Tun Musa dan Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Hari Sabah (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diiringi Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika menghadiri Majlis Tahlil, Doa  Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah  Peringkat Negeri Tahun 2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini, pada Jumaat.  

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd  Arifin Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah,  Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin  Aman,. 

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat  sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat bagi memohon  keberkatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri Sabah.  

Tamat