TotalEnergies berminat mewujudkan kehadiran jangka panjang di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan minat TotalEnergies untuk mewujudkan  kehadiran jangka panjang di negeri ini sekali gus memperkukuh kedudukan Sabah  dalam sektor tenaga serantau. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah mempunyai  potensi penerokaan laut dalam yang besar dan belum diterokai sepenuhnya serta  mengalu-alukan rakan kongsi berkeupayaan teknikal untuk membuka potensi sumber  berkenaan. 

“Sabah berhasrat bekerjasama dengan pelabur bereputasi bagi membawa keupayaan  dalam penerokaan laut dalam serta pengeluaran yang cekap dan mampan bagi  merealisasikan sepenuhnya potensi huluan negeri ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Pengarah Urusan TotalEnergies  EP Malaysia, Jerome Saniez di Menara Kinabalu pada Selasa. 

TotalEnergies, sebuah syarikat tenaga pelbagai global dari Perancis, merupakan antara  lima pemain utama dengan portfolio LNG dan huluan yang kukuh serta berkembang di  peringkat global. 

Dalam pertemuan itu, Saniez memberi taklimat mengenai operasi TotalEnergies yang  kini terlibat dalam penerokaan ultra laut dalam di perairan Sabah dengan pegangan  kepentingan sebanyak 34.9 peratus bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell. 

TotalEnergies turut terlibat dalam lima lagi blok di luar pesisir Sabah selain mempunyai  kepentingan dalam aset gas luar pesisir utama di Sarawak. 

Saniez memberitahu Hajiji bahawa TotalEnergies yakin Sabah merupakan langkah  seterusnya yang kukuh bagi syarikat itu, mengambil kira potensi luar pesisir yang besar,  permintaan gas yang semakin meningkat, dasar mesra pelabur serta sokongan padu di  peringkat negeri dan Persekutuan. 

Turut hadir Pengarah Perundangan TotalEnergies EP Malaysia, Solpiee Sahmat serta  wakil Serantau Dewan Perdagangan dan Industri (CCI) Perancis Malaysia bagi Sabah,  Jacques Leizerovici. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Sabah welcomes TotalEnergies' interest in establishing a long-term  presence in the state and strengthening the state's position in the regional energy sector. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah offers significant  untapped deepwater exploration potential and welcomed technically capable partners to  unlock these resources. 

“Sabah seeks to partner with reputable investors to bring capabilities in deepwater  exploration and efficient, sustainable production to unlock its full upstream potential,” he  added. 

The Chief Minister said this during the meeting with TotalEnergies EP Malaysia  Managing Director, Jerome Saniez at Menara Kinabalu on Tuesday. 

TotalEnergies, a French global multi-energy company is one of the top five players with  a strong and growing global LNG and upstream portfolio. 

At the meeting, Saniez briefed the Chief Minister on TotalEnergies operations and is  currently operating in ultra-deepwater exploration off Sabah waters, with a 34.9 per cent  participating interest, together with Petronas Carigali Sdn Bhd and Shell. 

TotalEnergies is also involved in five other blocks off Sabah waters and participates in  key offshore gas assets in Sarawak. 

Saniez told Hajiji that TotalEnergies is confident that Sabah is a strong next step for the  company, given the significant offshore potential, growing gas demand, investor-friendly  policies, and strong support at both State and Federal levels. 

Also present were Solpiee Sahmat, Director Legal, TotalEnergies EP Malaysia and  Jacques Leizerovici, Chamber of Commerce and Industry (CCI) France Malaysia  Regional Correspondent – Representative for Sabah 

Ends