Selesaikan isu keperluan rakyat melalui projek “low-hanging fruits” (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Sebahagian daripada isu keperluan rakyat yang dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri lalu harus diselesaikan segera melalui pelaksanaan projek kecil (low-hanging fruits) yang berimpak tinggi dan berkos rendah, tegas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri semasa sidang DUN baru-baru ini melibatkan isu keperluan rakyat seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, isu banjir dan sistem saliran, pendidikan dan sebagainya.
“Semua isu ini adalah berkaitan dengan keperluan kehidupan rakyat dan sebahagiannya boleh diselesaikan melalui pelaksanaan projek-projek "low-hanging fruits”.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi kepentingan pelaksanaan projek-projek “low hanging fruits” sebagai pemangkin strategik pembangunan negeri Sabah.
“Walaupun projek-projek mega penting untuk pertumbuhan jangka panjang, projek projek "low-hanging fruits" ini mampu memberikan impak segera yang dapat dirasai oleh rakyat dan kerajaan dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya.
Oleh itu, beliau mahu segala isu pelaksanaan projek-projek kecil dapat diselesaikan segera agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual.
“Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar manfaat pembangunan ini dapat dinikmati tanpa sebarang kelewatan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin.
“Saya menyeru semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana agar terus memperkukuh komitmen, mempererat kerjasama dan meningkatkan penyelarasan strategik bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata mesyuarat MTPNg harus dimanfaatkan sebagai medium perbincangan yang konstruktif dan berorientasikan penyelesaian dan tindakan supaya setiap isu pelaksanaan dapat ditangani secara proaktif, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara lebih cekap dan berkesan.
Menurutnya, ini penting dalam memastikan setiap dasar, program dan projek pembangunan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Negeri Sabah.
“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0, pelaksanaan projek-projek pembangunan perlu terus diperkasakan melalui penyelarasan yang lebih sistematik dan bersepadu antara kementerian, jabatan serta agensi pelaksana.
“Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana perlu terus memperkukuh kerjasama dan komunikasi antara agensi di samping mengoptimumkan perkongsian maklumat dan amalan terbaik.
“Saya yakin melalui iltizam dan sinergi yang kukuh, kita mampu memastikan setiap projek pembangunan dapat disempurnakan dengan jayanya, sekali gus mempercepatkan kemajuan negeri Sabah serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup seluruh rakyat,” katanya.
Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri-Menteri Kabinet negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
Mesyuarat MTPNg kali ini turut disertai buat kali pertama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri baharu Datuk Zainudin Aman bersama Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab dan Pengarah ICU JPM Sabah Datuk Samsul Dollah.
Tamat
KOTA KINABALU: Some of the issues affecting the people raised during the recent State Legislative Assembly sitting must be resolved quickly through the implementation of high-impact and low-cost “low-hanging fruit” projects, stressed Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He said among the issues raised by State Assembly members during the recent sitting were those concerning the people’s basic needs, including water and electricity supply, roads, flooding and drainage systems, education and others.
“All these issues are related to the people’s daily needs and some can be resolved through the implementation of ‘low-hanging fruit’ projects.
“I wish to reiterate the importance of implementing ‘low-hanging fruit’ projects as a strategic catalyst for Sabah’s development.
“While mega projects are important for long-term growth, these ‘low-hanging fruit’ projects can deliver immediate impact that the people and the government can feel within a shorter period,” he said.
Hajiji therefore wants all issues affecting the implementation of small projects resolved immediately to ensure that every project is completed according to schedule.
“The people have high expectations that they will be able to enjoy the benefits of development without any delay,” he said when chairing the State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu here on Monday.
“I call on all ministries, departments and implementing agencies to strengthen their commitment further, enhance cooperation and improve strategic coordination to ensure that every development project is implemented efficiently, systematically and according to the stipulated schedule,” he said.
He said MTPNg meetings should be fully utilised as a platform for constructive, solution and action-oriented discussions so that every implementation issue can be addressed proactively for the prosperity of the state and the well-being of the people.
Meanwhile, the Chief Minister said the State Government would remain committed to strengthening strategic cooperation with the Federal Government to ensure that every national development agenda is implemented more efficiently and effectively.
He said this was important to ensure that every policy, programme and development project translated into tangible benefits for the well-being of the people and the prosperity of Sabah.
“In line with the aspirations of Malaysia MADANI and the Sabah Maju Jaya 2.0 development direction, the implementation of development projects must continue to be strengthened through more systematic and integrated coordination among ministries, departments and implementing agencies.
“To realise these aspirations, all ministries, departments and implementing agencies must continue to strengthen inter-agency cooperation and communication while optimising the sharing of information and best practices.
“I am confident that through strong commitment and synergy, we will be able to ensure that every development project is completed, thereby accelerating Sabah’s progress while improving the well-being and quality of life of the people,” he said.
Also present were Deputy Chief Ministers Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, State Cabinet Ministers and Minister in the Prime Minister’s Department (Sabah and Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud
The MTPNg meeting was also attended for the first time by newly appointed State Secretary Datuk Zainudin Aman, together with Sabah Federal Secretary Datuk Mohd Razali Wahab and Sabah Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department Director Datuk Samsul Dollah.
Ends