Cadangan Galeria/Mini Muzium Penjawat Awam (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah untuk mempertimbangkan  pewujudan sebuah Galeria atau Mini Muzium Penjawat Awam dengan tumpuan kepada  kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). 

Menurutnya galeria ini boleh mempamerkan segala dokumen, teks-teks ucapan dan  memorabilia berkaitan mantan-mantan SKN, termasuk rekod pencapaian dan kejayaan  dari satu era ke satu era, sesuai dengan kepimpinan setiap SKN berkenaan. 

"Sudah pasti galeria ini boleh menjadi pusat rujukan untuk pembangunan sektor  perkhidmatan awam, sekaligus sebagai pusat sumber bagi golongan pelajar dari  peringkat menengah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi," katanya pada majlis  Sanjungan Budi Tautan Legasi mantan SKN Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong di  Magellan Sutera Resort malam ini. 

Ketua Menteri berkata jawatan SKN ini merupakan jawatan yang tertinggi dalam  perkhidmatan awam negeri.  

“Sejak kita merdeka 63 tahun lalu, Sabah baru mempunyai 11 orang SKN, iaitu Robert  Turner, Datuk John Dusing, Tan Sri Richard Lind, Tan Sri Abdul Hamid Egoh, Tan Sri  Simon Sipaun, Tan Sri Datu Haji Khalil bin Haji Jamalul, Datuk K.Y. Mustafa, Tan Sri  Sukarti Wakiman, Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, Datuk Seri Panglima Haji  Safar Untong dan terkini, Datuk Zainudin Haji Aman. 

“Setiap daripada mantan-mantan SKN ini, mereka mempunyai kelebihan, kejayaan dan  legasi mereka yang tersendiri. Maka pada malam ini kita meraikan legasi yang  ditinggalkan oleh SKN ke-10 (Safar), setelah 6 tahun 7 bulan 24 hari beliau menggalas  jawatan itu dengan warna warni perjuangan bersama pimpinan negeri dan warga  penjawat awam,” katanya. 

Hajiji turut memberi pujian kepada Safar yang menurut beliau bukan sahaja telah  berjaya menambah tahap kecekapan dalam perkhidmatan awam negeri, malah  berupaya melakukan perubahan yang positif, selaras dengan perkembangan dan  kemajuan teknologi maklumat selama memegang jawatan SKN. 

“Beliau mengusahakan inisiatif pendigitalan dalam pentadbiran kerajaan dengan  memperkenalkan Smart Digital Government atau Kerajaan Pintar Digital di dalam sistem  penyampaian kerajaan. 

“Satu usaha yang bukan sahaja wajar diteruskan, bahkan dinaiktaraf dari masa ke  semasa sesuai dengan kehendak dan keperluan,” katanya. 

Hajiji berkata memandangkan Safar berpengalaman luas dalam pentadbiran dan  pengurusan, disamping kebolehannya dalam soal pembangunan tanah, maka beliau  telah diberi peranan baharu sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd  (TAED).  

“Saya percaya syarikat Kerajaan itu akan mendapat faedah yang besar daripada  kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Safar,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji bagi pihak pimpinan Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan  dan ucapan terima kasih kepada Safar atas jasa bakti dan sumbangan kepada  Perkhidmatan Awam Negeri ini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Tamat

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has proposed  that the Sabah Public Service Department consider establishing a Galleria or Mini Civil  Service Museum focusing on the office of the State Secretary. 

He said the gallery could showcase documents, speeches and memorabilia related to  former State Secretaries, including records of their achievements and contributions  across different eras, reflecting the leadership of each State Secretary. 

"Such a gallery would certainly serve as a reference centre for the development of the  public service sector, while also functioning as a resource centre for students from  secondary school to higher education institutions," he said at the “Sanjungan Budi  Tautan Legasi” appreciation dinner honouring former State Secretary Datuk Seri  Panglima Sr Safar Untong at the Magellan Sutera Resort here tonight. 

The Chief Minister said the State Secretary post is the highest-ranking position in the  State civil service. 

"Since gaining independence 63 years ago, the State has had only 11 State Secretaries,  namely Robert Turner, Datuk John Dusing, Tan Sri Richard Lind, Tan Sri Abdul Hamid  Egoh, Tan Sri Simon Sipaun, Tan Sri Datu Haji Khalil bin Haji Jamalul, Datuk K.Y.  Mustafa, Tan Sri Sukarti Wakiman, Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, Datuk Seri  Panglima Haji Safar Untong and, most recently, Datuk Zainudin Haji Aman. 

"Each of these former State Secretary has their own strengths, accomplishments and  legacy. Tonight, we celebrate the legacy left by the 10th State Secretary (Safar), after  serving for six years, seven months and 24 days, during which he worked alongside the  State leadership and civil servants through many challenges and achievements," he  said. 

Hajiji also commended Safar, saying he had not only enhanced the efficiency of the  State Civil Service but had also introduced positive changes in line with advances in  information technology during his tenure as State Secretary. 

"He spearheaded the digitalisation of government administration by introducing the  Smart Digital Government initiative into the government's service delivery system. 

"It is an initiative that should not only be continued but also upgraded from time to time  to meet evolving needs and expectations," he said.

Hajiji said that, given Safar's extensive experience in administration and management,  as well as his expertise in land development, he has been given a new role as the  Chairman of Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED). 

"I believe the government-linked company will greatly benefit from the leadership of  Datuk Seri Panglima Haji Safar," he said. 

Meanwhile, on behalf of the State Government leadership, Hajiji expressed his  appreciation and gratitude to Safar for his dedicated service and contributions to the  State Civil Service as State Secretary. 

Ends