KM bersama pempengaruh, dengar pandangan, permintaan, keperluan mereka

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambil  peluang beramah mesra dan mendengar permintaan serta keperluan pempengaruh di  negeri ini sempena program Santai YAB Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah  2025 bertempat di North Borneo Cruise, Kota Kinabalu, pada Ahad. 

Sempena program itu, beberapa pempengaruh berpeluang menyampaikan pandangan  dan aspirasi golongan itu bagi mengangkat peranan mereka secara lebih signifikan di  negeri ini. 

Antara yang dibangkitkan ialah cadangan penubuhan entiti yang bertanggungjawab  menjaga dan menyelaras gerak kerja dalam kalangan pengkarya seni di negeri ini bagi  mengangkat produk dan karya seni tempatan, selain inisiatif yang disediakan bagi  membantu pempengaruh khususnya dalam bidang keusahawanan. 

Dalam maklum balasnya, Ketua Menteri menjelaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa melihat keperluan rakyat termasuk golongan seni dan pempengaruh bagi sama-sama  membangun negeri mengikut kapasiti masing-masing.  

Keperluan serta permintaan golongan pengkarya dan pempengaruh akan terus  mendapat perhatian kerajaan negeri bagi mengangkat hasil karya mereka sekali gus  memartabat industri seni di Sabah. 

Progran anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua  Menteri Sabah menghimpunkan lebih 70 orang pempengaruh terkenal, sebagai usaha  berterusan untuk mendekatkan dan menyemarakkan lagi kebersamaan di antara  keraaan dan rakyat di negeri ini. 

Tamat