Laksana lima pendekatan utama tangani cabaran peladang, penternak dan nelayan (Dwibahasa)

TENOM: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu Kementerian  Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) bersama jabatan serta agensi  berkaitan memberi tumpuan kepada lima pendekatan utama bagi menangani cabaran yang  dihadapi peladang, penternak dan nelayan. 

Katanya, pendekatan itu merangkumi pengukuhan bantuan dan sokongan kepada  pengusaha, penambahbaikan infrastruktur serta kemudahan asas pertanian, peluasan  penggunaan teknologi moden, pengukuhan akses pasaran dan rantaian bekalan serta  peningkatan daya tahan terhadap perubahan iklim dan risiko pengeluaran. 

Beliau berkata, pendekatan itu penting berikutan peningkatan kos baja, makanan ternakan,  benih, bahan api dan peralatan, selain kekangan infrastruktur, kemudahan penyimpanan  sejuk, pengangkutan hasil serta akses pembiayaan yang masih membelenggu sebahagian pengusaha. 

"Saya mahu kementerian dan semua agensi berkaitan terus mendekati golongan peladang,  penternak dan nelayan di lapangan, mendengar masalah mereka dan mencari penyelesaian  yang bersesuaian mengikut keadaan setiap daerah. 

"Bantuan yang berkesan ialah bantuan yang menjawab masalah sebenar, sampai kepada  golongan sasaran dan menghasilkan perubahan yang boleh diukur," katanya pada Majlis  Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah Tahun 2026 di sini hari  ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri  Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun. 

Ketua Menteri mengulangi bahawa Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan kadar sara  diri (SSR) padi dan beras daripada 22 peratus kepada 40 peratus menjelang tahun 2030  sebagai langkah memperkukuh keterjaminan makanan serta mengurangkan  kebergantungan Sabah terhadap bekalan dari luar. 

Beliau berkata, usaha meningkatkan pengeluaran makanan tempatan menjadi keutamaan  kerajaan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, ketidaktentuan pasaran global,  gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos input dan pengangkutan. 

Selain padi dan beras, kerajaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran  sayur-sayuran, buah-buahan, daging, telur, ikan dan produk makanan lain yang mempunyai  permintaan tinggi dalam kalangan rakyat, katanya.

"Sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi pertanian yang besar, Sabah perlu terus  memperkukuh keupayaan pengeluaran makanan tempatan supaya kita tidak terlalu  terdedah kepada perubahan bekalan dan harga dari luar. 

"Kita mesti berani melakukan perubahan melalui penggunaan teknologi, pengukuhan  infrastruktur, pembangunan modal insan, peluasan akses pasaran dan peningkatan nilai  tambah hasil pertanian," katanya  

Hajiji berkata, kerajaan negeri melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh  2026 hingga 2030 terus meletakkan sektor pertanian sebagai antara pemacu utama  pertumbuhan ekonomi negeri, bersama-sama sektor perindustrian dan pelancongan. 

Katanya, pembangunan sektor pertanian, penternakan dan perikanan perlu beralih daripada  kaedah tradisional kepada sistem pengeluaran lebih moden, cekap, produktif dan  berorientasikan pasaran bagi meningkatkan pendapatan pengusaha. 

Beliau berkata, kerajaan mahu melihat hasil pertanian Sabah bukan sahaja memenuhi  keperluan pasaran tempatan, tetapi turut berupaya menembusi pasaran antara negeri dan  antarabangsa dengan memenuhi piawaian kualiti serta keselamatan makanan yang  ditetapkan. 

"Kejayaan sektor agromakanan mesti diukur bukan sahaja melalui jumlah pengeluaran,  tetapi juga melalui peningkatan pendapatan pengusaha, kestabilan bekalan makanan dan  kesejahteraan keluarga mereka," katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji turut menekankan keperluan memperkukuh sektor penternakan dan  perikanan melalui pembiakan berkualiti, penambahbaikan kemudahan pendaratan ikan  serta pengembangan industri pemprosesan dan pemasaran hasil laut. 

Beliau juga mahu lebih ramai golongan belia menceburi industri agromakanan kerana sektor  itu mempunyai potensi besar untuk menjana kekayaan baharu, mewujudkan peluang  pekerjaan dan meningkatkan ekonomi luar bandar. 

Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan penggunaan teknologi moden, inovasi dan  digitalisasi bagi meningkatkan produktiviti, di samping memastikan petani kecil, penternak  tradisional, nelayan pesisir pantai serta komuniti pedalaman tidak tercicir daripada arus  pembangunan. 

"Pertanian adalah sebuah industri perniagaan yang mampu menjana kekayaan baharu dan  membuka peluang pekerjaan yang luas. 

"Marilah kita bersama-sama membina sektor pertanian yang lebih moden, sektor  penternakan yang lebih produktif dan sektor perikanan yang lebih mampan," katanya. 

Tamat

 

 

TENOM: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants the Ministry of  Agriculture, Fisheries and Food Industry (MAFFI), together with relevant departments and  agencies, to focus on five key approaches to address the challenges faced by farmers, livestock breeders and fishermen. 

He said these approaches included strengthening assistance and support for industry  players, improving agricultural infrastructure and basic facilities, expanding the use of  modern technology, strengthening market access and supply chains, and enhancing  resilience to climate change and production risks. 

He said these approaches were crucial given rising costs of fertilisers, animal feed, seeds,  fuel, and equipment, as well as inadequate infrastructure, cold storage facilities, produce  transportation, and access to financing, which continued to affect some industry players. 

“I want the ministry and all relevant agencies to continue engaging directly with farmers,  livestock breeders and fishermen on the ground, listening to their problems and finding  appropriate solutions based on the circumstances in each district. 

“Effective assistance is assistance that addresses real problems, reaches the targeted  groups and produces measurable improvements,” he said at the opening of the Sabah State  Farmers, Breeders and Fishermen's Day 2026 celebration here today. 

Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun delivered  the Chief Minister's speech. 

The Chief Minister reiterated that the State Government was targeting an increase in the  self-sufficiency ratio (SSR) for padi and rice from 22 per cent to 40 per cent by 2030 as part  of efforts to strengthen food security and reduce Sabah's dependence on external supplies. 

He said increasing local food production had become a government priority in addressing  the challenges of climate change, global market uncertainties, supply chain disruptions and  rising input and transportation costs. 

Apart from padi and rice, the government was also focusing on increasing the production of  vegetables, fruits, meat, eggs, fish and other food products that were in high demand among  the people, he said.

“As a state with vast agricultural potential, Sabah must continue to strengthen its local food  production capacity so that we are not overly exposed to fluctuations in external supplies  and prices. 

“We must be bold in making changes through the adoption of technology, strengthening  infrastructure, developing human capital, expanding market access and increasing the value  of agricultural produce,” he said. 

Hajiji said the State Government, through the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 Development  Roadmap for 2026 to 2030, continued to position agriculture as one of the state's key  economic growth drivers, alongside the industrial and tourism sectors. 

He said the development of the agriculture, livestock and fisheries sectors must shift from  traditional methods to more modern, efficient, productive and market-oriented production  systems to increase the incomes of industry players. 

He said the government wanted Sabah's agricultural produce not only to meet local market  demand but also to penetrate markets in other states and internationally by complying with  the required quality and food safety standards. 

“The success of the agrofood sector must be measured not only by production volume, but  also by improvements in the incomes of industry players, the stability of food supplies and  the well-being of their families,” he said. 

Meanwhile, Hajiji also stressed the need to strengthen the livestock and fisheries sectors  through quality breeding, improvements to fish landing facilities and the expansion of  seafood processing and marketing industries. 

He also wanted more young people to venture into the agrofood industry, which had  tremendous potential to generate new wealth, create employment opportunities and boost  rural economies. 

He said the government would continue to encourage the adoption of modern technology,  innovation and digitalisation to improve productivity, while ensuring that smallholders,  traditional livestock breeders, coastal fishermen and interior communities were not left  behind in development. 

“Agriculture is a business industry capable of generating new wealth and creating extensive  employment opportunities. 

“Let us work together to build a more modern agricultural sector, a more productive livestock  industry and a more sustainable fisheries sector,” he said. 

Ends