Inisiatif SENTOSA 2026 manfaat 30,000 mahasiswa IPT dalam negeri (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh komitmen terhadap  pembangunan modal insan apabila melaksanakan 14 inisiatif bantuan pendidikan  dengan perbelanjaan keseluruhan mencecah RM210.25 juta dalam tempoh lima tahun,  memberi manfaat kepada ratusan ribu pelajar di seluruh negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata daripada jumlah itu,  seramai 90,296 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), 184,911 pelajar sekolah, 1,500  sekolah termasuk sekolah agama serta 57 persatuan pelajar IPT Sabah telah menerima manfaat, selain 362 program pendidikan dilaksanakan. 

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja, kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta  untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang dijangka memberi manfaat kepada 5,000  pelajar. 

“Peruntukan besar ini membuktikan kemampuan serta komitmen tinggi kerajaan dalam  membela nasib rakyat Sabah melalui pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang,”  katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Bantuan Sumbangan  Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) 2026 di Dewan Rafflesia,  Politeknik Kota Kinabalu, pada Khamis. 

Pada majlis itu, seramai 3,366 pelajar Sabah di Politeknik Kota Kinabalu menerima  bantuan SENTOSA secara tunai. 

Hajiji berkata, bantuan berkenaan diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan  terhadap kebajikan mahasiswa anak-anak Sabah yang berusaha menimba ilmu demi  masa depan diri, keluarga dan negeri. 

Menurutnya, bantuan itu juga diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar,  khususnya untuk pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan. 

“Tahun ini, dianggarkan seramai 30,000 pelajar IPT Sabah yang menuntut dalam negeri  akan menerima manfaat bantuan SENTOSA,” katanya. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan meneruskan kesemua 14 inisiatif pendidikan tahun  ini merangkumi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan  Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan  Pendidikan Negeri (BISTARI), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah  Sabah (BISBAH), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) dan Bantuan  Khas Program Pendidikan (BANTU). 

Turut diteruskan ialah Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Sekretariat  Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA), Bantuan Graduan Rindu Sabah atau Subsidi  Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS-SUBFLY), SENTOSA, Sumbangan Kegiatan  Sekolah Secara One-Off (SUKSES) serta bantuan baharu Bantuan Pendaftaran Yuran  MUET (BAYU). 

Beliau berkata, inisiatif berkenaan berbentuk dana dan kemudahan bagi pelbagai tujuan  termasuk pendaftaran pelajar IPT, program pendidikan serta kelengkapan kemudahan  dan digital selaras dengan agenda Rancangan Malaysia Ke-13. 

Hajiji menegaskan, walaupun pendidikan berada di bawah bidang kuasa Persekutuan,  kerajaan negeri tetap proaktif menjalin kerjasama berterusan demi memastikan akses  pendidikan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat di Sabah. 

Katanya, usaha itu selari dengan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  bagi tempoh 2026–2030 yang menjadi pelan strategik utama melonjakkan daya saing  dan produktiviti negeri secara mampan serta inklusif. 

“Pelajar adalah pemimpin pelapis masa depan. Tumpukan perhatian kepada  pembelajaran dan latihan kerana ilmu adalah kunci utama memajukan negeri dan  negara. 

“Manfaatkan sepenuhnya subsidi tiket, bantuan tunai dan zakat yang disediakan  kerajaan, selain mengambil tahu setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan  kerajaan negeri termasuk pembangunan infrastruktur air, jalan raya dan elektrik,”  katanya. 

Tamat

 

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government continues to strengthen its commitment to  human capital development by implementing 14 educational assistance initiatives  totalling RM210.25 million over the past five years, benefiting many students across the  state. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that of this total, 90,296  higher education students, 184,911 school students, 1,500 schools including religious  schools, and 57 Sabah student associations in higher education institutions have  benefited, in addition to the implementation of 362 educational programmes. 

He said for this year alone, the state government has allocated RM100 million for the  Sabah State Government Scholarship, which is expected to benefit 5,000 students. 

“This significant allocation proves the government’s capability and strong commitment  in safeguarding the welfare of the people of Sabah through education as a long-term  investment,” he said at the Launch of the Domestic Higher Education Student  Contribution Assistance Initiative (SENTOSA) 2026 at the Dewan Rafflesia, Kota  Kinabalu Polytechnic, on Thursday. 

At the event, 3,366 Sabah students at Kota Kinabalu Polytechnic received SENTOSA  assistance in cash. 

Hajiji said the assistance was established as a sign of the government's concern for the  welfare of Sabah students who are striving to gain knowledge for the sake of their own  future, their families and the state. 

He said the assistance is also expected to ease the financial burden of students,  particularly to enable them to return to their hometowns during festive seasons. 

“This year, it is estimated that 30,000 Sabah students studying at higher education  institutions within the state will benefit from the SENTOSA assistance,” he said. 

Hajiji said the state government will continue all 14 education initiatives this year,  including the One-Off Higher Education Registration Cash Assistance (BUDI), Computer  Assistance Initiative (BAIK), Special Examination Cash Assistance (BAKTI), State  Education Savings Assistance (BISTARI), PIBG Activity Assistance (BAGUS), Sabah  School Assistance (BISBAH), School Minor Maintenance Assistance (BALKIS) and  Special Education Programme Assistance (BANTU).

Also to be continued are the Sabah Education Excellence Awards (AKSA), Sabah  Malaysia Student Secretariat (SEMESTA), Sabah Graduate Returns Home Assistance  or Sabah Student Flight Ticket Subsidy (GRS-SUBFLY), SENTOSA, One-Off School  Activities Contribution (SUKSES) and the new assistance MUET Registration Fee  Assistance (BAYU). 

He said the initiatives involve funding and facilities for various purposes, including higher  education student registration, education programmes, and digital and facility support in  line with the 13th Malaysia Plan agenda. 

Hajiji stressed that although education falls under federal jurisdiction, the state  government remains proactive in fostering continuous cooperation to ensure fair and  equitable access to education for all levels of society in Sabah. 

He added that the effort is also in line with the implementation of the Sabah Maju Jaya  (SMJ) 2.0 Roadmap for 2026–2030, which serves as the state’s strategic plan to  enhance competitiveness and productivity in a sustainable and inclusive manner. 

“Students are the future leaders. Focus on learning and training because knowledge is  the key to advancing the state and the nation. 

“Make full use of the ticket subsidies, cash assistance and zakat provided by the  government, while also keeping abreast of every development agenda implemented by  the state government, including infrastructure development for water, roads and  electricity,” he said. 

Ends