Hajiji iringi Perdana Menteri pada ALC-27 di Brunei Darussalam (Dwibahasa)
BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) di Istana Nurul Iman di sini pada Sabtu.
Ketua Menteri turut menghadiri mesyuarat pra-majlis ALC-27 di Hotel Empire yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Jumaat.
Turut bersama Hajiji ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mengiringi Ketua Menteri dari Sabah ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Datuk Awang Shahminan Sahari.
Selepas ALC-27, pertemuan empat mata diadakan antara Anwar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Muiz'zaddin Wad'daulah.
Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan Instrumen Dua Hala turut ditandatangani, diikuti dengan jamuan tengah hari rasmi bagi meraikan Perdana Menteri.
Tamat
BANDAR SERI BEGAWAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor accompanied Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for the 27th Annual Leaders’ Consultation (ALC-27) between Malaysia and Brunei Darussalam at Istana Nurul Iman here on Saturday.
The Chief Minister also attended the ALC-27 pre-council meeting at the Empire Hotel chaired by the Prime Minister on Friday.
Together with Hajiji were Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan, Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg and Minister of Investment, Trade and Industry Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Accompanying the Chief Minister from Sabah were Local Government and Housing Minister Datuk Arifin Arif, State Secretary Datuk Zainudin Aman, Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun and State Home Affairs and Research Secretary Datuk Awang Shahminan Sahari.
After the ALC-27, a four-eyed meeting was held between Anwar and His Majesty and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Muiz'zaddin Wad'daulah.
Several Memorandum of Understanding (MoU) and Bilateral Instrument were also signed, followed by an official luncheon in honour of the Prime Minister.
Ends