Yayasan Sabah kaut keuntungan sebelum cukai RM683 juta tahun lalu (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah mencatat pencapaian bersejarah pada tahun 2025 apabila merekodkan jumlah keuntungan sebelum cukai sebanyak RM683 juta meningkat 17 peratus berbanding RM586 juta pada tahun sebelumnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Di peringkat syarikat pula, Innoprise Corporation Sdn Bhd (cabang pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah) telah mencatat keuntungan sebelum cukai RM243 juta, meningkat 35 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM179 juta) dan juga merupakan rekod keuntungan ICSB yang paling tinggi dalam sejarah syarikat.
“Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa keupayaan pengurusan, serta komitmen seluruh pasukan telah menghasilkan prestasi yang sangat cemerlang. Syabas saya ucapkan,” katanya pada Malam Anugerah Yayasan Sabah di Pusat Konvensyen Kota Kinabalu (SICC) di sini malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata pada tahun 2025, ICSB telah mengisytiharkan dividen berjumlah RM160 juta, meningkat tujuh peratus berbanding RM150 juta pada tahun 2024.
“Pencapaian ini merupakan rekod pembayaran dividen tertinggi dalam sejarah ICSB. Pada masa yang sama, ICSB kekal sebagai GLC Sabah yang membayar dividen tertinggi di negeri ini bagi lima tahun berturut-turut. kita optimis bahawa prestasi ini akan terus melonjak pada tahun 2026, selaras dengan prestasi kewangan yang kukuh dan prospek perniagaan yang positif,” katanya.
Menurutnya, kejayaan ini digerakkan oleh kekuatan pelbagai sektor dalam Kumpulan termasuk sektor agro-perladangan yang terus menjadi penyumbang terbesar dengan keuntungan gabungan RM323 juta, sekali gus kekal sebagai tonggak utama pendapatan kumpulan.
Manakala, sektor pelancongan dan riadah pula mencatat keuntungan sebanyak RM65 juta, mencerminkan perkembangan positif industri pelancongan Sabah.
“Lebih membanggakan, sektor minyak, gas dan tenaga menunjukkan lonjakan yang amat ketara dengan keuntungan RM40 juta, berbanding hanya RM0.07 juta pada tahun 2024,” katanya.
Ketua Menteri berkata peranan Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan ekonomi negeri dan memberi sumbangan kepada masyarakat, amat penting.
“Sebagai jentera strategik Kerajaan Negeri, saya juga berasa bangga kerana Kumpulan Yayasan Sabah terus cekal dalam memacu pelbagai program berimpak tinggi seperti pendidikan, pembangunan modal insan, sosioekonomi, konservasi dan penyelidikan. Ini sejajar dengan misi penubuhannya untuk terus menjadi nadi pembangunan pendidikan dan sosial, bermula dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat universiti kolej,” katanya.
Katanya, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang juga merupakan inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah, telah membuktikan keberkesanannya dengan memberi manfaat kepada 15,629 orang pelajar melibatkan dana sebanyak RM25.1 juta.
“Sementara itu, usaha agresif kutipan pinjaman pada tahun 2025 adalah sebanyak RM 8.03 juta, tertinggi sejak Yayasan Sabah ditubuhkan.
“Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus daripada RM6.6 juta yang merupakan kutipan tertinggi sebelum ini. Gandingan kutipan bayaran balik pinjaman dan TPNS telah membantu menyediakan dana untuk memenuhi komitmen pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah,” kata Hajiji.
Beliau berkata dalam pelaksanaan program-program sosial dan pembangunan masyarakat, sebanyak 613 program telah berjaya dilaksanakan melalui enam Pejabat Zon dengan kadar pencapaian 100 peratus, memberi manfaat kepada 78,648 orang penerima melalui peruntukan sebanyak RM4.26 juta.
Seiring dengan komitmen kerajaan terhadap agenda pendidikan di negeri ini, Ketua Menteri berkata University College Sabah Foundation (UCSF), badan pengajian tinggi milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, turut mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan enrolmen melebihi 1,100 orang pelajar, selain memperkenalkan kursus-kursus inovatif bermula tahun 2025.
“UCSF juga kini aktif membina jambatan antarabangsa melalui kerjasama dengan universiti dari Brunei Darussalam, Bosnia, Turki, Azerbaijan, Indonesia, Filipina dan United Kingdom,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) pula telah menerima mandat daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) berjumlah RM1.2 juta untuk melatih 460 orang peserta di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN).
Dua projek baharu iaitu Projek Rintis Akademik Sekolah Menengah dan Gerakan Ekonomi Makanan Inovasi Laut (GEMILAU) juga turut diperkenalkan.
Hajiji turut berbangga menyaksikan komitmen pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjaga khazanah alam negeri ini.
“Kolaborasi bersama Preferred by Nature (PbN), Denmark bagi Pelan Pengurusan Strategik ke 3 Kawasan Konservasi Lembangan Maliau menunjukkan keseriusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjaga khazanah alam demi generasi masa hadapan.
“Kumpulan Yayasan Sabah juga berusaha untuk memperbaiki pengurusan ekopelancongan dengan kerjasama daripada pelbagai kawasan perlindungan taman di seluruh Malaysia,” katanya.
Melangkah ke hadapan, Hajiji berkata Kumpulan Yayasan Sabah sebagai badan berkanun negeri dan anak-anak syarikat Kumpulan harus terus berusaha keras dan sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri serta komited dalam memenuhi tuntutan semua pihak berkepentingan.
Sempena dengan Ulang Tahun ke-60 pada 10 Mei tahun ini, Hajiji menyeru agar Yayasan Sabah terus menjadi pelopor dalam melahirkan modal insan berilmu, berintegriti, dan berkemahiran tinggi.
“Saya juga mengharapkan Kumpulan Yayasan Sabah terus inovatif dan relevan dengan arus pembangunan moden serta bersama-sama dalam menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.
Tamat.
English version
KOTA KINABALU: The Yayasan Sabah Group achieved a historic milestone in 2025, chalking a total pre-tax profit of RM683 million, an increase of 17 per cent compared to RM586 million the previous year, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“At the company level, Innoprise Corporation Sdn Bhd (the investment arm of the Yayasan Sabah Group) recorded a pre-tax profit of RM243 million, an increase of 35 per cent compared to the previous year (RM179 million), and this is also the highest profit ever recorded in ICSB’s history.
“This achievement clearly proves that the management capability, as well as the commitment of the entire team, has produced an outstanding performance. Congratulations to all,” he said at the Yayasan Sabah Awards Night held at the Sabah International Convention Centre (SICC) here tonight.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister/Works and Utilities Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji, who is also Chairman of the Yayasan Sabah Board of Trustees, said that in 2025, ICSB declared dividends amounting to RM160 million, an increase of seven per cent compared to RM150 million in 2024.
“This achievement is the highest dividend payment record in ICSB’s history. At the same time, ICSB remains the Sabah GLC with the highest dividend payout in the state for five consecutive years. We are optimistic that this performance will continue to rise in 2026, in line with its strong financial performance and positive business prospects,” he said.
He said this success was driven by the strength of various sectors within the Group, including the agro-plantation sector, which remained the largest contributor with a combined profit of RM323 million, remaining the main pillar of the Group’s revenue.
Meanwhile, the tourism and leisure sector recorded an increased profit of RM65 million, reflecting the positive growth of Sabah’s tourism industry.
“More remarkably, the oil, gas and energy sector showed a very significant surge with a profit of RM40 million, compared to only RM0.07 million in 2024,” he said.
The Chief Minister said the Yayasan Sabah Group's role in boosting the state's economy and contributing to society is significant.
“As a strategic machinery of the State Government, I am also proud that the Yayasan Sabah Group continues to persevere in driving various high-impact programmes such as education, human capital development, socioeconomics, conservation and research. This is in line with its founding mission to continue serving as the backbone of educational and social development, from primary level up to university college level,” he said.
He said the Sabah State Education Fund (TPNS), which is also an initiative under the Yayasan Sabah Group Transformation Strategic Plan, has proven its effectiveness by benefiting 15,629 students, involving funds amounting to RM25.1 million.
“Meanwhile, aggressive loan collection efforts in 2025 amounted to RM8.03 million, the highest since Yayasan Sabah was established.
“This achievement reflects an increase of 22.4 per cent from RM6.6 million, which was the previous highest collection. The combination of loan repayment collections and TPNS has helped provide funds to meet the Yayasan Sabah Group’s educational commitments,” said Hajiji.
He said that, in implementing social and community development programmes, a total of 613 programmes were successfully carried out through six Zone Offices, achieving a 100 per cent success rate and benefiting 78,648 recipients through a RM4.26 million allocation.
In line with the government’s commitment to the state's education agenda, the Chief Minister said University College Sabah Foundation (UCSF), the fully owned higher education institution of the Yayasan Sabah Group, also recorded encouraging growth, with enrolment exceeding 1,100 students and the introduction of innovative courses beginning in 2025.
“UCSF is also now actively building international bridges through collaborations with universities from Brunei Darussalam, Bosnia, Turkiye, Azerbaijan, Indonesia, the Philippines and the United Kingdom,” he said.
Meanwhile, he said Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) received a RM1.2 million mandate from the Implementation Coordination Unit of the Prime Minister’s Department (ICU, JPM) to train 460 participants under the Special Programme for Natives (PKAN).
Two new projects, namely the Secondary School Academic Pilot Project and the Innovative Marine Food Economy Movement (GEMILAU), were also introduced.
Hajiji also expressed pride in witnessing the Yayasan Sabah Group management’s commitment to safeguarding the state’s natural treasures.
“The collaboration with Preferred by Nature (PbN), Denmark, for the Third Strategic Management Plan of the Maliau Basin Conservation Area demonstrates the Yayasan Sabah Group’s seriousness in preserving natural treasures for future generations.
“The Yayasan Sabah Group is also striving to improve ecotourism management through cooperation with various protected park areas throughout Malaysia,” he said.
Moving forward, Hajiji said the Yayasan Sabah Group, as a state statutory body and its subsidiaries, must continue to work hard and do their utmost to provide the best services to the people and the state while remaining committed to fulfilling the expectations of all stakeholders.
In conjunction with its 60th Anniversary on May 10 this year, Hajiji called on Yayasan Sabah to continue being a pioneer in producing knowledgeable, ethical and highly skilled human capital.
“I also hope the Yayasan Sabah Group will continue to remain innovative and relevant with the currents of modern development while working together in making the Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 a success,” he said.
Ends
