RM437.93 juta untuk pembangunan modal insan tahun ini (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM437.93 juta untuk tujuan memperkasa dan membangunkan modal insan bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga aspek spiritual, pada tahun ini.
Beliau turut mengulangi bahawa Kerajaan Negeri akan terus mengutamakan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi Sabah.
“Ia merupakan platform terbaik untuk membawa ekonomi Sabah beralih kepada aktiviti-aktiviti bernilai tinggi dan berorientasikan pengetahuan serta kemahiran.
“Ini termasuk memberi keutamaan kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta inovasi dan teknologi digital,” katanya di Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerjaraya dan Utiliti Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Seramai 1,000 graduan dari Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen tersebut.
Hajiji mengucapkan syabas kepada barisan pendidik kolej vokasional, yang telah menjadi pemacu utama dalam agenda pemerkasaan TVET negara.
“Komitmen dan kerja keras tenaga pengajar bukan saja besar dalam melonjakkan ketamadunan masyarakat untuk terus teguh mendepani cabaran global.
“Komitmen ini seiring dengan kepentingan TVET pada masa kini, di mana TVET bukan lagi pilihan kedua atau alternatif, tetapi TVET hari ini sudah berada dalam arus perdana pendidikan negara dan menjadi pilihan utama untuk anak-anak kita berjaya dan memiliki kemahiran sekali gus memenuhi kehendak industri,” katanya.
Ketua Menteri berkata peningkatan permohonan masuk ke kolej vokasional daripada 28,098 pada tahun 2022 kepada 58,263 pada tahun 2026, berbanding kapasiti pengambilan berjumlah 17,912 orang pelajar jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap nilai pendidikan kemahiran.
Berdasarkan Laporan The Future of Jobs Report 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) jelas menunjukkan pasaran kerja global sedang mengalami transformasi besar, katanya.
“Menjelang 2030, dianggarkan 170 juta pekerjaan baharu akan tercipta, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, dan ekonomi hijau.
“Di peringkat domestik, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) meletakkan tumpuan utama kepada sektor berimpak tinggi dan bernilai tinggi.
“Ini bermakna, negara memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga tangkas digital dan peka terhadap kelestarian,” katanya.
Sesuai dengan keperluan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka ekosistem TVET yang lebih dinamik dan responsif melalui Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026- 2035.
Kerajaan Sabah, dalam hal ini, turut tidak terkecuali dengan pengutamaan terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government has allocated RM437.93 million this year to empower and develop human capital, not only from an academic perspective but also in terms of spiritual development.
He reiterated that the State Government will continue to prioritise the development of highly skilled human capital to boost Sabah’s economy.
“This is the best platform to steer Sabah’s economy towards high-value, knowledge and skills-oriented activities.
“This includes prioritising Technical and Vocational Education and Training (TVET) programmes, as well as Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM), innovation and digital technology,” he said at the Malaysian Education Ministry Vocational Colleges 10th Convocation ceremony at the Sabah International Convention
Centre (SICC) on Thursday.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister I/Minister of Works and Utilities, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
A total of 1,000 graduates from Vocational Colleges in the Sabah Zone and the Federal Territory of Labuan received their diplomas at the convocation ceremony.
Hajiji congratulated the educators of vocational colleges, who have been the main drivers in advancing the nation's TVET agenda.
“The commitment and hard work of educators play a significant role in advancing society and ensuring resilience in facing global challenges.
“This commitment aligns with the growing importance of TVET today, where it is no longer a second choice or alternative, but has become mainstream in the national education system and a primary pathway for our children to succeed and acquire skills that meet industry demands,” he said.
The Chief Minister said the increase in applications to vocational colleges from 28,098 in 2022 to 58,263 in 2026, compared to an intake capacity of 17,912 students, clearly reflects public confidence in skills-based education.
Based on The Future of Jobs Report 2025 by the World Economic Forum (WEF), the global job market is undergoing a major transformation, he added.
“By 2030, an estimated 170 million new jobs will be created, particularly in the fields of Artificial Intelligence (AI), renewable energy and the green economy.
“At the domestic level, the 13th Malaysia Plan (13MP) places strong emphasis on high growth, high-value (HGHV) sectors.
“This means the country requires a workforce that is not only technically skilled, but also digitally agile and sustainability-conscious,“ he said.
In line with these needs, the Ministry of Education Malaysia has developed a more dynamic and responsive TVET ecosystem through the Malaysia Education Blueprint (RPM) 2026–2035.
The Sabah Government, in this respect, is also doing so by prioritising the development of highly skilled human capital, he added.
Ends
