UPKO sertai GRS, perkukuh kestabilan politik Sabah (Dwibahasa)

PENAMPANG: Penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan  memperkukuhkan lagi kestabilan politik negeri sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti  tempatan dalam usaha membangunkan Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji  Hajiji Haji Noor. 

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, penyertaan UPKO dalam GRS yang diputuskan  Majlis Tertinggi GRS pada 8 Jun lalu adalah satu petanda positif dalam perkembangan politik di  Sabah dan diterima dengan hati terbuka. 

“Sebenarnya, apabila kita menerima permohonan daripada UPKO untuk menyertai GRS, kita  melihat itu sebagai satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah; dan kita  menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun  UPKO ke-32 dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan,  KDCA, di sini, malam tadi. 

Hajiji berkata, keberadaan UPKO dalam gabungan parti-parti lokal Sabah itu sudah tentu akan  memperkukuhkan lagi kestabilan politik di Sabah, sekali gus memantapkan kerjasama parti-parti  tempatan melalui GRS. 

“Dengan jaminan kestabilan politik, sudah pasti lebih mudah untuk Kerajaan Negeri memberi  fokus kepada agenda pembangunan rakyat, kemakmuran ekonomi negeri dan kemajuan  infrastruktur di Sabah,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan dan ahli UPKO untuk terus sama-sama  menjayakan wawasan Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper, selain  memperkukuh perpaduan dan kerjasama semua parti komponen GRS. 

Hajiji berkata, beliau amat menghargai sokongan padu Presiden UPKO dan ahli-ahli parti itu  sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri yang membolehkannya memimpin pembangunan  Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 yang kini diteruskan dalam SMJ 2.0. 

Beliau berkata pelantikan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sebagai Timbalan Ketua  Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan  membawa misi besar bagi memastikan agenda pelaburan, pembangunan perindustrian dan  keusahawanan di Sabah dapat direalisasikan dengan jayanya selaras dengan matlamat SMJ  2.0. 

“Saya amat yakin, dengan komitmen dan kerjasama padu semua pihak; dari peringkat pimpinan  Kerajaan kepada peranan dan penglibatan kedua-dua sektor awam dan swasta, insya-Allah,  pelan pembangunan Hala Tuju SMJ 2.0, akan dapat dijayakan dengan penuh kecemerlangan,”  katanya.

Beliau berkata, sebagai rakan seperjuangan dalam GRS, parti komponen mungkin datang  daripada asas perjuangan dan latar belakang yang berbeza, namun semuanya berteduh di  bawah satu bumbung yang sama dan memperjuangkan bumi Sabah yang sama. 

“GRS ini adalah rumah kita, rumah yang harus kita jaga bersama; rumah yang memayungi  perjuangan kita, perjuangan demi rakyat dan negeri tercinta,” katanya. 

Hajiji berkata, perpaduan dan kerjasama politik yang erat dan jitu adalah kunci kepada masa  depan Sabah yang lebih maju, cemerlang dan makmur. 

“Inilah agenda yang mesti kita laksanakan supaya generasi Sabah yang akan datang boleh  berbangga dengan legasi yang bakal kita tinggalkan untuk mereka,” katanya. 

Beliau turut mengajak semua parti komponen GRS memperkukuh perpaduan dan terus  bekerjasama erat bagi membangunkan Sabah yang tercinta. 

Tamat

 

PENAMPANG: UPKO’s entry into Gabungan Rakyat Sabah (GRS) will further  strengthen political stability in the State while enhancing cooperation among local parties  in efforts to develop Sabah, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Hajiji, who is also GRS Chairman, said UPKO’s admission into GRS, which was  approved by the GRS Supreme Council on June 8, was a positive development in  Sabah’s political landscape and was welcomed with an open heart. 

“In fact, when we received UPKO’s application to join GRS, we saw it as a positive  development in Sabah politics, and we welcomed it with an open heart,” he said when  speaking at UPKO’s 32nd Anniversary Celebration and 17th Triennial Delegates  Conference at Hongkod Koisaan Hall, KDCA, here last night. 

Hajiji said UPKO’s presence in the coalition of Sabah-based parties would undoubtedly  further strengthen political stability in Sabah and enhance cooperation among local  parties through GRS. 

“With political stability assured, it will certainly be easier for the State Government to  focus on the people’s development agenda, the State’s economic prosperity and  infrastructure development in Sabah,” he said. 

In this regard, he called on all UPKO leaders and members to work together to realise  the vision of Sabah First, Sabah United, Sabah Forward and Sabah Prosper, while  strengthening unity and cooperation among all GRS component parties. 

Hajiji said he greatly appreciated the strong support extended by the UPKO President  and party members throughout his tenure as Chief Minister, which had enabled him to  lead Sabah’s development through the Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 development plan,  now continued under SMJ 2.0. 

He said the appointment of UPKO President Datuk Ewon Benedick as Deputy Chief  Minister III and Minister of Industrial Development, Entrepreneurship and Transport  carried a major responsibility to ensure that Sabah’s investment, industrial development  and entrepreneurship agendas are successfully realised in line with the objectives of  SMJ 2.0. 

“I am very confident that with the commitment and strong cooperation of all parties — from the State Government leadership to the roles and involvement of both the public and private sectors. God willing, the SMJ 2.0 development plan can be implemented  successfully and with excellence,” he said. 

He said that as partners in GRS, the component parties may come from different  backgrounds and have different foundations in their respective struggles, but they are  all under the same roof and fighting for the same land of Sabah. 

“GRS is our home, a home that we must take care of together; a home that shelters our  struggle, a struggle for the people and our beloved State,” he said. 

Hajiji said strong and close political unity and cooperation are key to a more developed,  successful and prosperous future for Sabah. 

“This is the agenda that we must implement so that future generations of Sabahans can  be proud of the legacy that we will leave behind for them,” he said. He also called on all GRS component parties to strengthen unity and continue working  closely together to develop their beloved Sabah. 

Ends