Semporna pemangkin utama Ekonomi Biru Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SEMPORNA: Semporna bukan sekadar daerah pesisir pantai biasa, sebaliknya adalah nadi  dan pemangkin utama kepada transformasi ekonomi Sabah menerusi agenda Ekonomi Biru  di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata potensi luar biasa yang  dimiliki daerah itu mampu menjana limpahan ekonomi berskala besar sekiranya diurus  secara strategik, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat, tetapi juga kepada keseluruhan negeri. 

“Dalam erti kata lain, kejayaan Semporna adalah kejayaan Sabah,” katanya ketika berucap  pada Majlis Makan Malam sempena lawatan kerjanya ke daerah itu sempena Tinjauan  Keselamatan Ke ESS Zone di Grand Ballroom, Hotel Seafest Semporna, pada Rabu. 

Katanya, Semporna sudah pun mendahului beberapa inisiatif penting yang boleh dijadikan  penanda aras, khususnya dalam sektor pelancongan marin berimpak tinggi dan lestari. 

Sebagai contoh, katanya, Pulau Sipadan berjaya melaksanakan sistem kuota pelawat  harian yang kini menjadi model pengurusan pelancongan bernilai tinggi dan mampan, sekali  gus memastikan keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti ekonomi. 

“Di Taman Marin Tun Sakaran pula, kita menyaksikan sinergi harmoni antara pelancongan,  pemeliharaan biodiversiti dan penglibatan komuniti setempat. Inilah asas kepada konsep  pelancongan berasaskan komuniti yang kita mahu perluaskan kerana ia memastikan  kekayaan alam Semporna dipulangkan semula kepada rakyatnya,” katanya. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kini mempergiat usaha mentransformasikan sektor  akuakultur marin bagi mewujudkan anjakan daripada pengeluaran bahan mentah kepada  ekonomi berasaskan nilai tambah. 

Beliau berkata, antara fokus utama kerajaan termasuk peluasan zon akuakultur bersepadu  berskala komersial, pengenalan teknologi sangkar laut moden yang lebih efisien dan mesra  alam, memberi sokongan padu kepada pengusaha rumpai laut bagi meningkatkan  produktiviti serta memastikan kualiti hasil bertaraf eksport. 

“Pada masa sama, kita juga berusaha menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor  pemprosesan hiliran hasil laut supaya rantaian nilai ekonomi dapat dikuasai secara  menyeluruh,” katanya. 

Hajiji berkata, bagi menyokong pertumbuhan sektor berkenaan, kerajaan juga sedang  merangka keperluan untuk menaik taraf infrastruktur sokongan yang kritikal di Semporna.

Katanya, ini termasuk pemodenan kemudahan jeti dan jaringan logistik, pembangunan  rantaian bekalan sejuk (cold chain) yang komprehensif bagi menjamin kualiti hasil laut serta  pembukaan akses lebih luas ke pasaran eksport antarabangsa serta penyediaan  kemudahan pelancongan awam yang lebih teratur, selamat dan bertaraf dunia. 

Ketua Menteri turut menegaskan bahawa agenda pembangunan besar di Semporna tidak  akan menjadi realiti tanpa kepimpinan akar umbi yang kukuh serta komitmen tinggi terhadap  prinsip kelestarian. 

Katanya, kawasan tumpuan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai kini berdepan tekanan  kepadatan dan pembangunan yang semakin pesat, sekali gus menuntut pendekatan  pengurusan lebih berhemah. 

“Jika tidak diurus dengan baik, kita berisiko merosakkan aset semula jadi yang menjadi  lubuk emas ekonomi negeri. Kelestarian mesti dilihat sebagai satu pelaburan, bukan  bebanan,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin setempat agar memainkan peranan lebih  proaktif sebagai ‘penjaga utama’ ekosistem dengan membantu penguatkuasaan peraturan,  membanteras aktiviti tidak mampan, menggerakkan kempen kesedaran dalam komuniti dan  menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sektor Ekonomi Biru yang dipacu inovasi  dan teknologi moden. 

Hajiji turut menegaskan bahawa setiap pembangunan di Semporna wajib berteraskan  prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan keseimbangan antara  kemajuan ekonomi dan kelestarian jangka panjang. 

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pembangunan yang  hanya mengejar keuntungan jangka pendek sehingga menjejaskan masa depan negeri. 

Beliau berkata, Semporna berupaya muncul sebagai hab pelancongan marin lestari bertaraf  dunia, pusat akuakultur moden serta pengeluar makanan laut premium utama negara,  selain boleh menjadi model pembangunan ekonomi komuniti pesisir serta pusat rujukan  kecemerlangan Ekonomi Biru bagi Sabah. 

Hajiji berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa dengan komitmen padu semua  pihak termasuk agensi kerajaan negeri, kepimpinan daerah, agensi pelaksana dan  masyarakat setempat, Semporna mampu mencapai aspirasi berkenaan. 

“Apa yang kita rancang dan laksanakan hari ini adalah janji kita kepada generasi akan  datang, agar mereka mewarisi lautan yang bukan sahaja kaya dengan keindahan semula  jadi, tetapi juga subur dengan peluang ekonomi yang menjamin kesejahteraan hidup,”  katanya. 

Tamat.

 

English version

SEMPORNA: Semporna is not merely an ordinary coastal district, instead it is the pulse  and key catalyst for Sabah’s economic transformation through the Blue Economy  agenda under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the district’s extraordinary  potential could generate large-scale economic spillover effects if managed strategically,  benefiting not only the local community but also the entire State. 

“In other words, Semporna’s success is Sabah’s success,” he said at a dinner held in  conjunction with his working visit to the district as part of the ESS Zone Security  Inspection held at the Grand Ballroom, Seafest Hotel Semporna, on Wednesday. 

He said Semporna has already taken the lead in several important initiatives that could  serve as benchmarks, particularly in the high-impact and sustainable marine tourism  sector. 

For example, he said Sipadan Island has successfully implemented a daily visitor quota  system, which has now become a model for high-value and sustainable tourism  management, ensuring a balance between environmental conservation and economic  activities. 

“At the Tun Sakaran Marine Park, we are witnessing harmonious synergy between  tourism, biodiversity conservation and community participation. This is the foundation of  the community-based tourism concept that we want to expand because it ensures that  Semporna’s natural wealth is returned to its people,” he said. 

Hajiji said the State Government is now intensifying efforts to transform the marine  aquaculture sector to create a shift from raw material production to a value-added  economy. 

He said among the government’s main focuses are the expansion of integrated  commercial-scale aquaculture zones, the introduction of more efficient and  environmentally friendly modern sea cage technology, strong support for seaweed  entrepreneurs to increase productivity and ensure export-grade quality products. 

“At the same time, we are also working to attract high-impact investments in the  downstream seafood processing sector so that the economic value chain can be  comprehensively controlled,” he said.

Hajiji said to support the growth of the sector, the government is also formulating plans  to upgrade critical supporting infrastructure in Semporna. 

He said this includes the modernisation of jetty facilities and logistics networks, the  development of a comprehensive cold chain system to ensure seafood quality, broader  access to international export markets, as well as the provision of more organised, safe  and world-class public tourism facilities. 

The Chief Minister also stressed that the major development agenda in Semporna would  not become a reality without strong grassroots leadership and a high commitment to  sustainability principles. 

He said focus areas such as Mabul Island and Kapalai Island are now facing increasing  pressure from congestion and rapid development, which requires a more prudent  management approach. 

“If not managed properly, we risk damaging the natural assets that are the State’s  economic goldmine. Sustainability must be seen as an investment, not a burden,” he  said. 

In this regard, he called on local leaders to play a more proactive role as the ‘main  custodians’ of the ecosystem by helping to enforce regulations, combat unsustainable  activities, drive community awareness campaigns and encourage youth involvement in  the Blue Economy sector driven by innovation and modern technology. 

Hajiji also stressed that every development in Semporna must be based on  Environmental, Social and Governance (ESG) principles to ensure a balance between  economic progress and long-term sustainability. 

He said the government would not compromise with any form of development that only  pursues short-term profits at the expense of the State’s future. 

He said Semporna has the potential to emerge as a world-class sustainable marine  tourism hub, a modern aquaculture centre and the nation’s leading premium seafood  producer, in addition to becoming a model for coastal community economic development  and a centre of reference for Blue Economy excellence in Sabah. 

Hajiji said he has strong confidence that with the firm commitment of all parties, including  State Government agencies, district leadership, implementing agencies and the local  community, Semporna would be able to achieve those aspirations. 

“What we plan and implement today is our promise to future generations, so that they  inherit oceans that are not only rich in natural beauty, but also abundant with economic  opportunities that guarantee a prosperous livelihood,” he said. 

Ends.