Sabah terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan (Dwibahasa)

PENAMPANG: Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil  Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)  melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G) dengan Kerajaan Persekutuan,  tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Beliau berkata, hak 40 peratus merupakan hak terbesar Sabah dalam MA63 dan  termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. 

Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan saya akan terus  menuntut pelaksanaan penuh pembayaran 40 peratus melalui proses rundingan  Government to Government (G to G) dengan Kerajaan Persekutuan kerana hak 40  peratus merupakan hak terbesar kita dalam MA63, juga seperti yang termaktub dalam  Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hak ini mesti ditunaikan oleh Kerajaan  Persekutuan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun UPKO ke-32 dan  Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA,  di sini, malam tadi. 

Hajiji berkata, pendirian Kerajaan Negeri itu akan terus dikemukakan kepada Kerajaan  Persekutuan termasuk dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang bersidang  pada 3 Ogos lalu di Putrajaya dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon  Benedick sebagai antara delegasi Kerajaan Negeri. 

Katanya, sebanyak 13 tuntutan berkaitan MA63 telah dilaksanakan setakat ini, termasuk  kawal selia tenaga, pelesenan dan penangkapan laut dalam, pengiktirafan Jabatan  Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Arahan  Perbendaharaan 182, pentadbiran badan kehakiman di Sabah, pentadbiran Pulau  Sipadan dan Pulau Ligitan, tenaga buruh serta alam sekitar. 

Mengenai tuntutan 40 peratus itu, beliau berkata walaupun ia belum dilaksanakan  sepenuhnya termasuk satu rayuan berkaitan oleh Kerajaan Persekutuan di Mahkamah  Rayuan, Kerajaan Sabah menerima pelaksanaan secara interim yang dahulunya hanya RM26 juta tetapi kini ditambah kepada RM1.5 bilion bermula tahun ini. 

“Kita mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri meningkatkan jumlah bayaran interim  ini dan kita akan menggunakan hasil ini untuk membina lebih banyak jalan raya berturap  di Sabah, membina jambatan konkrit, menambah baik bekalan air dan elektrik serta 

agenda-agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah seperti pembinaan lebih  banyak Rumah SMJ dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR). “Pendek kata, apa yang kita perolehi daripada Kerajaan Persekutuan, akan kita  pulangkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif dan bantuan,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri terus memberi fokus besar kepada  prestasi kewangan dan peningkatan jumlah kutipan hasil, dengan jumlah kutipan  berjaya dikekalkan mencecah RM7 bilion setiap tahun sejak 2022 dan dijangka  meningkat sehingga RM8 bilion tahun ini. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah membangunkan daya tahan ekonomi  walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran domestik dan global, sekali gus  menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang strategik. 

“Pada tahun 2025 sahaja, sebanyak RM7.6 bilion nilai pelaburan dalam sektor  pembuatan telah direkodkan, iaitu hampir 208 peratus berbanding pada tahun 2024,”  katanya. 

Hajiji berkata, kesemua usaha Kerajaan itu bertujuan membina kemakmuran ekonomi  rakyat melalui penciptaan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah serta limpahan  aktiviti ekonomi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan adanya  pelaburan berimpak tinggi di Sabah. 

Beliau berkata, melalui kerjasama strategik dengan PETRONAS di bawah Commercial  Collaborative Agreement (CCA), Kerajaan Negeri juga berjaya meningkatkan pegangan  ekuiti dalam penerokaan dan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah, di  samping membuka ruang penyertaan lebih banyak syarikat tempatan Sabah dalam  pembangunan industri berkenaan. 

“Untuk makluman, kita sedang memuktamadkan untuk memperoleh 40 peratus ekuiti  dalam projek fasiliti Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di Sabah, di samping 30 peratus  lagi pegangan dalam dua lapangan minyak dan gas yang baharu di Pantai Timur. Insya Allah, perjanjian untuk perkongsian ini akan dimeterai dalam waktu terdekat,” katanya. 

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan taman-taman perindustrian baharu  termasuk di Kota Belud dan Hab Ekonomi Biru di Kudat bagi melonjakkan lagi kadar  pelaburan di negeri ini, sekali gus meningkatkan aktiviti rantaian ekonomi domestik. 

Tamat

 

PENAMPANG: The Sabah Government will continue to pursue its entitlement to 40 per  cent of Federal revenue derived from Sabah, as enshrined in the Malaysia Agreement  1963 (MA63), through Government-to-Government (G2G) negotiations with the Federal  Government, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said the 40 per cent entitlement is Sabah’s most significant right under MA63 and is  provided for under Articles 112C and 112D of the Federal Constitution. 

“I wish to stress that the State Government, under my leadership, will continue to pursue  the full implementation of the 40 per cent payment through the G2G negotiations with  the Federal Government, because the 40 per cent entitlement is our most significant right under the Malaysia Agreement 1963 (MA63), as well as being enshrined in the  Federal Constitution of Malaysia. This right must be fulfilled by the Federal Government,”  he said. 

He said this when speaking at the UPKO’s 32nd Anniversary Celebration and 17th  Triennial Delegates Conference at Hongkod Koisaan Hall, KDCA, here last night. 

Hajiji said the State Government’s position would continue to be conveyed to the Federal  Government, including at the MA63 Technical Committee meeting held in Putrajaya on  Aug 3, which was also attended by Deputy Chief Minister III Datuk Ewon Benedick as  part of the State Government delegation. 

He said 13 claims related to MA63 have been implemented to date, including the  regulation of energy, deep-sea fishing licensing and regulation, recognition of the Public  Works Department (JKR) and Department of Irrigation and Drainage (JPS) under  Treasury Instruction 182, administration of the judiciary in Sabah, administration of  Sipadan and Ligitan islands, labour and the environment. 

On the 40 per cent entitlement, he said although it has yet to be fully implemented,  including with a related appeal by the Federal Government before the Court of Appeal,  the Sabah Government has accepted an interim arrangement, under which the payment  that was previously only RM26 million has now been increased to RM1.5 billion  beginning this year. 

“We welcome the Prime Minister’s decision to increase the interim payment, and we will  use these funds to build more paved roads in Sabah, construct concrete bridges,  improve water and electricity supplies, and implement development and welfare  

initiatives for the people of Sabah, such as building more Rumah SMJ houses and  expanding the Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) programme. 

“In short, whatever we receive from the Federal Government will be channelled back to  the people in various forms of incentives and assistance,” he said. 

Meanwhile, Hajiji said the State Government continues to place strong emphasis on  financial performance and increasing revenue collection, with annual revenue  maintained at RM7 billion since 2022 and expected to rise to RM8 billion this year. 

He said the State Government has also strengthened the State’s economic resilience  despite various domestic and global challenges, positioning Sabah as a strategic  investment destination. 

“In 2025 alone, RM7.6 billion in investments in the manufacturing sector was recorded,  representing an increase of nearly 208 per cent compared with 2024,” he said. 

Hajiji said all these efforts are aimed at building economic prosperity for the people  through the creation of employment opportunities for Sabahans and generating  economic spillover benefits for micro, small and medium enterprises through high-impact  investments in Sabah. 

He said that through strategic cooperation with PETRONAS under the Commercial  Collaboration Agreement (CCA), the State Government has also succeeded in  increasing its equity participation in the exploration and development of Sabah’s oil and  gas industry, while creating more opportunities for local Sabah companies to participate  in the development of the industry. 

“We are finalising the acquisition of a 40 per cent equity stake in a Floating Liquefied  Natural Gas (FLNG) facility project in Sabah, as well as a further 30 per cent stake in  two new oil and gas fields on the East Coast. God willing, the agreements for these  partnerships will be signed in the near future,” he said. 

The State Government will also develop new industrial parks, including in Kota Belud,  as well as a Blue Economy Hub in Kudat to further boost investment in the State and, in  turn, increase activities across the domestic economic value chain. 

Ends