KM setuju HPPNS dibawa ke daerah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersetuju supaya sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) Peringkat Negeri Tahun 2026 diadakan di daerah, bukan hanya tertumpu di Kota Kinabalu, bagi mendekatkan program itu dengan masyarakat serta memberi manfaat kepada petani, penternak, nelayan dan peniaga setempat.
Persetujuan itu disampaikan ketika menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk HPPNS 2026 yang diketuai Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri (MAFFI), Datuk Ruslan Muharam, yang juga Timbalan Pengerusi jawatankuasa berkenaan, di Menara Kinabalu, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Tetap MAFFI, Datuk Ts Haji Jifrin Haji Mohamad serta ahli Jawatankuasa Induk HPPNS 2026.
Ruslan berkata, Hajiji dijemput merasmikan sambutan HPPNS 2026 yang dijadual berlangsung di Tenom dari 23 hingga 25 Oktober ini, dengan majlis perasmian pada 24 Oktober 2026 dan dijangka akan menarik kira-kira 20,000 pengunjung.
“Ketua Menteri amat bersetuju supaya sambutan HPPNS dibawa ke daerah kerana pendekatan ini memberi peluang kepada peniaga setempat, selain memudahkan petani, penternak dan nelayan membawa hasil mereka untuk dipamerkan serta dipasarkan,” katanya.
Beliau berkata, penganjuran HPPNS di daerah juga membolehkan masyarakat setempat berkunjung ke pesta berkenaan, sekali gus membantu menggerakkan aktiviti ekonomi dan perniagaan di kawasan terbabit.
Menurutnya, penganjuran di Tenom turut membuka ruang untuk sambutan HPPNS diadakan secara bergilir di daerah lain pada masa akan datang, selain Kota Kinabalu, di samping memberi pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah kepada usahawan tani, penternak dan nelayan yang berjaya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has agreed that the 2026 State-level Sabah Farmers, Livestock Breeders and Fishermen’s Day (HPPNS) celebration should be held in the districts instead of being confined in Kota Kinabalu, to bring the programme closer to the people and benefit local farmers, livestock breeders, fishermen and traders.
He conveyed his agreement when receiving a courtesy call from the HPPNS 2026 Main Committee led by Assistant Minister of Agriculture, Fisheries and Food Industry (MAFFI) Datuk Ruslan Muharam, who is also the committee’s Deputy Chairman, at Menara Kinabalu today.
Also present were MAFFI Permanent Secretary Datuk Ts Haji Jifrin Haji Mohamad and members of the HPPNS 2026 Main Committee.
Ruslan said Hajiji had been invited to officiate the HPPNS 2026 celebration, scheduled to be held in Tenom from October 23 to 25, with the official opening ceremony on October 24, 2026. HPPNS 2026 is expected to attract about 20,000 visitors.
“The Chief Minister strongly agrees that the HPPNS celebration should be brought to the districts as this approach provides opportunities for local traders, while making it easier for farmers, livestock breeders and fishermen to bring their produce for exhibition and sale,” he said.
He said holding HPPNS in the districts would also allow local communities to visit the event, thereby helping to stimulate economic and business activities in the areas concerned.
According to him, holding the event in Tenom would also pave the way for HPPNS to be hosted on a rotational basis in other districts in the future, apart from Kota Kinabalu, while providing recognition through various awards to successful agricultural entrepreneurs, livestock breeders and fishermen.
Ends