Kerajaan Negeri sokong usaha perluaskan akses kepada anak-anak berkeperluan pendidikan khas (Dwibahasa)
KENINGAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperluaskan akses kepada pendidikan, intervensi awal dan sokongan kepada anak anak berkeperluan pendidikan khas.
Kerjasama ini termasuk dengan Jabatan Pendidikan Negeri termasuk sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan, katanya.
"Malah untuk tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukan sebanyak RM173.56 juta kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Jabatan dan Agensi di bawahnya bagi melaksanakan agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
"Dalam konteks kerajaan negeri, kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan termasuk kebajikan orang kelainan upaya, anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan golongan daif serta miskin.
"Untuk ini, pelbagai program kita laksanakan termasuk menerusi Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada tahun ini," katanya pada majlis perasmian The Neurohope Programme 2026 di Dewan SK Bingkor di sini hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Menurut Ketua Menteri, antara program yang disediakan termasuklah Program Bantuan Kebajikan yang meliputi Skim Bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak, ibu tunggal, Skim Bantuan Anak Yatim serta Program Bantuan Makanan Kepada Golongan Daif dan Miskin serta menambah Pusat Autisme Sabah (PAUS).
"Pada masa ini, PAUS Kota Kinabalu telah diwujudkan di Sembulan dan sedang beroperasi dengan baik dengan menempatkan kanak-kanak Autisme di Kota Kinabalu. Justeru, menjadi harapan agar rakyat mengambil peluang daripada semua program yang disediakan kerajaan.
"PAUS bakal menyediakan pendidikan awal berkualiti dan mampu milik kepada kanak kanak Autisme berusia tiga hingga tujuh tahun.
"Pusat ini akan diwujudkan di daerah Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort secara berfasa mulai tahun ini," katanya.
Hajiji berkata berkenaan The Neurohope Programme hari ini, ia merupakan satu gerakan komuniti yang menghimpunkan bidang pendidikan, kesihatan, kerajaan, pertubuhan masyarakat, ibu bapa dan komuniti dalam satu matlamat yang sama, iaitu membina masyarakat yang lebih memahami dan menyokong perkembangan setiap anak.
"Melalui program hari ini, saya menyeru kepada ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat, dan orang ramai untuk terus memanfaatkan peluang ini bagi mendalami ilmu, berkongsi pengalaman, dan berganding bahu membina ekosistem sokongan yang holistik.
"Kita sedar bahawa sokongan bukan sahaja datang daripada keluarga terdekat, malah memerlukan dokongan padu daripada komuniti, pakar kesihatan, dan pertubuhan bukan kerajaan," katanya.
Beliau merakamkan penghargaan dan memuji usaha seluruh warga SK Bingkor yang telah membuktikan bahawa sekolah mampu menjadi pusat pembangunan komuniti.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Velerie Primus atas dedikasi beliau dalam memperjuangkan pendidikan inklusif sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.
"Beliau telah mengharumkan nama Malaysia dan Sabah sebagai Pemenang Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026 bagi Rantau Asia Tenggara dan Pasifik, disenaraikan sebagai Finalis 50 Guru Terbaik Dunia serta menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia," katanya.
Ketua Menteri berharap The Neurohope Programme ini diperluaskan agar menjadi satu gerakan yang mampu memberi manfaat dan inspirasi kepada lebih banyak sekolah, lebih banyak komuniti dan lebih banyak daerah di seluruh Sabah.
"Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada sebuah gerakan yang lebih besar dalam memperkukuh pendidikan inklusif, memperkasa keluarga serta membina masyarakat yang lebih prihatin demi masa depan Sabah yang lebih gemilang," katanya.
Tamat
KENINGAU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government will continue to support efforts to strengthen collaborative networks in expanding access to education, early intervention and support services for children with special educational needs.
Such collaboration includes the State Education Department, schools, parents, government agencies, institutions of higher learning, the private sector and non governmental organisations, he said.
“In fact, this year alone, the government has allocated RM173.56 million to the Ministry of Women, Health and People's Wellbeing, as well as the departments and agencies under it, to implement programmes aimed at enhancing the wellbeing and welfare of the people.
“In the context of the State Government, the wellbeing of the people remains a priority, including the welfare of persons with disabilities, orphans, senior citizens, single mothers, and the poor and underprivileged.
“To this end, various programmes are being implemented this year through the Ministry of Women, Health and People's Wellbeing,” he said at the opening of The Neurohope Programme 2026 at the SK Bingkor Hall here today.
His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun.
According to the Chief Minister, among the programmes provided are welfare assistance schemes covering persons with disabilities, senior citizens, children, single mothers, the Orphans Assistance Scheme, the Food Assistance Programme for the Poor and Underprivileged, as well as the expansion of the Sabah Autism Centre (PAUS).
“At present, the Kota Kinabalu PAUS has been established in Sembulan and is operating well, providing services for children with autism in Kota Kinabalu. It is therefore my hope that the people will take full advantage of all the programmes provided by the government.
“PAUS will offer quality and affordable early education for children with autism aged between three and seven years.
“The centres will be established in Tawau, Sandakan, Kudat and Beaufort in phases beginning this year,” he said.
Hajiji said The Neurohope Programme is a community-driven initiative that brings together the education, healthcare and government sectors, community organisations, parents and the wider community with a shared goal of building a society that better understands and supports the development of every child.
“Through today’s programme, I urge parents, teachers, community leaders and the public to seize this opportunity to deepen their knowledge, share experiences and work together in building a holistic support ecosystem.
“We recognise that support must come not only from immediate family members, but also through strong commitment from the community, healthcare professionals and non governmental organisations,” he said.
He expressed his appreciation and commended the entire SK Bingkor community for demonstrating that schools can serve as centres for community development.
“I would also like to congratulate Dr Velerie Primus for his dedication in championing inclusive education, which has earned him international recognition.
“He has brought pride to Malaysia and Sabah by being named the Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026 winner for the Southeast Asia and Pacific region, being listed among the Top 50 Finalists for the Global Teacher Prize, and receiving the Special Award from the Malaysian Minister of Education,” he said.
The Chief Minister expressed hope that The Neurohope Programme would be expanded into a movement capable of benefiting and inspiring more schools, communities and districts throughout Sabah.
“May this programme mark the beginning of a much larger movement to strengthen inclusive education, empower families and build a more caring society for a brighter future for Sabah,” he said.
Ends