Perkukuhkan TVET bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran, berdaya saing (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus  diperkukuhkan bagi membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya  saing dalam pasaran kerja berkaitan industri minyak dan gas, kata Ketua Menteri, Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Dalam konteks ini katanya, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran  memainkan peranan untuk membantu dengan memperbanyakkan kursus serta program  berkaitan industri minyak dan gas. 

“Pada tahun ini, sejumlah RM39.24 juta diperuntukkan di bawah Kementerian  Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan program pembangunan  modal insan yang menjadi tumpuan termasuklah TVET selain beberapa lagi program  antaranya Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM); inovasi dan teknologi digital; minyak dan gas. 

“Selain itu Kursus dan Latihan Bahasa; Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);  hospitaliti, keselamatan dan kesihatan; pertanian serta latihan di Sektor Perladangan  Kelapa Sawit. Saya yakin semua usaha ini termasuk penubuhan Majlis TVET Sabah  pada tahun lalu, akan menjadi satu anjakan paradigma yang penting dalam landskap  pembangunan TVET negeri.  

“TVET tidak lagi boleh dianggap sebagai sekadar pilihan, sebaliknya perlu diterima  sebagai pilihan arus perdana dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang  mampu membentuk masa depan Sabah,” katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya  MYFutureJobs X Oil & Gas Kota Kinabalu 2026 di Sabah International Convention  Centre (SICC) di sini, pada Sabtu. 

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri  Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. 

Dalam pada itu Ketua Menteri berkata aktiviti berkaitan minyak dan gas, pelancongan dan perdagangan antara pemacu penting ekonomi Sabah, sekali gus menunjukkan  kepelbagaian peluang ekonomi yang terdapat di negeri ini. 

“Pertumbuhan ekonomi Sabah disokong oleh beberapa sektor utama. Sektor  pembinaan mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 28.3 peratus, diikuti  pembuatan 5.0 peratus, perlombongan dan pengkuarian 4.9 peratus serta perkhidmatan  4.5 peratus.

“Perkembangan semua sektor ini memberi gambaran bahawa corak peluang pekerjaan  di Sabah turut berubah mengikut perkembangan ekonomi dan keperluan industri, sekali  gus mewujudkan permintaan terhadap tenaga kerja dengan kemahiran yang  bersesuaian,” katanya. 

Beliau berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pasaran  buruh Sabah menunjukkan perkembangan yang semakin baik di mana pada suku kedua  2026, Sabah mempunyai sekitar 1.90 juta tenaga buruh, dengan 1.23 juta penduduk  bekerja, manakala jumlah penganggur adalah sekitar 106,600 orang.  

“Usaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan  Sosial (PERKESO) juga menunjukkan sebanyak 71,821 penempatan pekerjaan telah  berjaya direkodkan di Sabah bagi tempoh 2020 hingga 24 Julai 2026.  

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu rakyat  Sabah memperoleh pekerjaan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi mereka Justeru, program karnival kerjaya pada hari ini tepat pada masanya untuk meningkatkan  penyertaan anak-anak muda kita khususnya dalam industri minyak dan gas di negeri  ini. 

“Kehadiran 30 majikan yang menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan sempena  karnival itu membuktikan komitmen semua pihak dalam membuka lebih banyak peluang  kerjaya kepada rakyat Sabah, terutama kepada pencari kerja di negeri ini,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Technical and Vocational Education and Training (TVET) must  continue to be strengthened to help produce a skilled and competitive workforce for the  oil and gas industry job market, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor. 

In this context, he said institutions of higher learning and skills training centres have an  important role to play by offering more courses and programmes related to the oil and  gas industry. 

“This year, a total of RM39.24 million has been allocated under the Ministry of Education,  Science, Technology and Innovation to implement human capital development  programmes, with a focus on TVET as well as several other programmes including  Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM); innovation and digital  technology; and oil and gas. 

“In addition, there are language courses and training; Information and Communications  Technology (ICT); hospitality, safety and health; agriculture; as well as training in the oil  palm plantation sector. I am confident that all these efforts, including the establishment  of the Sabah TVET Council last year, will bring about an important paradigm shift in the  State’s TVET development landscape. 

“TVET can no longer be regarded merely as an alternative, but must instead be  embraced as a mainstream choice in efforts to produce a skilled workforce capable of  shaping Sabah’s future,” he said when officiating the MYFutureJobs X Oil & Gas Kota  Kinabalu 2026 Career Carnival at the Sabah International Convention Centre (SICC)  here on Saturday. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister II cum Finance Minister Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

Meanwhile, the Chief Minister said activities related to oil and gas, tourism and trade are  among the important drivers of Sabah’s economy, reflecting the diversity of economic  opportunities available in the State. 

“Sabah’s economic growth is supported by several key sectors. The construction sector  recorded the highest growth at 28.3 per cent, followed by manufacturing at 5.0 per cent,  mining and quarrying at 4.9 per cent and services at 4.5 per cent.

“The development of all these sectors shows that the pattern of employment  opportunities in Sabah is also changing in line with economic growth and industry  requirements, thereby creating demand for workers with the appropriate skills,” he said. 

He said based on statistics from the Department of Statistics Malaysia (DOSM), Sabah’s  labour market has shown improving trends, with the State having about 1.90 million  people in the labour force in the second quarter of 2026, of whom 1.23 million were  employed, while about 106,600 were unemployed. 

“Efforts by the Ministry of Human Resources (KESUMA) through the Social Security  Organisation (PERKESO) also showed that 71,821 job placements were successfully  recorded in Sabah between 2020 and July 24, 2026. 

“This achievement reflects the Government’s continued commitment to helping  Sabahans secure employment and improve their economic well-being. Therefore,  today’s career carnival is timely in increasing the participation of our young people,  particularly in the State’s oil and gas industry. 

“The participation of 30 employers offering more than 3,000 job opportunities at the  carnival demonstrates the commitment of all parties to opening up more career  opportunities for Sabahans, particularly job seekers in the State,” he said. 

Ends