Perancangan menyeluruh majukan pelancongan, Ekonomi Biru Semporna (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SEMPORNA: Perancangan menyeluruh, termasuk menambah fasiliti sedia ada perlu  dilaksanakan bagi menjadikan Semporna sebagai daerah pelancongan yang hebat,  selain mengembangkan potensinya dalam sektor ekonomi biru. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata daerah ini cukup  istimewa kerana memiliki destinasi tumpuan yang terkenal di seluruh dunia, khususnya  Pulau Sipadan, selain pulau lain yang menarik kedatangan pengunjung. 

Beliau berkata, Semporna juga mempunyai potensi perikanan dan aktiviti marin yang  boleh dikembangkan menerusi penerokaan sektor ekonomi biru yang disasar mampu  menyumbang hasil yang besar kepada rakyat dan negeri. 

"Semporna ini bukan saja pelancongan, tapi perikanan dan sumber marinnya juga  cukup hebat sekali. Pegawai Daerah dalam taklimatnya juga ada perancangan yang  baik untuk masa depan Semporna termasuk menjaga kebersihannya dan meningkatkan  fasiliti lain seperti jeti di pulau-pulau dan lain-lain lagi. 

"Semua ini akan dilihat secara menyeluruh untuk memastikan Semporna menjadi  sebuah daerah pelancongan yang hebat kerana di sini ada Pulau Sipadan dan pulau  lain yang cukup dikenali," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat  pembangunan daerah Semporna ketika lawatannya di Pulau Mataking, di sini, pada  Khamis. 

Lawatan ke pulau itu bersempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan Ketua  Menteri ke Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) yang bermula di Sandakan pada  Selasa, sebelum ke Lahad Datu pada Rabu dan berakhir di Semporna pada Khamis. 

Hajiji berkata, jika dipelihara dengan baik, sektor pelancongan di Semporna mampu  menjadi khazanah yang tidak ternilai bukan saja di Sabah, malah di Malaysia  keseluruhannya. 

"Kita perlu melakukan yang terbaik untuk meningkatkan lagi kemudahan dan juga apa  yang diperlukan di daerah ini selaras dengan pembangunan pelancongan Semporna,  begitu juga di Lahad Datu dan Sandakan," katanya. 

Mengenai potensi ekonomi biru, Ketua Menteri berkata pembangunan sektor itu  digariskan dalam pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 sebagai antara usaha  menambah hasil negeri.

"Kita akan meneroka sumber ekonomi biru dalam lima tahun akan datang dan mudah mudahan ia menjadi aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan hasil negeri dan rakyat  setempat," katanya. 

Terdahulu, Hajiji berkata program lawatannya ke gugusan pulau di sekitar Semporna,  selain di Sandakan dan Lahad Datu sebelum ini adalah untuk meninjau sendiri keadaan  keselamatan terutama di pulau-pulau sekitar pantai timur Sabah. 

Katanya, beliau juga mahu melihat keadaan pos kawalan keselamatam di pulau terbabit,  selain mendengar taklimat mengenai pembangunan daerah di tiga daerah yang dilawati  sepanjang jelajah berkenaan. 

Sementara itu, pada program di Semporna, Hajiji turut melawat Pulau Sipadan dan  mendengar taklimat ringkas daripada Taman-Taman Sabah mengenai perkembangan  di pulau itu, disusuli peletakan batu asas pos keselamatan di Pulau Ligitan. 

Tamat.

 

English version

SEMPORNA: Comprehensive planning, including upgrading existing facilities, needs to  be implemented to transform Semporna into a premier tourism district, while further  expanding its potential in the blue economy sector. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the district is special as it is  home to world-renowned tourist destinations, particularly Sipadan Island, as well as  other islands that continue to attract visitors. 

He said Semporna also possesses strong fisheries and marine activity potential that can  be further developed through the exploration of the blue economy sector, which is  expected to generate significant returns for the people and the State. 

“Semporna is not only about tourism, but its fisheries and marine resources are also truly  outstanding. The District Officer, in his briefing, also outlined good plans for Semporna’s  future, including maintaining cleanliness and improving facilities such as jetties on the  islands and other amenities. 

“All these aspects will be looked at comprehensively to ensure Semporna becomes a  great tourism district because it is home to Sipadan Island and other islands that are  widely recognised,” he told reporters after attending a district development briefing  during his visit to Mataking Island here on Thursday. 

The visit to the island was held in conjunction with the Chief Minister’s Security  Inspection Visit to the Eastern Sabah Security Zone (ESS Zone), which began in  Sandakan on Tuesday, continued to Lahad Datu on Wednesday and concluded in  Semporna on Thursday. 

Hajiji said if properly preserved, Semporna’s tourism sector could become an invaluable  treasure not only for Sabah, but for Malaysia as a whole. 

“We need to do our best to further improve the facilities and whatever else is needed in  this district in line with Semporna’s tourism development, as well as in Lahad Datu and  Sandakan,” he said. 

On the blue economy potential, the Chief Minister said development of the sector has  been outlined under the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 blueprint as one of the initiatives to  increase State revenue.

“We will explore blue economy resources over the next five years and hopefully it will  become an economic activity that can enhance the State’s revenue and benefit the local  people,” he said. 

Earlier, Hajiji said his visits to the cluster of islands around Semporna, as well as  Sandakan and Lahad Datu previously, were aimed at personally assessing the security  situation, especially on the islands along Sabah’s east coast. 

He said he also wanted to inspect the condition of security control posts on the islands,  in addition to receiving development briefings on the three districts visited throughout  the tour. 

Meanwhile, Hajiji also visited Sipadan Island and received a short briefing from Sabah  Parks regarding developments on the island, followed by the groundbreaking ceremony  for a security post on Ligitan Island. 

Ends