KM dan isteri hadiri Royal Mess Night

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri "Royal Mess Night"  sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT)  Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Sabah  International Convention Centre (SICC), pada Selasa.  

Hajiji dan isteri tiba kira-kira jam 7. 45 malam disusuli keberangkatan tiba TYT Tun Datuk  Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin  Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. 

Sebaik keberangkatan tiba, Tuan Yang Terutama bersama Toh Puan diiringi ke sesi  bergambar rasmi, diikuti perarakan masuk ke meja utama dengan diiringi "Sword bearer" dan "Bagpipes", nyanyian lagu Negaraku serta Sabah Tanah Airku. 

Turut mencuri tumpuan ialah perarakan Panji-Panji Polis Diraja Malaysia ke dalam  dewan sebelum berlangsungnya acara tradisi toast atau minum ucap selamat sebagai  simbol taat setia dan penghormatan. 

Antara acara utama ialah Toast 1 bagi minum ucap selamat kepada Seri Paduka  Baginda Yang di-Pertuan Agong, diikuti Toast 2 kepada Raja-Raja dan Yang di-Pertua  Negeri serta Toast 3 kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan negara.  

Pengisian lain majlis ini ialah upacara memotong kek, penyampaian cenderahati dan  persembahan hiburan diiringi oleh Kombo PDRM/ATM. 

Tamat