UPKO sertai GRS, perkukuh kestabilan politik Sabah (Dwibahasa)
PENAMPANG: Penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kestabilan politik negeri sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti tempatan dalam usaha membangunkan Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, penyertaan UPKO dalam GRS yang diputuskan Majlis Tertinggi GRS pada 8 Jun lalu adalah satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah dan diterima dengan hati terbuka.
“Sebenarnya, apabila kita menerima permohonan daripada UPKO untuk menyertai GRS, kita melihat itu sebagai satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah; dan kita menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun UPKO ke-32 dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, malam tadi.
Hajiji berkata, keberadaan UPKO dalam gabungan parti-parti lokal Sabah itu sudah tentu akan memperkukuhkan lagi kestabilan politik di Sabah, sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti tempatan melalui GRS.
“Dengan jaminan kestabilan politik, sudah pasti lebih mudah untuk Kerajaan Negeri memberi fokus kepada agenda pembangunan rakyat, kemakmuran ekonomi negeri dan kemajuan infrastruktur di Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan dan ahli UPKO untuk terus sama-sama menjayakan wawasan Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper, selain memperkukuh perpaduan dan kerjasama semua parti komponen GRS.
Hajiji berkata, beliau amat menghargai sokongan padu Presiden UPKO dan ahli-ahli parti itu sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri yang membolehkannya memimpin pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 yang kini diteruskan dalam SMJ 2.0.
Beliau berkata pelantikan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan membawa misi besar bagi memastikan agenda pelaburan, pembangunan perindustrian dan keusahawanan di Sabah dapat direalisasikan dengan jayanya selaras dengan matlamat SMJ 2.0.
“Saya amat yakin, dengan komitmen dan kerjasama padu semua pihak; dari peringkat pimpinan Kerajaan kepada peranan dan penglibatan kedua-dua sektor awam dan swasta, insya-Allah, pelan pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0, akan dapat dijayakan dengan penuh kecemerlangan,” katanya.
Beliau berkata, sebagai rakan seperjuangan dalam GRS, parti komponen mungkin datang daripada asas perjuangan dan latar belakang yang berbeza, namun semuanya berteduh di bawah satu bumbung yang sama dan memperjuangkan bumi Sabah yang sama.
“GRS ini adalah rumah kita, rumah yang harus kita jaga bersama; rumah yang memayungi perjuangan kita, perjuangan demi rakyat dan negeri tercinta,” katanya.
Hajiji berkata, perpaduan dan kerjasama politik yang erat dan jitu adalah kunci kepada masa depan Sabah yang lebih maju, cemerlang dan makmur.
“Inilah agenda yang mesti kita laksanakan supaya generasi Sabah yang akan datang boleh berbangga dengan legasi yang bakal kita tinggalkan untuk mereka,” katanya.
Beliau turut mengajak semua parti komponen GRS memperkukuh perpaduan dan terus bekerjasama erat bagi membangunkan Sabah yang tercinta.
Tamat
PENAMPANG: UPKO’s entry into Gabungan Rakyat Sabah (GRS) will further strengthen political stability in the State while enhancing cooperation among local parties in efforts to develop Sabah, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji, who is also GRS Chairman, said UPKO’s admission into GRS, which was approved by the GRS Supreme Council on June 8, was a positive development in Sabah’s political landscape and was welcomed with an open heart.
“In fact, when we received UPKO’s application to join GRS, we saw it as a positive development in Sabah politics, and we welcomed it with an open heart,” he said when speaking at UPKO’s 32nd Anniversary Celebration and 17th Triennial Delegates Conference at Hongkod Koisaan Hall, KDCA, here last night.
Hajiji said UPKO’s presence in the coalition of Sabah-based parties would undoubtedly further strengthen political stability in Sabah and enhance cooperation among local parties through GRS.
“With political stability assured, it will certainly be easier for the State Government to focus on the people’s development agenda, the State’s economic prosperity and infrastructure development in Sabah,” he said.
In this regard, he called on all UPKO leaders and members to work together to realise the vision of Sabah First, Sabah United, Sabah Forward and Sabah Prosper, while strengthening unity and cooperation among all GRS component parties.
Hajiji said he greatly appreciated the strong support extended by the UPKO President and party members throughout his tenure as Chief Minister, which had enabled him to lead Sabah’s development through the Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 development plan, now continued under SMJ 2.0.
He said the appointment of UPKO President Datuk Ewon Benedick as Deputy Chief Minister III and Minister of Industrial Development, Entrepreneurship and Transport carried a major responsibility to ensure that Sabah’s investment, industrial development and entrepreneurship agendas are successfully realised in line with the objectives of SMJ 2.0.
“I am very confident that with the commitment and strong cooperation of all parties — from the State Government leadership to the roles and involvement of both the public and private sectors. God willing, the SMJ 2.0 development plan can be implemented successfully and with excellence,” he said.
He said that as partners in GRS, the component parties may come from different backgrounds and have different foundations in their respective struggles, but they are all under the same roof and fighting for the same land of Sabah.
“GRS is our home, a home that we must take care of together; a home that shelters our struggle, a struggle for the people and our beloved State,” he said.
Hajiji said strong and close political unity and cooperation are key to a more developed, successful and prosperous future for Sabah.
“This is the agenda that we must implement so that future generations of Sabahans can be proud of the legacy that we will leave behind for them,” he said. He also called on all GRS component parties to strengthen unity and continue working closely together to develop their beloved Sabah.
Ends