Perkembangan keselamatan positif di ESS Zone wajar disampaikan secara berkesan kepada wakil negara luar (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu perkembangan positif di di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) disampaikan dengan lebih berkesan kepada perwakilan asing, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi ke negara ini.
“Ini penting supaya mereka dapat menilai semula dan seterusnya mempertimbangkan penurunan tahap nasihat perjalanan ke Sabah Timur berdasarkan perkembangan positif di mana tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan di kawasan terbabit sejak Januari 2020.
“Ini akan meningkatkan keyakinan pelancong antarabangsa dan menggalakkan lebih ramai pengunjung datang ke Sabah, khususnya untuk menikmati pelbagai destinasi pelancongan menarik di Pantai Timur negeri ini,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESS Zone di Menara Kinabalu hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan bersama Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail.
“Secara keseluruhannya, keadaan keselamatan di ESS Zone adalah baik dan terkawal. Baru baru ini, saya sendiri telah melawat enam buah pulau di perairan Sabah untuk meninjau pos pos kawalan serta melihat tahap kesiapsiagaan anggota keselamatan di lapangan,” katanya.
Menurut beliau, ketiadaan laporan kes penculikan untuk tebusan wang sejak enam tahun lalu merupakan satu pencapaian penting buat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta semua agensi keselamatan.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ESSCOM, PDRM, ATM, APMM serta semua agensi keselamatan atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan perairan dan daratan Sabah Timur,” katanya.
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan semua agensi berkaitan bagi memperkukuh keupayaan operasi, aset, kesiapsiagaan serta kebajikan anggota keselamatan.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants the positive security developments in the Eastern Sabah Security Zone (ESS Zone) to be communicated more effectively to foreign missions, including embassies and high commissions in Malaysia.
“This is important so that they can reassess and subsequently consider lowering their travel advisories for Eastern Sabah, based on the positive developments, particularly the fact that no kidnap-for-ransom cases have been reported in the area since January 2020.
“This will enhance the confidence of international tourists and encourage more visitors to Sabah, especially to experience the many attractive tourism destinations along the State’s east coast,” he said at the ESS Zone Joint Committee meeting at Menara Kinabalu here today.
The meeting was co-chaired by the Chief Minister and Home Minister Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail.
“Overall, the security situation in the ESS Zone is good and remains under control. I recently visited six islands in Sabah waters to inspect the security posts and assess the operational readiness of security personnel on the ground,” he said.
He said the absence of any reported kidnapping-for-ransom cases over the past six years is a significant achievement for the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), the Royal Malaysia Police (PDRM), the Malaysian Armed Forces (ATM), the Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM), and all other security agencies.
“I would like to express my highest appreciation to ESSCOM, the PDRM, the ATM, the APMM and all security agencies for their commitment and sacrifices in safeguarding the security of Eastern Sabah’s waters and land,” he said.
The Chief Minister said the State Government would continue to work closely with the Ministry of Home Affairs and all relevant agencies to strengthen operational capabilities, enhance assets and preparedness, and improve the welfare of security personnel.
Also present were State Secretary Datuk Zainudin Aman and Home Ministry Secretary General Datuk Dr Awang Alik Jeman.
Ends