KM, Isteri & Mutiara GRS santuni ibu allahyarhamah Zara Qairina (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, hari ini bertemu ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Puan Noraidah Lamat di Sri Gaya bagi menyampaikan takziah dan simpati mendalam.
Pertemuan itu turut dihadiri anggota Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).
“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya amat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Kami mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini,” kata Hajiji.
Katanya, beliau telah mengarah menteri bertanggungjawab dalam portfolio pendidikan Sabah, Datuk Dr.Haji Mohd.Arifin Mohd. Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang, Dato' Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar menziarahi Zara lebih awal ketika mangsa masih dirawat di hospital, sebagai bukti kerajaan negeri mengambil berat isu tersebut.
Katanya, gelombang solidariti #JusticeforZara yang digerakkan oleh netizen dalam menuntut keadilan buat mangsa, memang baik, namun orang ramai perlu mengelak membuat spekulasi yang tidak wajar.
"Kita serahkan kepada pihak polis dan pihak berwajib lain untuk membuat siasatan dan berharap pihak berkuasa dapat melengkapkan siasatan secepat mungkin demi mendapatkan keadilan untuk semua pihak", katanya.
Sementara itu Juliah berkata, beliau amat memahami perasaan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang.
“Keselamatan anak-anak, khususnya pelajar asrama, mesti diutamakan agar tragedi seperti ini tidak berulang. ,” katanya.
Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asramanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, along with his wife, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag met with the mother of the late Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat at Sri Gaya today to convey their condolences and deep sympathy.
The meeting was also attended by members of the Welfare Association of Sabah State Assemblymens’ Wives (Mutiara GRS)
“On behalf of the State Government, I express my deepest sympathy and condolences to the family of the deceased. We pray that the family will be given strength to face this challenge,” said Hajiji.
He said that at the outset and as proof that the state government was concerned about this issue, he had directed the minister responsible for the Sabah education portfolio, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, and the State Assemblyman for Kawang, Dato' Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar to visit the late Zara while she was still receiving treatment at
the hospital.
Hajiji said the wave of solidarity #JusticeforZara initiated by netizens demanding justice for the victim is commendable, but the public should avoid making unwarranted speculations.
“We leave it to the police and other relevant authorities to conduct the investigation and hope this can be completed as soon as possible,” he added.
Meanwhile, Juliah expressed understanding of a mother’s feelings who has lost a beloved child.
“The safety of children, especially boarding school students, must be prioritized to prevent tragedies like this from recurring,” she said.
The late Zara Qairina, a Form 1 student at the Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, passed away on July 17 after being found unconscious near her dormitory—a shocking incident that has led to calls for tightened student safety measures.
Ends
