KM turun padang pantau kemajuan Projek Pan Borneo (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
SUKAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini turun padang meninjau sendiri kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, sambil menegaskan keperluan penyelarasan segera antara agensi bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual dan tidak terus berdepan kelewatan.
Dalam lawatan kerjanya, beliau singgah di pakej kerja WP25 bagi sesi tinjauan, pemantauan serta taklimat tapak ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu sempena Program Lawatan Tinjauan Keselamatan ke Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone).
Hajiji diiringi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; selain pembantu pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan.
Dalam taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau dimaklumkan status semasa projek WP25 yang melibatkan jajaran sepanjang kira-kira 14.96 kilometer dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sukau.
Setakat ini, kemajuan fizikal projek direkodkan sekitar 12.35 peratus berbanding sasaran jadual asal sebanyak 15.30 peratus, manakala kemajuan kewangan mencapai 11.52 peratus. Projek bernilai kira-kira RM269.9 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan dengan tarikh penyiapan pada Februari 2028.
Antara komponen utama pembinaan termasuk persimpangan bertingkat (flyover), hentian bas, jambatan pejalan kaki serta sistem perparitan dan culvert bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Hajiji turut dimaklumkan mengenai beberapa kekangan utama di tapak yang menjejaskan kemajuan kerja, termasuk isu pengalihan utiliti, pengambilan tanah serta perobohan struktur sedia ada.
Masalah utiliti dikenal pasti antara faktor utama yang memperlahankan kerja tanah, di samping cabaran logistik dan akses sementara di kawasan projek.
Selain WP25, Ketua Menteri turut diberi taklimat perkembangan pakej berhampiran, WP24, yang melibatkan jajaran sepanjang 15.88 kilometer dari Sungai Takala ke Kampung Perpaduan Datuk Moh.
Bagi WP24, kemajuan fizikal setakat April 2026 direkodkan sekitar 15.60 peratus dengan sedikit kelewatan berbanding jadual asal.
Sehubungan itu, Hajiji menegaskan kepentingan penyelarasan berkesan antara semua agensi terlibat bagi menangani isu di tapak, termasuk mempercepatkan proses pengambilan tanah dan pengalihan utiliti supaya tidak menjejaskan garis masa pelaksanaan projek.
Beliau berkata, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B merupakan antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh rangkaian infrastruktur jalan raya, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menghubungkan kawasan-kawasan utama di Pantai Timur Sabah.
“Kerajaan negeri komited memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara terancang, dipantau rapi dan disiapkan mengikut jadual demi manfaat rakyat,” katanya.
Tamat
English version
SUKAU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor today personally inspected the progress of the Pan Borneo Highway project here, while stressing the need for immediate coordination among agencies to ensure its implementation stays on schedule and does face further delays.
During his working visit, he stopped at the package WP25 worksite for an inspection, monitoring and briefing session while travelling from Sandakan to Lahad Datu in conjunction with his Security Inspection Visit to the Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone).
Hajiji was accompanied by State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Jafry Ariffin; State Secretary Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Sabah Federal Secretary Datuk Mohd Razali Wahab as well as assistant ministers and senior government officials.
At the briefing by the Public Works Department (JKR), he was informed of the current WP25 project status, which spans approximately 14.96 kilometres from Kampung Perpaduan Datuk Moh to Sukau.
To date, the project’s physical progress is around 12.35 per cent, compared to the original scheduled target of 15.30 per cent while financial progress is 11.52 per cent. The project, valued at approximately RM269.9 million is scheduled for completion within 36 months, with a target date of February 2028.
Among the main construction components are a flyover, bus stops, pedestrian bridges, drainage, and culvert systems, all designed to enhance the safety and comfort of road users.
Hajiji was also informed of several major constraints at the site affecting work progress, including issues involving utility relocation, land acquisition and demolition of existing structures.
Utility-related problems were identified as among the main factors slowing earthworks, in addition to logistical challenges and temporary access issues within the project area.
Apart from WP25, the Chief Minister was also briefed on the progress of the nearby WP24 package, which involves a 15.88-kilometre stretch from Sungai Takala to Kampung Perpaduan Datuk Moh.
For WP24, physical progress as of April 2026 was recorded at around 15.60 per cent, with slight delays compared to the original schedule.
In this regard, Hajiji stressed the importance of effective coordination among all agencies involved to address on-site issues, including expediting land acquisition and utility relocation to avoid affecting the project implementation timeline.
He said the Sabah Pan Borneo Highway Project Phase 1B is among the government’s strategic initiatives to strengthen the road infrastructure network, thereby boosting economic growth and connecting key areas on Sabah’s East Coast.
“The State Government is committed to ensuring that every development project is implemented in a well-planned manner, closely monitored and completed according to schedule for the benefit of the people,” he said.
Ends
