Wajar UCSF buka pintu kepada pelajar luar negara (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata sudah  sampai masanya bagi University College Sabah Foundation (UCSF) membuka pintu kepada  pelajar luar negara.  

“Langkah ini dapat meningkatkan reputasi global institusi, merangsang perkongsian ilmu yang  pelbagai, serta memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat. 

“Syabas juga kepada UCSF atas usaha memperkukuhkan jaringan antarabangsa. Hubungan  strategik bersama institusi di Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina membuktikan bahawa  UCSF tidak lagi melihat sempadan geografi sebagai batas kepada kecemerlangan. 

“Sebaliknya, universiti ini sedang membuka ruang yang lebih luas kepada mobiliti pelajar,  pertukaran pensyarah, penyelidikan bersama serta pembangunan komuniti rentas negara,”  katanya. 

Ketua Menteri, yang juga Canselor UCSF berkata demikian pada majlis Konvokesyen ke-4  University College Sabah Foundation (UCSF) di Sabah International Convention Centre (SICC)  di sini pada Sabtu. 

Hajiji berkata usaha memperkukuhkan jaringan antarabangsa yang akan memperkukuhkan  kedudukan Sabah sebagai hab pendidikan khususnya di rantau Borneo dan BIMP-EAGA. 

Dalam hal ini, beliau melihat UCSF memainkan peranan yang amat signifikan dan sebagai  institusi pendidikan tinggi milik Yayasan Sabah, UCSF bukan sahaja menjadi pusat  penyampaian ilmu, malah menjadi wadah untuk melahirkan generasi baharu Sabah yang  mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.  

Usaha UCSF memperluaskan penawaran akademik melalui pembukaan program-program  baharu seperti Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Asasi Sains serta pembangunan  program Sarjana Muda Seni Bina (Kepujian) juga amat membanggakan, katanya. 

“Usaha membangunkan program Sarjana dan Doktor Falsafah menunjukkan bahawa UCSF  sedang melangkah ke fasa baharu sebagai institusi yang memberi penekanan kepada  penyelidikan, inovasi dan pembangunan ilmu pada tahap lebih tinggi.  

“Inilah transformasi yang kita harapkan daripada sebuah institusi pengajian tinggi. Saya juga  dimaklumkan bahawa UCSF adalah institusi utama yang membekalkan tenaga mahir untuk  industri Pelancongan dan Perhotelan di negeri ini,” katanya. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan penuh kepada pembangunan  pendidikan tinggi di Sabah. 

“Saya yakin dengan kepimpinan Naib Canselor, Lembaga Pengarah, pengurusan universiti,  para akademik, seluruh warga kerja universiti dan sudah tentu Yayasan Sabah, UCSF akan  terus melakar lebih banyak kejayaan,” katanya. 

Hajiji mengulangi bahawa agenda pembangunan modal insan Sabah terus diperkukuh dengan  peruntukan lebih RM100 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun ini. 

Katanya, usaha ini memberi manfaat kepada ribuan pelajar yang melanjutkan pengajian di  pelbagai peringkat, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM).  

“Peruntukan ini digunakan untuk menampung pelajar sedia ada serta tajaan baharu tahun 2026,  membabitkan seramai 2,182 pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana  muda dan sarjana.  

“Sehingga kini jumlah keseluruhan pelajar yang menerima tajaan BKNS telah mencecah 13,389  orang, sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan lebih ramai  anak Sabah memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti.  

“Komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan kekal menjadi keutamaan  kerana sektor berkenaan merupakan asas penting dalam melahirkan modal insan yang berilmu,  berkemahiran dan berdaya saing,” katanya, 

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa meletakkan pembangunan modal insan sebagai  asas kepada kemajuan negeri dan seiring dengan kemajuan masa kini, Sabah amat  memerlukan barisan graduan yang berilmu, berkemahiran tinggi, berdaya saing, serta  mempunyai minda yang kreatif.  

Hajiji berkata kerajaan bertekad untuk meneruskan pelbagai program bantuan pendidikan  termasuklah 14 inisiatif pendidikan yang diperkenalkan sejak tahun 2021.  

Antara bantuan pendidikan tersebut adalah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off  (BUDI); Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI); Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Subsidi  Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian  Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).  

“Langkah yang kita ambil ini adalah untuk membantu pelajar serta keluarga, khususnya dalam  menghadapi peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan pendidikan,” katanya. 

Sehubungan itu, Ketua Menteri berharap semua pelajar akan terus mengekalkan  kecemerlangan termasuklah menerokai dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang  strategik yang menjadi pemacu pembangunan masa hadapan, khususnya sektor minyak, gas  dan tenaga, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta bidang Kecerdasan  Buatan (Artificial Intelligence atau AI). 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the time has  come for University College Sabah Foundation (UCSF) to open its doors to international  students. 

“This move can enhance the institution’s global reputation, encourage diverse knowledge sharing and bring economic benefits to the local community. 

“Congratulations also to UCSF for its efforts to strengthen international networks. Strategic  ties with institutions in Brunei Darussalam, Indonesia and the Philippines demonstrate that  UCSF no longer sees geographical boundaries as a barrier to excellence. 

“Instead, the university is opening up wider opportunities for student mobility, lecturer  exchanges, joint research and cross-border community development,” he said. 

The Chief Minister, who is also UCSF Chancellor said this at UCSF’s Fourth Convocation  ceremony at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on Saturday. 

Hajiji said efforts to strengthen international networks would further reinforce Sabah’s  position as an education hub, particularly in the Borneo and BIMP-EAGA region. 

In this regard, he said UCSF plays a highly significant role. As an institution of higher learning  owned by Yayasan Sabah, UCSF is not only a centre for the dissemination of knowledge  but also a platform for producing a new generation of Sabahans capable of competing at the  national and international levels. 

He said UCSF’s efforts to expand its academic offerings through the introduction of new  programmes such as the Master of Business Administration (MBA), Foundation in Science  and the development of the Bachelor of Architecture (Honours) programme were also highly  commendable. 

“Efforts to develop Master’s and Doctor of Philosophy programmes show that UCSF is  entering a new phase as an institution that places greater emphasis on research, innovation  and the advancement of knowledge at a higher level. 

“This is the kind of transformation we expect from an institution of higher learning. I have  also been informed that UCSF is a key institution supplying skilled workforce to the tourism  and hospitality industry in the State,” he said. 

According to Hajiji, the State Government would continue to provide its full support for the  development of higher education in Sabah. 

“I am confident that under the leadership of the Vice-Chancellor, Board of Directors,  university management, academics, the entire university community and, of course,  Yayasan Sabah, UCSF will continue to achieve greater success,” he said. 

Hajiji reiterated that Sabah’s human capital development agenda continues to be  strengthened with an allocation of more than RM100 million for the Sabah State Government  Scholarship (BKNS) this year. 

He said the initiative benefits thousands of students pursuing studies at various levels,  particularly in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). 

“This allocation is being used to support existing students as well as new sponsorships for  2026, involving 2,182 students pursuing diploma, bachelor’s degree and master’s  programmes. 

“To date, the total number of students who have received BKNS sponsorship has reached  13,389, reflecting the State Government’s commitment to ensuring that more Sabahans  have access to quality education. 

“The State Government’s commitment to educational development remains a priority  because the sector is an important foundation for producing knowledgeable, skilled and  competitive human capital,” he said. 

According to Hajiji, the Sabah State Government has always placed human capital  development at the core of the State’s progress and, in keeping with current developments,  Sabah greatly needs graduates who are knowledgeable, highly skilled, competitive and  creative-minded. 

He said the government was determined to continue various educational assistance  programmes, including the 14 education initiatives introduced since 2021. 

Among the educational assistance programmes are the One-Off Cash Assistance for  Registration at Institutions of Higher Learning (BUDI); Special Examination Assistance  (BAKTI); Computer Assistance Programme (BAIK); Sabah Student Flight Ticket Subsidy  Assistance (GRS/SUBFLY); and the Contribution for Higher Education Students Studying in  Sabah (SENTOSA). 

“The measures we have taken are intended to assist students and their families, particularly  in coping with the rising cost of living and education expenses,” he said. 

The Chief Minister, therefore, hoped that all students would continue to strive for excellence,  including exploring and pursuing studies in various strategic fields that will drive future  development, particularly the oil, gas and energy sectors, Technical and Vocational  Education and Training (TVET), as well as Artificial Intelligence (AI). 

Ends