KM pastikan Tuaran terus membangun dan maju (Dwibahasa)

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengulangi  komitmennya untuk memastikan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di  Tuaran menerima limpahan pembangunan sama seperti kawasan lain di Sabah. 

Beliau berkata, sebagai Ketua Menteri dari Tuaran, menjadi tanggungjawabnya untuk  membangunkan bukan saja kawasan yang diwakilinya di DUN Sulaman, malah  memastikan DUN Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu turut menerima kemajuan. 

Katanya, beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu rakyat di daerah ini dan  membawa pembangunan yang sewajarnya, sejajar dengan kedudukan Tuaran sebagai  daerah asal Ketua Menteri sekarang. 

"Jadi saya sentiasa mencari jalan untuk bantu pastikan kawasan Tuaran, khususnya  Sulaman dan Pantai Dalit, termasuk juga Tamparuli dan Kiulu terus membangun dan  maju. 

"Kalau boleh kita mahu daerah Tuaran ini lebih maju atau setara pembangunannya  dengan daerah lain di seluruh Sabah, lebih-lebih lagi ini adalah kawasan Ketua Menteri,"  katanya. 

Hajiji berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan DUN  Sulaman dan DUN Pantai Dalit Sesi 2026-2030 serta Penyerahan Bantuan Tunai  kepada Peniaga dan Penjaja Tepi Jalan Tahun 2026 di Dewan Seri Sulaman, di sini,  hari ini. 

Pada majlis itu, seramai 48 Pengerusi JKKK bagi kawasan DUN Sulaman dan 45  Pengerusi JKKK bagi kawasan DUN Pantai Dalit menerima watikah pelantikan bagi  tempoh perkhidmatan 2026 hingga 2030. 

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian bantuan tunai RM3,000 kepada  seramai 200 peniaga dan penjaja tepi jalan melalui peruntukan Sentuhan Kasih Hajiji  bagi tahun 2026. 

Ketua Menteri berkata, usaha yang beliau laksanakan itu juga sebagai tanda  penghargaan terhadap sokongan rakyat di Sulaman yang memberikan sokongan  berterusan selama 36 tahun beliau mewakili Sulaman, termasuk lima tahun sebagai  Ketua Menteri.

Katanya, beliau sedaya upaya membawa kemudahan kepada rakyat di Tuaran, lebih lebih lagi di kawasan Sulaman dan Pantai Dalit yang sebelum ini menjadi sebahagian  daripada DUN Sulaman seperti jalan kampung dan aktiviti ekonomi untuk manfaat  rakyat. 

Mengenai bantuan tunai RM3,000 melalui Sentuhan Kasih beliau, Hajiji berkata  sumbangan itu bertujuan meringankan beban kos ditanggung peniaga kecil di kawasan  Sulaman dan Pantai Dalit dalam menjana pendapatan untuk keluarga. 

"Ini adalah bantuan tunai Sentuhan Kasih dari saya, setiap tahun ada bantuan kepada  peniaga kecil-kecilan ini kerana saya prihatin. Jadi tahun ini saya bagi RM3,000 kepada  seramai 200 orang di Sulaman dan Pantai Dalit. 

"Program ini termasuk dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu memberi  kesejahtreaan kepada rakyat dan inilah antara asas yang perlu kita laksanakan,"  katanya. 

Terdahulu, beliau mengingatkan Pengerusi JKKK supaya melaksanakan  tanggungjawab yang diamanahkan sebagai mata dan telinga yang menghubungkan  rakyat dengan kerajaan, termasuk berusaha menyatupadukan rakyat di peringkat akar  umbi. 

Katanya, tugas JKKK bukan hanya melaksanakan projek, malah berperanan untuk  menyatupadukan rakyat di kampung masing-masing. 

"Tugas lebih besar bukan setakat melaksanakan projek, tapi banyak lagi aktiviti lain  yang boleh memberi kesedaran kepada rakyat dan melakukan aktiviti yang membawa  kemajuan. Contohnya berganding bahu dengan rakyat melalui aktiviti gotong royong di  kampung. Ini boleh diusahakan kerana ia boleh merapatkan silaturahim sesama kita. 

"Bukan soal semata-mata memohon projek dan lain-lain tapi perkara asas merapatkan  silaturahim, kekeluargaan di kampung, gotong-royong, adakan perjumpaan selalu  bukan saja dengan AJK, tapi juga orang kampung dalam melahirkan masyarakat  bersatu-padu," katanya. 

Tamat

 

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has reiterated his  commitment to ensuring that all four State Assembly constituencies in Tuaran benefit  from development on par with other areas in Sabah. 

He said that, as a Chief Minister from Tuaran, it was his responsibility not only to develop  the Sulaman constituency, which he represents, but also to ensure that Pantai Dalit,  Tamparuli and Kiulu continue to progress. 

Hajiji said he was always looking for ways to assist the people in the district and bring  about appropriate development, in line with Tuaran’s position as the home district of the  current Chief Minister. 

“So I am always looking for ways to help ensure that Tuaran, particularly Sulaman and  Pantai Dalit, as well as Tamparuli and Kiulu, continues to develop and progress. 

“If possible, we want the Tuaran district to be more developed or at least on par with  other districts throughout Sabah, especially since this is the Chief Minister’s  constituency,” he said. 

Hajiji said this during the presentation of appointment letters to the Village Development  and Security Committees (JKKK) for the Sulaman and Pantai Dalit constituencies for the  2026-2030 term, as well as the presentation of cash assistance to traders and roadside  hawkers for 2026, at Dewan Seri Sulaman here today. 

At the event, 48 JKKK chairmen from the Sulaman constituency and 45 from Pantai Dalit  received their appointment letters for the 2026-2030 term. 

The event also saw RM3,000 in cash assistance presented to each of 200 petty traders  and roadside hawkers through the 2026 Sentuhan Kasih Hajiji allocation. 

The Chief Minister said the initiatives he had implemented were also a token of  appreciation for the support of the people of Sulaman, who had continuously backed him  throughout the 36 years he had represented the constituency, including the past five  years as Chief Minister. 

He said he had done his utmost to bring facilities and development to the people of  Tuaran, particularly in Sulaman and Pantai Dalit, which was previously part of the  Sulaman constituency, including village roads and economic activities for the benefit of  the people.

On the RM3,000 cash assistance under his Sentuhan Kasih initiative, Hajiji said the  contribution was aimed at easing the financial burden faced by small traders in Sulaman  and Pantai Dalit in earning an income for their families. 

“This is Sentuhan Kasih's cash assistance from me. Every year, assistance is provided  to these small traders because I care about their welfare. This year, I am giving RM3,000  each to 200 recipients in Sulaman and Pantai Dalit. 

“This programme is also part of the Sabah Maju Jaya (SMJ) development roadmap,  which aims to improve the well-being of the people, and this is among the fundamental  initiatives that we must implement,” he said. 

Earlier, Hajiji reminded all JKKK chairmen to fulfil their entrusted responsibilities as the  eyes and ears linking the people to the government, including fostering unity at the  grassroots level. 

He said the role of the JKKK was not merely to implement projects, but also to unite the  people in their respective villages. 

“The bigger responsibility is not just about implementing projects. There are many other  activities that can raise awareness among the people and contribute to progress. For  example, working together with villagers through gotong-royong activities. Such efforts  can be undertaken because they can strengthen ties among us. 

“It should not merely be about applying for projects and other assistance. Fundamental  matters such as strengthening ties, fostering a sense of family within the village,  organising gotong-royong and holding regular meetings not only with committee  members but also with villagers are important in building a united community,” he said. 

Ends