KM hadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Bersama TYT Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan  Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Bersama Yang  di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan  Persekutuan Sabah, di sini, pada Rabu.  

Ketibaan KM pada jam 10.08 pagi disusuli keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama  (TYT) Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama isteri, Toh Puan Datin  Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. 

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu, turut dihadiri oleh Speaker  Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya;  Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong;  Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan menteri-menteri  kabinet negeri. 

Pada majlis sama, Yang di-Pertua Negeri bersama isteri turut menyampaikan  sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis dan  kemudiannya memotong kek ulang tahun kelahiran. 

Tamat