KM terima kunjungan Timbalan Menteri KUSKOP

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima  kunjungan hormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi  (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin, di Menara Kinabalu, di sini, hari ini. 

Mohamad berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan kolaborasi dan kerjasama  antara Kerajaan Persekutuan menerusi KUSKOP dengan Kerajaan Negeri bagi  memantapkan pembangunan keusahawanan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana  (PMKS) serta koperasi di Sabah. 

Katanya, KUSKOP turut membantu menyediakan ruang niaga bagi memperluas  peluang perniagaan kepada penjaja dan usahawan kecil di Sabah, selain  membincangkan usaha memperkasa ekosistem keusahawanan dan koperasi di negeri  ini. 

Mohamad berkata, beliau turut menjemput Ketua Menteri untuk merasmikan penutupan  Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Edisi Sabah yang dijadual berlangsung selama  tiga hari, dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Kota Kinabalu. 

Katanya, Ketua Menteri dijadual menyempurnakan majlis penutupan karnival pada 25  Oktober, yang dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung. 

Kunjungan itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Saidatu Akhma  Hassan; Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (Bersara)  Datuk Ahmad Norihan Jalal serta wakil TEKUN Nasional, Institut Keusahawanan  Negara (INSKEN), Amanah Ikhtiar Malaysia dan Bank Rakyat. 

Tamat