Lahad Datu lokasi strategik tapak pelancaran roket, satelit (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
LAHAD DATU: Lahad Datu berpotensi tinggi sebagai lokasi strategik bagi Tapak Pelancaran Roket atau satelit bagi kawasan Asia Tenggara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Insya Allah dalam beberapa tahun akan datang. kalau tiada aral melintang. Lahad Datu inilah yang terbaik untuk dijadikan pusat pelancaran roket satelite daripada sebelah Asia Tenggara.
“Jadi ini berlaku dalam dua tiga tahun akan datang, Lahad Datu akan dikunjungi oleh ramai pelancong termasuk saintis-saintis angkasa akan datang ke daerah ini. Ini sudah pasti akan menjadi pemangkin ekonomi kepada Lahad Datu,” katanya sempena Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 Datuk Hj Abdul Hakim Bin Hj Gulam Hassan di Dewan Sri Perdana Lahad Datu, di sini pada Khamis.
Beliau juga berkata, Lahad Datu adalah daerah paling seuai sebagai tapak pelancaran roket atau satelit berdasarkan kajian akhir yang dibuat oleh kerajaan negeri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
“Banyak negeri yang melobi untuk jadi tempat ini (tapak pelancaran satelit), tetapi petunjuk atau kajian mendapati bahawa Lahad Datu adalah tempat yang paling sesuai untuk projek ini,” katanya.
Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri bukan saja akan terus membawa pembangunan di Lahad Datu, tetapi juga kesejahteraan rakyat di daerah ini turut diberi penekanan utama.
“Saya sebenarnya mempunyai keinginan beberapa kali untuk melawat Lahad Datu, terutama sebelum pilihan raya lalu. Tetapi oleh beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat berkempen di sini. Tidak apa kita ada lagi pilihan raya Parlimen tahun depan.
“Apa yang penting, saya mahu rakyat kita di sini bersatu hati, pilih parti kerajaan untuk kebaikan kita. Sebab kerajaan negeri sekarang ini telah pun melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah. Kita ada hala tuju yang jelas untuk rakyat dan banyak yang berjaya kita buat di negeri ini.
“Jangan kita dengar fitnah daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai umat Islam kita mesti berpegang lepada kebaikan dan kebenaran. Apa yang dibuat oleh kerajaan mesti dinyatakan kepada rakyat. Saya minta juga agar rakyat tidak mudah percaya dengan segala tuduhan, tohmahan dan fitnah yang pastinya akan merugikan kita sendiri,” katanya.
Tamat
English Version
LAHAD DATU: Lahad Datu has strong potential as a strategic location for a rocket or satellite launch site for the Southeast Asian region, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“God willing, in the next few years, if there are no obstacles, Lahad Datu will be the best location to serve as a satellite rocket launch centre for Southeast Asia.
“If this materialises in the next two or three years, Lahad Datu will attract many visitors, including space scientists, to the district. This will certainly become an economic catalyst for Lahad Datu,” he said at the thanksgiving ceremony and Hari Raya Aidilfitri 2026 open house hosted by Datuk Haji Abdul Hakim bin Haji Gulam Hassan at Dewan Sri Perdana Lahad Datu here on Thursday.
He added that Lahad Datu is the most suitable district for a rocket or satellite launch site based on final studies conducted by the State Government and the Ministry of Science, Technology and Innovation Malaysia.
“Many states have lobbied to host this (satellite launch site), but the indicators and studies show that Lahad Datu is the most suitable location for this project,” he said.
The Chief Minister said the State Government will not only continue to bring development to Lahad Datu, but will also prioritise the well-being of the people in the district.
“I had intended several times to visit Lahad Datu, especially before the last election. However, due to unavoidable circumstances, I was unable to campaign here. That’s alright, we still have the parliamentary elections next year.
“What is important is that our people here remain united and choose the government party for our common good. The current State Government has done its best for the people and the state of Sabah. We have a clear direction for the people and have achieved many successes in this state.
“Do not listen to slander from irresponsible parties. As Muslims, we must uphold goodness and truth. What the government has done must be conveyed to the people. I also urge the public not to easily believe accusations, allegations and slander that will ultimately harm us,” he said.
Ends
