Dwibahasa)
SANDAKAN: Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa, selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata aspirasi yang dibawa menerusi JOM MALAYSIA amat bertepatan dengan agenda pembangunan ekonomi negeri yang menekankan pertumbuhan mampan, inklusif dan berdaya saing melalui pemerkasaan usahawan tempatan serta peluasan akses pasaran.
Beliau berkata, JOM MALAYSIA bukan sekadar festival jualan atau platform promosi produk tempatan, sebaliknya satu gerakan strategik yang menghubungkan usahawan, kerajaan, pemain industri, institusi kewangan dan pengguna dalam membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh.
"SMJ 2.0 dan JOM MALAYSIA berkongsi matlamat yang sama iaitu memperkasa usahawan tempatan, meningkatkan nilai tambah produk dan perkhidmatan serta memperluaskan akses pasaran demi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
"Sinergi ini akan membina rantaian pembangunan yang lengkap, bermula daripada pemerkasaan usahawan, pembangunan produk sehingga kepada peluasan pasaran, selaras dengan aspirasi "local to global"," katanya ketika merasmikan Festival JOM MALAYSIA 2026 di Kompleks Sukan Sandakan, hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Negeri, Datuk Ewon Benedick.
Hajiji berkata, pemilihan Sabah sebagai antara lokasi penganjuran festival berkenaan merupakan pengiktirafan terhadap kekuatan ekonomi negeri serta keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap potensi Sabah sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia Timur.
Beliau berkata, Sabah bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan dan hasil bumi, malah memiliki komuniti usahawan yang semakin berkembang dengan pelbagai produk beridentiti tempatan yang mempunyai nilai komersial tinggi, termasuk makanan, kraftangan, fesyen serta produk kreatif dan inovasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menurutnya, dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 3.8 juta orang pada tahun lalu serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM88.8 bilion yang mencatat pertumbuhan 5.1 peratus, Sabah kini muncul sebagai antara pasaran pengguna terbesar dan paling dinamik di Malaysia Timur.
Mengulas potensi produk Sabah di pasaran antarabangsa, Hajiji berkata pencapaian yang direkodkan usahawan tempatan sepanjang tahun lalu membuktikan kemampuan produk negeri ini untuk bersaing di peringkat global.
Beliau berkata, seramai 124 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah menyertai 18 ekspo perdagangan antarabangsa pada 2025 dan berjaya merekodkan potensi jualan bernilai RM95.9 juta, meningkat 37.12 peratus berbanding RM60.4 juta pada tahun sebelumnya.
"Pencapaian ini membuktikan bahawa produk keluaran Sabah mempunyai kualiti, keunikan dan daya saing untuk menembusi pasaran global. Sebab itu JOM MALAYSIA perlu dilihat sebagai platform yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan mengembangkan pasaran mereka," katanya.
Bagi memperkukuh lagi ekosistem keusahawanan negeri, beliau berkata kerajaan Sabah melalui SMJ 2.0 melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Program Bantuan SME-UP yang diterajui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dengan peruntukan RM15 juta bagi membangunkan 600 PMKS.
Selain itu, Program Sabah Ready-to-Eat (RTE) turut diperkenalkan bagi membantu mengkomersialkan produk makanan tempatan menerusi penyediaan geran pembangunan, bantuan mesin retort dan sokongan pensijilan halal untuk meningkatkan kebolehpasaran produk.
Menurut Hajiji, kedua-dua inisiatif berkenaan saling melengkapi dengan aspirasi JOM MALAYSIA dalam membangunkan usahawan yang berdaya saing serta produk yang bersedia untuk dipasarkan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Dalam pada itu, beliau berkata sektor pelancongan turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi local to global, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Sabah Year 2027.
Katanya, Sabah merekodkan 3.79 juta ketibaan pelawat dengan hasil pelancongan berjumlah RM8.74 bilion pada tahun lalu, sekali gus menunjukkan potensi besar sektor itu sebagai pemangkin kepada promosi produk dan perkhidmatan tempatan.
"Setiap festival, ekspo dan program promosi bukan sekadar menggalakkan pembelian produk tempatan, malah menjadi ruang untuk memperkenalkan identiti Sabah kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
"Apabila pelancong menikmati makanan tempatan, membeli kraftangan, menggunakan perkhidmatan atau membawa pulang produk keluaran Sabah, mereka sebenarnya menjadi duta yang memperkenalkan jenama Sabah ke persada antarabangsa. Inilah aspirasi sebenar "local to global" yang ingin kita capai bersama," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kerajaan negeri mempertimbangkan penganjuran JOM MALAYSIA di lebih banyak destinasi strategik di Sabah sempena Visit Sabah Year 2027 bagi memperluaskan capaian program kepada usahawan tempatan serta memperkukuh promosi produk Sabah kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Tamat
SANDAKAN: The National Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) Movement is expected to serve as a catalyst in elevating Sabah-made products and brands to the international stage, in line with the "local to global" aspiration, one of the key focus areas of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 Roadmap.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the aspirations championed by JOM MALAYSIA are well aligned with the State Government's economic development agenda, which emphasises sustainable, inclusive and competitive growth through the empowerment of local entrepreneurs and expanded market access.
He said, JOM MALAYSIA is more than just a sales festival or a platform to promote local products, it is a strategic movement that brings together entrepreneurs, the government, industry players, financial institutions and consumers in building a stronger entrepreneurial ecosystem.
"SMJ 2.0 and JOM MALAYSIA share the same objective of empowering local entrepreneurs, increasing the value of products and services, and expanding market access to create more economic opportunities for the people.
"This synergy will establish a comprehensive development chain, beginning with entrepreneur empowerment, followed by product development and market expansion, in line with the 'local to global' aspiration," he said when officiating the JOM MALAYSIA Festival 2026 at the Sandakan Sports Complex here today.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister III and Minister of Industrial Development, Entrepreneurship and Transport, Datuk Ewon Benedick.
Hajiji said Sabah's selection as one of the festival venues reflects recognition of the State's economic strengths and the Federal Government's confidence in Sabah's potential as a key driver of economic growth in East Malaysia.
He said Sabah is not only rich in cultural diversity, heritage and natural resources, but is also home to a growing community of entrepreneurs producing a wide range of locally branded products with high commercial value, including food, handicrafts, fashion, and creative and innovative products from micro, small and medium enterprises (MSMEs).
With an estimated population of 3.8 million last year and a Gross Domestic Product (GDP) of RM88.8 billion, which recorded a growth of 5.1 per cent, Sabah has emerged as one of the largest and most dynamic consumer markets in East Malaysia, he added.
Commenting on the international potential of Sabah products, Hajiji said the achievements recorded by local entrepreneurs last year demonstrated that the State's products are capable of competing in global markets.
He said 124 Sabah small and medium enterprise (SME) entrepreneurs participated in 18 international trade expos in 2025, generating potential sales worth RM95.9 million, an increase of 37.12 per cent from RM60.4 million the previous year.
"This achievement proves that Sabah-made products possess the quality, uniqueness and competitiveness to penetrate global markets. That is why JOM MALAYSIA should be viewed as a platform capable of creating greater opportunities for local entrepreneurs to grow and expand their markets," he said.
To further strengthen the State's entrepreneurial ecosystem, he said the Sabah Government, through SMJ 2.0, has introduced various initiatives, including the SME-UP Assistance Programme spearheaded by the Department of Industrial Development and Research (DIDR), with an allocation of RM15 million to develop 600 MSMEs.
In addition, the Sabah Ready-to-Eat (RTE) Programme has been introduced to help commercialise local food products through development grants, retort machine assistance and halal certification support to enhance product marketability.
Hajiji said both initiatives complement the aspirations of JOM MALAYSIA in developing competitive entrepreneurs and products that are ready for both domestic and international markets.
Meanwhile, he said the tourism sector also plays an important role in realising the local to global aspiration, particularly in conjunction with Visit Malaysia 2026 and Visit Sabah Year 2027.
He said Sabah recorded 3.79 million visitor arrivals and generated RM8.74 billion in tourism receipts last year, highlighting the sector's significant potential as a catalyst for promoting local products and services.
"Every festival, expo and promotional programme not only encourages the purchase of local products but also provides an avenue to introduce Sabah's identity to tourists from within the country and abroad.
"When tourists enjoy our local cuisine, purchase handicrafts, use our services or take home Sabah-made products, they become ambassadors who introduce the Sabah brand to the international stage. This is the true 'local to global' aspiration that we seek to achieve together," he said.
In this regard, he proposed that the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), together with the State Government, consider organising JOM MALAYSIA in more strategic destinations across Sabah during Visit Sabah Year 2027 to expand the programme's reach to local entrepreneurs while strengthening the promotion of Sabah products to both domestic and international tourists.
Ends