Pesta Kaamatan, kekal wadah penting perkukuh perpaduan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sambutan Pesta Kaamatan kekal sebagai wadah penting untuk memperkukuhkan perpaduan, menyemai semangat kekitaan serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat negeri ini.
“Pesta ini bukan sahaja untuk kita meraikan warisan budaya. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada sambutan ini dengan terus memupuk nilai kebersamaan, saling menghormati dan bekerjasama sebagai satu keluarga besar,” katanya pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini pada Sabtu.
Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.
Menurutnya, tema perayaan pada tahun ini iaitu Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian menzahirkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik.
Mengambil kepada nilai-nilai tema ini, Hajiji berkata amat penting untuk semua terus mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik kerana ia mampu membawa kemajuan dan pembangunan di negeri ini.
“Dengan terbentuknya Kerajaan Negeri yang baharu bagi penggal kedua pada November lalu, agenda pembangunan yang holistik berteraskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya atau SMJ 2.0 iaitu lanjutan daripada Dasar Hala Tuju SMJ 1.0, akan menjadi panduan dan landasan dalam membawa negeri ini ke mercu kejayaan.
“Kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0, memberikan kita keyakinan bahawa pendekatan pentadbiran Kerajaan sejak lima tahun lalu berada pada landasan yang tepat.
“Justeru, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan dan pembangunan yang berterusan,” katanya.
Ketua Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri juga akan terus memperkukuh ekonomi melalui pemerkasaan sektor utama seperti pertanian, pelancongan, perindustrian dan ekonomi digital, di samping memperkasa pembangunan modal insan.
melalui peningkatan pendidikan, kemahiran serta kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.
Beliau berkata sambutan Pesta Kaamatan sememangnya amat signifikan dengan usaha kerajaan negeri untuk memartabatkan kekayaan warisan kebudayaan dan keseniaan rakyat tempatan di negeri ini.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada sambutan dan perayaan kebudayaan serta keagamaan. Ini kerana kita percaya bahawa program seperti ini dapat memantapkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.
“Sebab itu, Pesta Kaamatan bukan saja perayaan yang sangat penting bagi masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus tetapi turut diraikan oleh seluruh rakyat Sabah,” katanya.
Dalam masa sama, Ketua Menteri berharap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama agar terus mengeratkan perpaduan, saling menghormati dan tidak mudah percaya dengan anasir-anasir yang boleh memudaratkan perpaduan yang kita kecapi selama ini.
“Apa yang penting teruskan sokongan kepada kerajaan agar lebih banyak lagi pembangunan dibawa ke negeri ini,” katanya.
Tamat.
English version
TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Kaamatan Festival remains an important platform to strengthen unity, foster a sense of togetherness and bolster ties among the communities in the State.
“This festival is not only about celebrating cultural heritage. Let us all take heed from this celebration by continuing to nurture the values of togetherness, mutual respect and cooperation as one big family,” he said at the Tuaran district-level Kaamatan Festival celebration at Dewan Sri Sulaman here on Saturday.
His speech was delivered by Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston Bangkuai.
He said this year’s celebration theme, “Kaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony”, reflects the importance of unity among Sabah’s multi-racial and multi-ethnic communities.
Drawing on the theme's values, Hajiji said it is crucial for everyone to continue preserving unity and political stability, as these are capable of bringing progress and development to the State.
“With the formation of the new State Government for its second term last November, the holistic development agenda based on the Hala Tuju Sabah Maju Jaya or SMJ 2.0, which is a continuation of the SMJ 1.0 policy, will serve as the guide and foundation in bringing this State to greater heights of success.
“The successful implementation of the SMJ 1.0 Development Plan gives us confidence that the Government’s administrative approach over the past five years has been on the right track.
“Therefore, the SMJ 2.0 Development Plan is a continuation that demands continuous transformation in enhancing our capabilities, encompassing changes in mindset and work culture, as well as creating new values for sustained progress and development,” he said.
The Chief Minister assured that the State Government would continue strengthening the economy by empowering key sectors such as agriculture, tourism, industry, and the digital economy, while also enhancing human capital development through improvements in education, skills, and the employability of the local workforce.
He said the Kaamatan Festival is indeed highly significant, in line with the State Government’s efforts to uphold the rich cultural and heritage of local communities in Sabah.
“The State Government always supports cultural and religious celebrations and festivities. This is because we believe programmes like these can further strengthen unity among the multi-racial communities in the State.
“That is why the Kaamatan Festival is not only an important celebration for the Kadazandusun, Murut and Rungus communities, but is also celebrated by all Sabahans,” he said.
At the same time, the Chief Minister hoped that the people, regardless of race and religion, would continue to strengthen unity, respect one another, and not be easily influenced by elements that could harm the unity long enjoyed by the people.
“What is important is to continue supporting the Government so that more development can be brought to the State,” he said.
Ends.
