Agong kurnia sumbangan RM500,000 kepada mangsa kebakaran Kudat dan Sandakan (Dwibahasa)
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merakamkan penghargaan bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan sumbangan kepada mangsa bencana kebakaran di Kudat dan Sandakan.
Sumbangan berjumlah RM500,000 disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor Tan Sri Dato' Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri sambil disaksikan sendiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.
"Ini adalah tanda keprihatinan Baginda terhadap rakyat Sabah yang terjejas akibat bencana berkenaan.
"Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan dan sokongan yang diberikan, khususnya tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat serta tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan," kata beliau.
Ketua Menteri beerkata, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan kebajikan, pengurusan pusat pemindahan sementara serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa sentiasa terpelihara.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson dan Pegawai Daerah Kudat Charles William Dabbi.
Pada 16 April tahun ini, lapan buah rumah terbakar melibatkan 67 mangsa di Kampung Gumpa, Kudat manakala pada 18 April, 1050 buah rumah telah dijilat api menjejaskan 914 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Bahagia, Sandakan.
Tamat
KUALA LUMPUR: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor expressed his appreciation on behalf of the Sabah State Government for the contribution granted by the Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar to victims of the fire disasters in Kudat and Sandakan.
The RM500,000 contribution was presented by the Managing Trustee of the Sultan Ibrahim Johor Foundation, Tan Sri Dato' Avinderjit Singh to the Chief Minister, in the presence of the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara here today.
“This reflects His Majesty’s concern for the people of Sabah who were affected by the disasters.
“The State Government greatly appreciates the contribution and support provided, particularly for the fire tragedies at Kampung Gumpa, Kudat, and the major fire at Kampung Bahagia, Sandakan,” said the Chief Minister.
He said the Sabah State Government, through the State Disaster Management Committee (JPBN), will continue to strengthen the coordination of welfare assistance, management of temporary evacuation centres and ensure that the welfare and well being of the victims are safeguarded.
Also present were State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Secretary of State Home Affairs and Research Datuk Awang Shahminan Sahari, Sandakan Municipal Council President Datuk Walter Kenson and Kudat District Officer Charles William Dabbi.
On April 16 this year, eight houses were destroyed in the Kudat fire involving 67 victims while on April 18, a massive blaze razed 1,050 houses in Kampung Bahagia, Sandakan, affecting 914 heads of household.
Ends