Selesaikan isu keperluan rakyat melalui projek “low-hanging fruits” (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Sebahagian daripada isu keperluan rakyat yang dibangkitkan  semasa persidangan Dewan Undangan Negeri lalu harus diselesaikan segera melalui  pelaksanaan projek kecil (low-hanging fruits) yang berimpak tinggi dan berkos rendah,  tegas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Katanya, antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri semasa  sidang DUN baru-baru ini melibatkan isu keperluan rakyat seperti bekalan air, bekalan  elektrik, jalan raya, isu banjir dan sistem saliran, pendidikan dan sebagainya. 

“Semua isu ini adalah berkaitan dengan keperluan kehidupan rakyat dan  sebahagiannya boleh diselesaikan melalui pelaksanaan projek-projek "low-hanging  fruits”. 

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kepentingan pelaksanaan projek-projek “low hanging fruits” sebagai pemangkin strategik pembangunan negeri Sabah.  

“Walaupun projek-projek mega penting untuk pertumbuhan jangka panjang, projek projek "low-hanging fruits" ini mampu memberikan impak segera yang dapat dirasai oleh  rakyat dan kerajaan dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya. 

Oleh itu, beliau mahu segala isu pelaksanaan projek-projek kecil dapat diselesaikan  segera agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual.  

“Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar manfaat pembangunan ini dapat dinikmati  tanpa sebarang kelewatan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis  Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin. 

“Saya menyeru semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana agar terus  memperkukuh komitmen, mempererat kerjasama dan meningkatkan penyelarasan  strategik bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap,  teratur dan mengikut jadual ditetapkan,” katanya. 

Beliau berkata mesyuarat MTPNg harus dimanfaatkan sebagai medium perbincangan  yang konstruktif dan berorientasikan penyelesaian dan tindakan supaya setiap isu  pelaksanaan dapat ditangani secara proaktif, demi kemakmuran negeri dan  kesejahteraan seluruh rakyat. 

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus komited  memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara lebih  cekap dan berkesan.  

Menurutnya, ini penting dalam memastikan setiap dasar, program dan projek  pembangunan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata demi kesejahteraan  rakyat serta kemakmuran Negeri Sabah. 

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0,  pelaksanaan projek-projek pembangunan perlu terus diperkasakan melalui  penyelarasan yang lebih sistematik dan bersepadu antara kementerian, jabatan serta  agensi pelaksana.  

“Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, semua kementerian, jabatan dan agensi  pelaksana perlu terus memperkukuh kerjasama dan komunikasi antara agensi di  samping mengoptimumkan perkongsian maklumat dan amalan terbaik.  

“Saya yakin melalui iltizam dan sinergi yang kukuh, kita mampu memastikan setiap  projek pembangunan dapat disempurnakan dengan jayanya, sekali gus  mempercepatkan kemajuan negeri Sabah serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti  hidup seluruh rakyat,” katanya. 

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim  Gunsalam, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri-Menteri Kabinet negeri dan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha  Sakmud. 

Mesyuarat MTPNg kali ini turut disertai buat kali pertama oleh Setiausaha Kerajaan  Negeri baharu Datuk Zainudin Aman bersama Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk  Mohd Razali Wahab dan Pengarah ICU JPM Sabah Datuk Samsul Dollah. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Some of the issues affecting the people raised during the recent  State Legislative Assembly sitting must be resolved quickly through the implementation  of high-impact and low-cost “low-hanging fruit” projects, stressed Chief Minister Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

He said among the issues raised by State Assembly members during the recent sitting  were those concerning the people’s basic needs, including water and electricity supply,  roads, flooding and drainage systems, education and others. 

“All these issues are related to the people’s daily needs and some can be resolved  through the implementation of ‘low-hanging fruit’ projects. 

“I wish to reiterate the importance of implementing ‘low-hanging fruit’ projects as a  strategic catalyst for Sabah’s development. 

“While mega projects are important for long-term growth, these ‘low-hanging fruit’  projects can deliver immediate impact that the people and the government can feel  within a shorter period,” he said. 

Hajiji therefore wants all issues affecting the implementation of small projects resolved  immediately to ensure that every project is completed according to schedule. 

“The people have high expectations that they will be able to enjoy the benefits of  development without any delay,” he said when chairing the State Development Action  Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu here on Monday. 

“I call on all ministries, departments and implementing agencies to strengthen their  commitment further, enhance cooperation and improve strategic coordination to ensure  that every development project is implemented efficiently, systematically and according  to the stipulated schedule,” he said. 

He said MTPNg meetings should be fully utilised as a platform for constructive, solution and action-oriented discussions so that every implementation issue can be addressed  proactively for the prosperity of the state and the well-being of the people. 

Meanwhile, the Chief Minister said the State Government would remain committed to  strengthening strategic cooperation with the Federal Government to ensure that every  national development agenda is implemented more efficiently and effectively. 

He said this was important to ensure that every policy, programme and development  project translated into tangible benefits for the well-being of the people and the prosperity  of Sabah. 

“In line with the aspirations of Malaysia MADANI and the Sabah Maju Jaya 2.0  development direction, the implementation of development projects must continue to be  strengthened through more systematic and integrated coordination among ministries,  departments and implementing agencies. 

“To realise these aspirations, all ministries, departments and implementing agencies  must continue to strengthen inter-agency cooperation and communication while  optimising the sharing of information and best practices. 

“I am confident that through strong commitment and synergy, we will be able to ensure  that every development project is completed, thereby accelerating Sabah’s progress  while improving the well-being and quality of life of the people,” he said. 

Also present were Deputy Chief Ministers Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam,  Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, State Cabinet Ministers and Minister in the  Prime Minister’s Department (Sabah and Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud 

The MTPNg meeting was also attended for the first time by newly appointed State  Secretary Datuk Zainudin Aman, together with Sabah Federal Secretary Datuk Mohd  Razali Wahab and Sabah Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s  Department Director Datuk Samsul Dollah. 

Ends