Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Sambutan Maulidur Rasul (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyertai Majlis  Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M di  Masjid Negeri pada Jumaat. 

Turut bersama dalam Majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap  Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah Datuk Dr Haji Mohd  Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman dan tetamu lain. 

Majlis bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin Mufti Sabah, Datuk Bungsu  @ Aziz Jaafar disertai lebih daripada 1,000 jemaah. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor joined the  Majlis Doa Kesyukuran held in conjunction with the Maulidur Rasul SAW 1448H/2026  celebration at the State Mosque on Friday. 

Also present were Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun, Local Government and Housing Minister and Chairman of the Sabah Maulidur  Rasul SAW Celebration Main Committee Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif, State Secretary  Datuk Zainudin Aman and other guests. 

More than 1,000 congregants participated in the recitation of Surah Yasin, Tahlil and  Doa Selamat led by Sabah Mufti Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. 

Ends