KM: SMJ 2.0 terus perkukuh pembangunan modal insan
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa Kerajaan Negeri kekal komited memperkukuh pembangunan modal insan menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
“Ini akan membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang bersedia memenuhi keperluan industri masa depan, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), teknologi digital serta sektor strategik berimpak tinggi yang lain,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL) di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini, hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Dr Andi Md Shamsureezal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Hajiji berkata tema persidangan ASAIHL, “Merapatkan Sempadan, Membina Masa Depan: Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Pembangunan Mampan dan
Transformasi Digital di Asia,” amat bertepatan dalam era transformasi pesat masa kini.
Ketua Menteri berkata, dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat, Sabah berdepan pelbagai cabaran yang kompleks, daripada bentuk muka bumi yang luas meliputi kawasan pesisir pantai, tanah tinggi dan pedalaman yang terpencil, hinggalah kepada masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.
“Kita juga berdepan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Namun begitu, kita telah mengambil langkah proaktif untuk menangani cabaran ini, antaranya dengan menggalakkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Sabah, kolej komuniti, pusat latihan vokasional serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memperluaskan akses kepada pendidikan berterusan,” katanya.
“Persoalan yang perlu kita jawab bukanlah sama ada pembelajaran sepanjang hayat itu penting, tetapi bagaimana kita membina sistem, jalinan kerjasama dan minda yang mampu menjadikan pembelajaran sepanjang hayat lebih mudah diakses, saksama dan berkesan untuk semua,” katanya.
Hajiji berkata AI sedang mengubah cara manusia bekerja, manakala kemunculan berterusan teknologi baharu menuntut industri dan profesion untuk terus menyesuaikan diri.
Katanya, integrasi kecerdasan buatan, analitik data raya, pembelajaran mesin dan platform digital dalam setiap aspek kehidupan manusia sedang mengubah landskap pendidikan, perdagangan, tadbir urus serta interaksi sosial.
“Bagi universiti di seluruh Asia, keadaan ini membawa peluang yang luar biasa, namun pada masa sama turut menghadirkan cabaran yang besar. Peluang tersebut terletak pada keupayaan kita untuk mencapai golongan pembelajar yang sebelum ini sukar diakses melalui platform dalam talian, mikrokelayakan, bilik darjah maya dan pembelajaran diperibadikan yang dibantu AI.
“Pada hari ini, saya amat gembira melihat kehadiran tokoh-tokoh pemikir dalam persidangan ini yang terlibat secara aktif dalam transformasi digital dan inovasi pendidikan.
“Saya dimaklumkan bahawa persidangan ini telah menerima sebanyak 12 kertas penyelidikan daripada penyelidik di seluruh rantau ini. Inilah bentuk penglibatan intelektual yang kita perlukan, iaitu yang mampu menterjemahkan potensi teknologi kepada realiti pendidikan,” katanya.
Ketua Menteri turut berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa ASAIHL 2026 berjaya menarik penyertaan peserta dari lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Iran, Uzbekistan, Kemboja dan Perancis, sekali gus mencerminkan kepelbagaian tradisi akademik, konteks dasar serta pengalaman yang kaya.
“Kepelbagaian ini bukan sekadar satu pencapaian dari segi penganjuran, malah menjadi asas kepada kekuatan pertukaran akademik antarabangsa,” katanya.
Beliau turut memuji UMS atas peranannya dalam usaha berkenaan dan berkata menerusi program jangkauan, inisiatif pembangunan profesional serta aktiviti libat urus komuniti, universiti itu terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembelajaran sepanjang hayat kepada rakyat Sabah.
“Saya berharap lebih banyak institusi dan organisasi yang berkongsi aspirasi sama akan mencontohi usaha seperti ini dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor reaffirmed that the State Government remains steadfast in its commitment to strengthen human capital development through the implementation of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 Roadmap.
“This will help produce a stronger pipeline of skilled workers equipped to meet the needs of future industries, particularly in Artificial Intelligence (AI), digital technology, and other high-impact strategic sectors,” he said at the opening of the International Conference Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL) at the Chancellor Hall, Universiti Malaysia Sabah (UMS) near here today.
His speech was delivered by Dr Andi Md Shamsureezal, Assistant Minister of Tourism,Culture and Environment.
Hajiji said the ASAIHL conference theme, “Bridging Borders and Building Futures: Lifelong Learning for Sustainable Development and Digital Transformation in Asia,” is timely in an era of rapid transformation.
The Chief Minister said, in terms of lifelong learning, Sabah faced complex challenges, ranging from its vast geographical terrain, which includes coastlines, highlands, and remote interior communities, to a population marked by rich ethnic and cultural diversity.
“We also face the digital divide between urban and rural areas. Nevertheless, we have taken proactive steps to address these challenges by among others, by encouraging cooperation among Sabah’s institutions of higher learning, community colleges, vocational centres, and non-governmental organisations to expand the reach of continuing education,” he said.
“The question before us is not whether lifelong learning matters. Rather, it is how we build the systems, partnerships and mindsets that make lifelong learning accessible, equitable, and effective for all,” he said.
Hajiji said AI is reshaping how people work, while the continuous introduction of new technologies requires industries and professions to adapt.
The integration of artificial intelligence, big data analytics, machine learning, and digital platforms into every facet of human activity is reshaping education, commerce, governance, and social interaction, he said.
“For universities across Asia, this presents both an extraordinary opportunity and a formidable challenge. The opportunity lies in our ability to reach learners we have never been able to reach before through online platforms, micro-credentials, virtual classrooms, and AI-assisted personalised learning.
“Today, I am particularly encouraged by the presence at this conference of thought leaders engaged in digital transformation and innovation in education.
“I was informed that the conference has attracted twelve papers from researchers across the region. This is exactly the kind of intellectual engagement we need, one that translates technological possibility into educational reality,” he said.
The Chief Minister is also heartened to note that ASAIHL 2026 has attracted participants from eight countries - Malaysia, Indonesia, Thailand, the Philippines, Iran, Uzbekistan, Cambodia and France - reflecting a truly diverse tapestry of academic traditions, policy contexts and lived experiences.
“This diversity is not merely a logistical achievement. It is the substance of what makes international academic exchange so powerful,” he said.
He also commended UMS for its role in the endeavour and that through its outreach programmes, professional development initiatives, and community engagement activities, the university is steadily strengthening its position as a lifelong learning partner for the people of Sabah.
“I hope more like-minded institutions and organisations will emulate such efforts to promote lifelong learning,” he said.
Ends