Lebih ramai petani harus menceburi tanaman koko (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ingin melihat lebih ramai petani menceburi penanaman koko dan memperluaskan 3,000 hektar tanah yang sudah diusahakan di Sabah.  

 

Beliau berkata terdapat peningkatan permintaan antarabangsa bagi produk koko Malaysia, dengan nilai eksport mencapai rekod RM15.06 bilion tahun lalu, tiga kali ganda berbanding tahun 2023.

 

“Kita bangga bahawa Sabah telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini, menyumbang lebih 60 peratus daripada pengeluaran koko negara.  

 

“Saya gembira bahawa kira-kira 3,000 petani koko di daerah Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut telah mendapat manfaat,” katanya pada Majlis Makan Malam Koko yang diadakan sempena dengan Pameran Koko Antarabangsa Malaysia 2025 (MICF 2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

 

Ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

 

Hajiji berkata ini adalah satu acara penting bagi Sabah dan mencerminkan peranan besar negeri dalam industri koko Malaysia.  

 

Beliau memuji Lembaga Koko Malaysia atas usaha menggerakkan kejayaan ini.

 

Ketua Menteri berharap Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) dan majlis makan malam ini akan membawa manfaat yang berkekalan, dari perkongsian dan pelaburan baru kepada peningkatan kesedaran global mengenai kekuatan Sabah, bukan sahaja sebagai negeri pengeluar koko utama di Malaysia, tetapi juga sebagai destinasi untuk perniagaan, pelancongan dan kebudayaan.  

 

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pempamer antarabangsa dan pengeluar koko, usahawan dan PKS tempatan, institusi akademik, dan  kepada penaja dan rakan kongsi, baik dari Malaysia mahupun luar negara, yang telah menjayakan MICF 2025 ini," katanya.

 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants to see more farmers venturing into cocoa planting and expanding the 3,000 hectares of land already in cultivation in Sabah.

 

He said there has been a surge in international demand for Malaysia’s cocoa products, with export values hitting a record RM15.06 billion last year, three times that of 2023.

 

“We are proud that Sabah has played a pivotal role in this success, accounting for over 60 per cent of the nation's cocoa output.  

 

“I am heartened that about 3,000 cocoa farmers in the districts of  Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau and Kuamut have benefited,” he said at the Cocoa Gala Dinner held inconjunction with the Malaysian International Cocoa Fair 2025 (MICF 2025) at the Sabah International Convention Centre (SICC) here tonight.

 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister I/ Minister of Agriculture, Fisheries and Food Industry Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

 

Hajiji said this was a momentous occasion for Sabah and reflected the state’s significant role in Malaysia’s cocoa industry.  

 

He commended the Malaysian Cocoa Board for the exemplary efforts in driving this success.

 

The Chief Minister hoped the Malaysian International Cocoa Fair (MICF) and Gala dinner would bring about long-lasting benefits, from new partnerships and investments to increased global awareness of Sabah’s strength, not only as the main cocoaproducing state in Malaysia, but as a destination for business, tourism and culture.

 

"We also express our heartfelt thanks to the international exhibitors and cocoa producers, to our local entrepreneurs and SMEs, to our academic institutions, and of course, to the many sponsors and partners, both from Malaysia and abroad, who have made MICF 2025 a success," he said.

 

Ends