Pelan Tindakan Bioteknologi Sabah perkasa tadbir urus biodiversiti dan agenda bioekonomi (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuhkan tadbir urus  biodiversiti, agenda bioekonomi dan bioteknologi melalui pelaksanaan Pelan Tindakan  Bioteknologi Sabah 2024–2034, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor. 

“Pelan tindakan ini menjadi kerangka strategik negeri dalam memanfaatkan kekayaan  biodiversiti Sabah secara bertanggungjawab dan berasaskan sains bagi menjana nilai  tambah ekonomi, memperkukuhkan penyelidikan dan inovasi, serta membangunkan  industri bioteknologi yang mampan.  

“Melalui pelaksanaan pelan tindakan ini, Sabah berhasrat untuk menghubungkan  pemuliharaan biodiversiti dengan pembangunan sosioekonomi, di samping memastikan  sumber biologi dan pengetahuan tradisi dimanfaatkan secara lestari serta memberikan  manfaat yang adil dan saksama kepada rakyat negeri ini,” katanya. 

Manakala, katanya tadbir urus biodiversiti terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif,  termasuk pendigitalan sistem pengurusan dan perlindungan pengetahuan tradisi. 

“Ini bagi memastikan khazanah ini terus terpelihara dan digunakan secara lestari untuk  generasi kini dan akan datang,” kata beliau pada majlis Anugerah Penyelidikan  Biodiversiti Terbaik Sabah 2026 sempena Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia peringkat  Sabah di Hotel Hilton di sini malam ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan  Utiliti. 

Tema Hari Biodiversiti Sedunia tahun ini “Tindakan Lokal, Impak Global” amat  bertepatan dengan perjalanan Sabah dalam membuktikan bahawa tindakan yang  dilaksanakan di peringkat tempatan mampu menghasilkan impak yang besar di  peringkat antarabangsa.  

“Sabah bukan sekadar sebuah negeri yang kaya dengan biodiversiti, malah merupakan  antara wilayah yang memainkan peranan penting dan menyumbang dalam mencapai  agenda pemuliharaan biodiversiti di peringkat global,” katanya. 

Buktinya, Sabah memperluaskan lagi Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA)  melalui pewartaan lebih kurang 216,000 hektar kawasan baharu melibatkan kawasan  hutan simpan komersial dan tanah kerajaan. 

Katanya, langkah ini akan meningkatkan keluasan TPA negeri kepada 2.227 juta hektar,  bersamaan 30.06 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah Sabah sekaligus  menyumbang dalam mencapai Sasaran 3 Kunming-Montreal Global Biodiversity  Framework iaitu menjelang tahun 2030, sekurang-kurangnya 30 peratus kawasan  daratan, perairan pedalaman, marin dan pesisir pantai dilindungi dan diurus secara  berkesan. 

Ketua Menteri berkata Sabah terus menjadi destinasi utama penyelidikan biodiversiti.  

“Hutan DaMaI (Danum-Maliau-Imbak) yang terdiri daripada tiga kawasan iaitu Kawasan  Pemuliharaan Lembah Danum, Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau dan  Kawasan Pemuliharaan Kanyon Imbak merupakan hab penyelidikan biodiversiti bertaraf  dunia yang menjadi tumpuan penyelidik tempatan dan antarabangsa. 

“Peningkatan permohonan Lesen Akses Sumber Biologi Negeri Sabah di bawah  Enakmen Biodiversiti Sabah 2000 juga membuktikan bahawa Sabah diiktiraf sebagai  pusat utama bagi penyelidikan biodiversiti di rantau ini.  

“Pelbagai penemuan penting melalui penyelidikan, termasuk penemuan spesies dan  inovasi baharu, dokumentasi habitat kritikal dan pembangunan pendekatan  pemuliharaan merupakan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang telah  dilaksanakan di Sabah,” katanya. 

Satu lagi detik bersejarah telah dicipta hasil penyelidikan biodiversiti di Sabah melalui  Perjanjian Perkongsian Faedah (Benefit Sharing Agreement) yang pertama antara  Kerajaan Negeri Sabah, bersama Botanickel Sabah Sdn. Bhd, pada bulan September  2025, katanya. 

“Projek ini memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar dan penggunaan sumber  secara efisien menggunakan teknologi fitoekstraksi yang inovatif, yang melibatkan  penggunaan tumbuhan hiperakumulator dari Sabah untuk mengekstrak logam nikel  daripada tanah. 

“Ia dijangka memberi impak positif kepada komuniti tempatan melalui peluang  pekerjaan, ekonomi dan kontrak pertanian jangka panjang dan integrasi  ekopelancongan, selain memberi isyarat kepada penyelidik, pelabur, dan industri  antarabangsa lain untuk meneroka potensi besar dalam bioekonomi negeri Sabah,”  katanya. 

Dalam pada itu, menurut beliau selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk  memperkukuhkan budaya penyelidikan dan inovasi, Anugerah Penyelidikan Biodiversiti  Terbaik Sabah diperkenalkan. 

Anugerah ini adalah sebagai platform pengiktirafan kepada para penyelidik tempatan  dan antarabangsa yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam  memperkayakan pengetahuan saintifik berkaitan biodiversiti Sabah, katanya.

“Saya berharap anugerah ini akan terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak  penyelidikan berkualiti tinggi yang mampu mengangkat nama Sabah di persada dunia,  selain menyumbang kepada usaha berterusan pemuliharaan, perlindungan dan  penggunaan lestari biodiversiti di peringkat lokal, nasional dan global,” kata Ketua  Menteri. 

Tamat

KOTA KINABALU: The Sabah Government continues to strengthen biodiversity  governance, the bioeconomy agenda and biotechnology through the implementation of  the Sabah Biotechnology Action Blueprint 2024–2034, Chief Minister Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor said. 

"This action plan serves as the State's strategic framework for harnessing Sabah's rich  biodiversity responsibly and through science-based approaches to generate greater  economic value, strengthen research and innovation and develop a sustainable  biotechnology industry. 

"Through the implementation of this action plan, Sabah aims to link biodiversity  conservation with socio-economic development while ensuring that biological resources  and traditional knowledge are utilised sustainably and that the benefits are shared fairly  and equitably among the people of the State," he said. 

Meanwhile, he said biodiversity governance continues to be enhanced through various  initiatives, including the digitalisation of management systems and the protection of  traditional knowledge. 

"This is to ensure that these invaluable resources continue to be preserved and utilised  sustainably for present and future generations," he said at the 2026 Sabah Best  Biodiversity Research Awards ceremony in conjunction with the State-level World  Biodiversity Day celebration at the Hilton Hotel here on Monday night. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister I and Minister of Works and Utilities,  Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

The theme of this year's World Biodiversity Day, "Acting Locally for Global Impact," aptly  reflects Sabah's journey in demonstrating that actions taken at the local level can  generate significant international impact. 

"Sabah is not only a state rich in biodiversity but is also among the regions playing a vital  role in contributing towards the global biodiversity conservation agenda," he said. 

As proof of this commitment, Sabah has further expanded its Totally Protected Areas  (TPAs) through the gazettement of approximately 216,000 hectares of new protected  areas comprising commercial forest reserves and State land.

He said this would increase the State's total TPA coverage to 2.227 million hectares,  representing 30.06 per cent of Sabah's total land area, thereby contributing towards  Target 3 of the Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework, which aims to ensure  that at least 30 per cent of terrestrial, inland water, marine and coastal areas are  effectively conserved and managed by 2030. 

The Chief Minister said Sabah continues to be a premier destination for biodiversity  research. 

"The DaMaI (Danum-Maliau-Imbak) Forest, comprising the Danum Valley Conservation  Area, Maliau Basin Conservation Area and Imbak Canyon Conservation Area, is a world class biodiversity research hub that attracts both local and international researchers. 

"The increasing number of applications for the State Biological Resources Access  Licence under the Sabah Biodiversity Enactment 2000 also demonstrates Sabah's  recognition as a leading centre for biodiversity research in the region. 

"Numerous important discoveries through research, including the identification of new  species and innovations, documentation of critical habitats and the development of  conservation approaches, are the result of research conducted in Sabah," he said. 

Another historic milestone in Sabah's biodiversity research was achieved through the  signing of the first Benefit Sharing Agreement between the Sabah Government and  Botanickel Sabah Sdn Bhd in September 2025, he said. 

"This project focuses on environmental sustainability and the efficient use of resources  through innovative phytoextraction technology, involving the use of Sabah's  hyperaccumulator plants to extract nickel from the soil. 

"It is expected to generate positive impacts for local communities through employment  opportunities, economic activities, long-term agricultural contracts and ecotourism  integration, while also sending a strong signal to researchers, investors and international  industries to explore the vast potential of Sabah's bioeconomy," he said. 

Meanwhile, in line with the State Government's commitment to strengthening the culture  of research and innovation, Hajiji said the Sabah Best Biodiversity Research Awards  had been introduced. 

The awards serve as a platform to recognise local and international researchers who  have made outstanding contributions to advancing scientific knowledge on Sabah's  biodiversity, he said. 

"I hope these awards will continue to serve as a catalyst for more high-quality research  that will elevate Sabah's standing on the global stage while contributing to the ongoing  conservation, protection and sustainable use of biodiversity at the local, national and  global levels," said the Chief Minister. 

Ends