Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim di Kudat diperkukuh (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim  negeri, khususnya di Kudat yang merangkumi perairan Pulau Banggi dan Pulau  Balambangan, terus diperkukuh berikutan perkembangan aktiviti ketenteraan di  kawasan berhampiran. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkembangan itu  menuntut semua pihak sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran strategik bagi  memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik penekanan yang diberikan Perdana  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengukuhan kawalan sempadan, termasuk  perancangan perolehan radar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan kamera jarak  jauh di Kudat pada 2028. 

“Saya sendiri telah membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri tentang  keperluan penambahan anggota keselamatan di kawasan perairan Kudat dan beliau  memberi respon yang baik. 

“Keselamatan merupakan asas penting yang menjamin kestabilan negara,  kelangsungan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

“Sehubungan dengan keutamaan keselamatan dan pertahanan yang digariskan di  bawah Belanjawan 2027, Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pembentangan oleh  Perdana Menteri yang menekankan pengukuhan kawalan sempadan,” katanya semasa  mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu  hari ini. 

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meminta agensi berkaitan meningkatkan  pemantauan terhadap fenomena jerebu rentas sempadan yang kini melanda beberapa  kawasan di Sabah, khususnya berhampiran sempadan Indonesia. 

Katanya, keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan awam, aktiviti ekonomi serta  kelancaran operasi keselamatan sekiranya tidak dipantau dan ditangani secara  berkesan.

“Situasi kini memerlukan pemantauan berterusan, khususnya di kawasan yang terletak  berhampiran kawasan sempadan Indonesia. 

“Sehubungan itu, saya meminta agensi-agensi berkaitan untuk sentiasa menyelaraskan  perkongsian maklumat berhubung kualiti udara dan amaran cuaca, di samping  memantau perkembangan situasi jerebu serta menilai kesannya terhadap kehidupan  harian dan kesejahteraan rakyat,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan agensi keselamatan supaya sentiasa berwaspada terhadap  perkembangan sosiopolitik global dan serantau yang semakin dinamik serta  kemungkinan kesannya terhadap ketenteraman awam di Sabah. 

Beliau merujuk kepada situasi ketidakpuasan awam dan ketegangan politik di Perancis  serta protes di Indonesia berhubung pengurusan isu jerebu yang menimbulkan sentimen  tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. 

Katanya, perkembangan itu wajar dijadikan peringatan bahawa isu kesejahteraan rakyat  dan kepimpinan kerajaan boleh mempengaruhi sentimen masyarakat serta kestabilan  sosial. 

Beliau meminta agensi berkaitan terus memantau perkembangan semasa, termasuk  penularan maklumat dan sentimen di media sosial, bagi mengenal pasti sebarang  perkara yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian  masyarakat di Sabah. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: The Sabah Government wants the state's maritime border security,  particularly in Kudat, covering the waters around Banggi and Balambangan islands, to  be further strengthened following developments in military activities in nearby areas. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said these developments  required all parties to remain vigilant over changes in the strategic environment to ensure  that national security and sovereignty continued to be safeguarded. 

He said the State Government welcomed Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's  emphasis on strengthening border security, including plans to procure artificial  intelligence (AI)-based radar systems and long-range cameras for Kudat in 2028. 

“I have also personally discussed this matter with the Prime Minister on the need to  increase the security personnel in the Kudat waters and he responded well. 

“Security is a fundamental pillar that ensures national stability, sustained economic  development and the well-being of the people. 

“In line with the security and defence priorities outlined under Budget 2027, the Sabah  State Government welcomes the Prime Minister's presentation emphasising the  strengthening of border security,” he said when chairing the State Security Committee  meeting at Menara Kinabalu here today. 

Meanwhile, the Chief Minister also called on relevant agencies to step up monitoring of  the transboundary haze currently affecting several areas in Sabah, particularly those  near the Indonesian border. 

He said the situation could adversely affect public health, economic activities and the  smooth conduct of security operations if it was not effectively monitored and addressed. 

“The current situation requires continuous monitoring, particularly in areas located near  the Indonesian border. 

“Therefore, I urge the relevant agencies to continuously coordinate the sharing of  information on air quality and weather warnings, while monitoring developments in the 

haze situation and assessing its impact on the daily lives and well-being of the people,”  he said. 

Hajiji also reminded security agencies to remain vigilant over increasingly dynamic  global and regional sociopolitical developments and their potential implications for public  order in Sabah. 

He cited public dissatisfaction and political tensions in France, as well as protests in  Indonesia over the handling of haze-related issues, which had fuelled discontent among  the people. 

He said these developments should serve as a reminder that issues concerning public  welfare and government leadership could influence public sentiment and social stability. 

He called on the relevant agencies to continue monitoring current developments,  including the spread of information and sentiments on social media, to identify any  issues that could potentially undermine public order and social harmony in Sabah. 

Ends