Lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan untuk Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan  Sukan Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan  sukan ke Sabah. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif Persekutuan  itu akan melengkapkan usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan modal insan dan  sukan di negeri ini. 

“Sukan juga merupakan platform penting untuk memupuk perpaduan,” katanya ketika  menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Dr Muhammed  Taufiq Johari, di Menara Kinabalu, dekat sini, pada Jumaat. 

Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah,  Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Tetap Datuk Mansur Asun. 

Dalam kunjungan hormat itu, Dr Muhammed memaklumkan kepada Ketua Menteri  bahawa kementeriannya telah mengenalpasti beberapa program bagi pembangunan  sukan dan belia di Sabah. 

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi untuk pembangunan pasaran khusus,  khususnya dalam pelancongan sukan. 

Dr Muhammed turut memuji Sabah atas komitmen tinggi untuk menghantar kontinjen  seramai 200 orang bagi menyokong sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan  di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini. 

Tamat.

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government welcomed the Federal Youth and Sports  Ministry's commitment to bring more youth and sports development initiatives to Sabah. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said these Federal initiatives  would complement the State Government’s efforts to develop human capital and sports  in the state. 

“Sports are also an important platform to nurture unity,” he said during a meeting with  the Federal Youth and Sports Minister, Dr Muhammed Taufiq Johari, at Menara Kinabalu  near here on Friday. 

Also present were State Youth Development, Sports Advancement and Creative  Economy Minister Datuk Nizam Abu Bakar Titingan and Permanent Secretary Datuk  Mansur Asun. 

At the courtesy call, Dr Muhammed told the Chief Minister that his Ministry has  earmarked several programmes for sports and youth development in Sabah. 

He said Sabah has the potential to develop a niche market, particularly in sports tourism. 

Dr Muhammed also commended Sabah for its strong commitment to sending a 200- strong contingent to support the national Youth Day, to be held in Negeri Sembilan in  the middle of this month. 

Ends