KM turun padang, serah bantuan khas kepada mangsa kebakaran Kg.Bahagia (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

SANDAKAN: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran  di Kampung Bahagia, Batu Sapi yang memusnahkan hampir 1,000 rumah dalam  kejadian pagi kelmarin (Ahad) 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat  bersimpati dengan nasib mangsa yang terjejas dalam kebakaran yang disifatkan  sebagai antara yang terbesar melibatkan kawasan penempatan berkenaan. 

“Hari ini saya meninjau keadaan di lapangan melibatkan mangsa-mangsa kebakaran  Kampung Bahagia, Sandakan. Kebakaran ini adalah satu kebakaran yang agak besar,  melibatkan hampir 1,000 rumah yang musnah,” katanya kepada pemberita selepas  meninjau lokasi kejadian dan menyampaikan bantuan kepada mangsa di Dewan PPR  Batu Sapi, pada Isnin. 

Menurutnya, sebagai bantuan permulaan, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) menerima  sebanyak RM2,000, merangkumi bantuan khas RM1,000 daripada kerajaan negeri dan  RM1,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah. 

“Kita berharap bantuan ini akan dapat meringankan bebanan mereka sekarang ini,”  katanya. 

Selain itu, Pusat Zakat Sabah dan Perbadanan Baitulmal Sabah turut menyalurkan  sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. 

Hajiji berkata, tahap kemusnahan di kawasan itu sangat besar dengan hampir  keseluruhan kampung musnah sepenuhnya. 

Beliau menjelaskan, kawasan berkenaan sebelum ini merupakan penempatan pelarian  di bawah UNHCR, namun sudah dikeluarkan dan kerajaan bercadang  membangunkannya menjadikan perkampungan yang sah untuk Kampung Bahagia. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa laporan penuh dan terperinci mengenai  jumlah sebenar mangsa kebakaran dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga dua  minggu ini. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, kira-kira 70 peratus daripada mangsa yang  terlibat adalah bukan warganegara, manakala hanya 30 peratus mangsa kebakaran  merupakan warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa bantuan tetap akan diberikan kepada  semua mangsa tanpa mengira status kewarganegaraan. 

Mengulas perancangan pembangunan semula, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sedang  meneliti beberapa cadangan termasuk menimbus kawasan berkenaan bagi tujuan  pembinaan perumahan, yang dijangka melibatkan kos yang besar. 

“Cadangan termasuk menimbus kawasan ini untuk kita bangunkan rumah nanti, namun  ini melibatkan kos yang agak banyak,” katanya. 

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri akan menunggu laporan lengkap daripada  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan serta cadangan daripada Majlis  Perbandaran Sandakan sebelum membuat keputusan lanjut. 

“Kita terima dulu laporan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah  Sandakan, apakah cadangan-cadangan alternatif yang mereka kemukakan. Dari sana  kita akan mengambil tindakan,” katanya. 

Hajiji turut memaklumkan bahawa sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS)  telah dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran buat masa ini. 

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri komited untuk membantu mangsa serta mencari  penyelesaian terbaik bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara. 

Mengiringi lawatan Hajiji ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,  Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan  Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Julita Majungki; Timbalan Menteri Sumber  Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong; Pembantu  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Maijol Mahap,  Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, Datuk  Haji Ag Shahminan Datuk Haji Ag Sahari serta Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah,  Datuk Hajah Diyanah Abdullah. 

Tamat

English version
SANDAKAN: The State Government has channelled immediate assistance to victims of  the fire in Kampung Bahagia, Batu Sapi, which destroyed nearly 1,000 houses in an  incident that occurred yesterday morning (Sunday). 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government  deeply sympathises with the plight of those affected by the fire, which he described as  one of the largest incidents involving the settlement. 

“Today I went to the site to assess the situation involving the fire victims of Kampung  Bahagia, Sandakan. This was a major fire, involving nearly 1,000 houses that were  destroyed,” he told reporters after visiting the site and handing over aid to victims at  Dewan PPR Batu Sapi on Monday. 

He said, as initial assistance, each Household Head (KIR) received RM2,000,  comprising RM1,000 in special aid from the State Government and RM1,000 from the  Yayasan Kebajikan Sabah. 

“We hope this assistance will help ease their burden at this time,” he said. 

In addition, Pusat Zakat Sabah and Perbadanan Baitulmal Sabah have also contributed  aid to the affected victims. 

Hajiji said the level of destruction in the area was extensive, with almost the entire village  completely destroyed. 

Meanwhile, he said a full and detailed report on the actual number of fire victims is  expected within one to two weeks. 

Commenting on redevelopment plans, Hajiji said the State Government is studying  several proposals, including land reclamation for housing development, which is  expected to involve substantial costs. 

“Proposals include land reclamation for future housing development, but this will involve  significant costs,” he said. 

In this regard, he said the State Government would wait for a comprehensive report from  the Sandakan District Disaster Management Committee, as well as recommendations  from the Sandakan Municipal Council, before making further decisions.

“We will first receive the report from the Sandakan District Disaster Management  Committee on their alternative proposals. From there, we will take the necessary action,”  he said. 

Hajiji also informed that six temporary evacuation centres (PPS) have been opened to  accommodate the fire victims for the time being. 

Accompanying Hajiji were State Local Government and Housing Minister Datuk Dr Haji  Mohd Arifin Mohd Arif; State Community Development and People’s Wellbeing Minister  Datuk Julita Majungki; Deputy Human Resources Minister and Batu Sapi MP Datuk  Khairul Firdaus Akbar Khan; State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong;  Assistant Minister of Local Government and Housing Datuk Dr Maijol Mahap; Secretary  of Internal Affairs and Research, Chief Minister’s Department Datuk Haji Ag Shahminan  Datuk Haji Ag Sahari; and Director of Yayasan Kebajikan Sabah Datuk Hajah Diyanah  Abdullah. 

Ends