Sabah manfaatkan sumber asli untuk tarik aktiviti ekonomi bernilai tinggi (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Sabah memanfaatkan kelestarian sumber aslinya untuk menarik  pelaburan, memperkukuh akses pasaran dan menjana peluang ekonomi bernilai lebih  tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Kelestarian bukan lagi sekadar soal perlindungan alam sekitar atau pematuhan  peraturan, walaupun tanggungjawab tersebut kekal penting. 

“Ia kini semakin mempengaruhi hala tuju pelaburan, keupayaan perniagaan menembusi  pasaran antarabangsa serta tahap daya saing industri kita pada tahun-tahun akan  datang,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Tindakan Lestari 2026 (SAC 4.0)  di Magellan Sutera Resort di sini hari ini. 

Persidangan yang julung kali diadakan di sini itu dianjurkan oleh Control Union Malaysia  dengan sokongan Kedutaan Kerajaan Belanda di Malaysia. 

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,  Datuk Ceasar Mandela Malakun. 

Hajiji berkata, Sabah bertuah kerana memiliki kekayaan sumber asli yang luar biasa. 

“Hutan, biodiversiti, sungai, kawasan pesisir pantai dan ekosistem marin merupakan  antara aset terpenting negeri ini. Sumber-sumber ini menyokong banyak industri utama  kita, tetapi yang lebih penting, menjadi sumber kehidupan kepada begitu ramai rakyat  Sabah. 

“Oleh itu, kita perlu menyedari bahawa usaha melindungi alam sekitar dan mengejar  pembangunan ekonomi bukanlah dua matlamat yang bertentangan. Cabaran kita  adalah untuk mencapai kedua-duanya. Kita mesti membangunkan sumber-sumber ini  secara bertanggungjawab supaya ia terus menyediakan peluang dan kemakmuran  kepada generasi akan datang,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, pendekatan itu selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju  Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Pertanian, perindustrian dan pelancongan kekal sebagai tonggak penting ekonomi kita,  manakala kelestarian perlu semakin menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor sektor ini. 

“Agenda Ekonomi Biru kita juga menawarkan peluang yang besar, khususnya dalam  sektor perikanan mampan, akuakultur, bioteknologi marin, aktiviti maritim dan  pelancongan berasaskan alam semula jadi. 

“Kita mahu industri-industri ini terus berkembang, namun kejayaan jangka panjangnya  bergantung kepada sejauh mana kita mengurus sumber-sumber yang menjadi asas  kepada industri berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata, prinsip yang sama turut terpakai kepada hutan dan paya bakau di negeri  ini yang berperanan melindungi biodiversiti, menyimpan karbon serta memperkukuh  daya tahan masyarakat pesisir pantai. 

“Semua ini bukan sekadar aset alam sekitar, tetapi mempunyai nilai ekonomi dan sosial  yang nyata. Apabila sungai tercemar atau ekosistem marin mengalami kerosakan,  kesannya turut dirasai oleh nelayan, petani, pengusaha pelancongan dan masyarakat  yang bergantung kepadanya. 

“Justeru, pengurusan yang bertanggungjawab bukan sahaja merupakan dasar alam  sekitar yang baik, tetapi juga dasar ekonomi yang bijak,” katanya. 

Hajiji berkata, satu lagi tumpuan utama ialah sektor tenaga, dengan Kerajaan Negeri  menerusi Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 sedang berusaha  memperkukuh jaminan bekalan tenaga, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan serta  membuka peluang dalam tenaga boleh baharu dan teknologi baharu. 

“Kita menyedari bahawa Sabah memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi dan  mampu milik bagi menyokong pertumbuhan industri dan pelaburan. Pada masa yang  sama, kita perlu meningkatkan kelestarian dan kecekapan sistem tenaga kita secara  berperingkat. 

“Prinsip yang sama terpakai kepada bangunan, infrastruktur dan bandar yang kita  bangunkan hari ini. Keputusan yang kita buat sekarang akan mempengaruhi kecekapan  penggunaan tenaga dan sumber oleh masyarakat untuk tempoh bertahun-tahun akan  datang,” katanya. 

Hajiji berkata, satu lagi pertimbangan penting ialah perubahan terhadap jangkaan dan  keperluan pasaran antarabangsa. 

“Bagi industri pertanian, perhutanan, perikanan dan akuakultur Sabah, apa yang kita  hasilkan bukan lagi satu-satunya perkara yang penting, tetapi juga sejauh mana  pengeluaran itu dilaksanakan secara bertanggungjawab. 

“Kebolehkesanan, piawaian alam sekitar dan tadbir urus yang baik semakin menjadi  faktor penting dalam menentukan akses pasaran dan daya saing. 

“Kita mesti membantu industri tempatan, termasuk perniagaan kecil, membuat  persediaan menghadapi perubahan ini. Penyesuaian kepada piawaian yang lebih tinggi  memerlukan pelaburan, pengetahuan dan masa. Oleh itu, pendekatan kita mestilah  praktikal, iaitu meningkatkan piawaian sambil memastikan perniagaan tempatan tidak  ketinggalan,” katanya. 

Hajiji turut menyambut baik tumpuan persidangan itu terhadap pelaksanaan tindakan  praktikal seperti inisiatif Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan yang menggalakkan organisasi  mengambil bahagian mengurangkan penghantaran sekurang-kurangnya 75 peratus  sisa operasi mereka ke tapak pelupusan dalam tempoh 12 bulan. 

“Saya menggalakkan lebih banyak organisasi di Sabah mempertimbangkan kaedah  untuk mengurangkan sisa, mendapatkan semula sumber yang boleh dimanfaatkan dan  meningkatkan kecekapan dalam operasi masing-masing,” katanya. 

Ketua Menteri turut mengalu-alukan kesinambungan inisiatif ‘Dari Kanak-Kanak Kepada  Kanak-Kanak' dengan komitmen sumbangan sebanyak RM40,000 tahun ini bagi projek  kelestarian yang diterajui sekolah-sekolah di Sabah. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan peralihan ke arah ekonomi  yang lebih lestari secara bersendirian. 

“Kita memerlukan kerjasama sektor perniagaan, institusi kewangan, pelabur, penyelidik  dan masyarakat. Sabah mengalu-alukan kerjasama strategik yang dapat membawa  pelaburan, teknologi dan kepakaran baharu ke negeri ini. 

“Pada masa yang sama, kita mahu peluang-peluang ini mewujudkan pekerjaan yang  bermakna, memperkukuh keupayaan tempatan dan memberikan manfaat nyata kepada  rakyat. 

“Akhirnya, kejayaan kita bukan hanya perlu diukur berdasarkan jumlah pelaburan yang  berjaya ditarik, tetapi juga nilai berkekalan yang diwujudkan untuk Sabah dan  rakyatnya,” katanya. 

Tamat

 

 

KOTA KINABALU: Sabah is leveraging its natural resources sustainably to attract  investment, strengthen market access, and generate higher-value economic  opportunities, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

“Sustainability is no longer simply a matter of environmental protection or regulatory  compliance, important as those responsibilities remain. 

“It is increasingly influencing where investments go, which businesses can access  international markets, and how competitive our industries will be in the years ahead,” he  said at the opening of the Sustainable Action Conference 2026 (SAC 4.0) at the  Magellan Sutera Resort here today. 

The event, held for the first time here, was organised by Control Union Malaysia, with  the support of the Embassy of the Kingdom of the Netherlands in Malaysia. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun delivered the  Chief Minister’s speech. 

He said Sabah is fortunate to possess extraordinary natural wealth. 

“Our forests, biodiversity, rivers, coastlines and marine ecosystems are among our  greatest assets. They support many of our key industries, but more importantly, they  sustain the livelihoods of countless Sabahans. 

“We must therefore recognise that protecting our environment and pursuing economic  development are not opposing objectives. Our challenge is to achieve both. We must  develop our resources responsibly, so that they continue to provide opportunities and  prosperity for future generations,” he said. 

The Chief Minister said this aligned with the Sabah Maju Jaya 2.0 development plan for  2026 to 2030. 

“Agriculture, industry and tourism remain important pillars of our economy, and  sustainability must increasingly become an enabler of their growth.

“Our Blue Economy agenda also presents considerable opportunities, particularly in  sustainable fisheries, aquaculture, marine biotechnology, maritime activities and nature based tourism. 

“We want these industries to grow, but their long-term success depends on how well we  manage the resources on which they rely,” he said. 

A similar principle applies to the state’s forests and mangroves, which protect  biodiversity, store carbon, and support coastal communities' resilience, he said. 

“These are not merely environmental assets, they have real economic and social value.  When a river becomes polluted, or a marine ecosystem is damaged, the consequences  are felt by fishermen, farmers, tourism operators and the communities who depend on  them. 

“Responsible management is therefore not only good environmental policy. It is also  sound economic policy,” he said. 

Another key focus is energy, he said, adding that through the Sabah Energy Roadmap  and Master Plan 2040, the State Government is working toward greater energy security,  more reliable supply, and opportunities for renewable energy and new technologies. 

“We recognise that Sabah needs sufficient and affordable energy to support industrial  growth and investment. At the same time, we must progressively improve the  sustainability and efficiency of our energy system. 

“The same applies to the buildings, infrastructure and cities we develop today. The  decisions we make now will influence how efficiently our communities use energy and  resources for many years to come,” he said. 

Hajiji said another important consideration is the changing expectations of international  markets. 

“For Sabah’s agriculture, forestry, fisheries and aquaculture industries, it will increasingly  matter not only what we produce, but how responsibly we produce it. Traceability,  environmental standards and good governance are becoming important factors in  market access and competitiveness. 

“We must help our local industries, including smaller businesses, prepare for these  changes. Adapting to higher standards requires investment, knowledge and time. Our  approach must therefore be practical, raising standards while ensuring that our local  businesses are not left behind,” he said. 

Hajiji was also pleased to note that the conference is giving attention to practical action,  such as the Zero Waste to Landfill initiative, which encourages participating  organisations to divert at least 75 per cent of their operational waste from landfill within  12 months.

“I encourage more organisations in Sabah to consider how they can reduce waste,  recover resources and improve efficiency in their own operations,” he said. 

The Chief Minister also welcomed the continuation of the From Children to Children  initiative and this year’s RM40,000 commitment to school-led sustainability projects in  Sabah. 

The Chief Minister said the State Government cannot undertake the transition to a more  sustainable economy alone. 

“We need businesses, financial institutions, investors, researchers and communities to  work together. Sabah welcomes partnerships that can bring new investment,  technologies and expertise to our State. 

“At the same time, we want these opportunities to create meaningful employment,  strengthen local capabilities and deliver tangible benefits to our people. Ultimately, our  success must not be measured only by the investments we attract, but also by the lasting  value they create for Sabah and its people,” he said. 

Ends