Zainudin terima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, Datuk Zainudin Aman pada Khamis.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri itu akan secara rasmi mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong pada 29 Jun.
Ketua Menteri berkata beliau berharap pelantikan Zainudin akan memastikan perkhidmatan awam negeri terus progresif dan berdaya saing dalam memacu transformasi pentadbiran negeri ke arah kemajuan serta kecemerlangan yang berterusan.
"Ini juga akan memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi kemakmuran rakyat dan negeri," katanya.
Safar, yang bersara pada 28 Jun telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sabah.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Norlijah Danin akan menggantikan Zainudin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor presented the appointment letter to new State Secretary Datuk Zainudin Aman on Thursday.
The State Public Service Department Director General will officially take over from Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong on June 29.
The Chief Minister had said that he hoped Zainudin's appointment would see the state civil service remains progressive and competitive in driving the state’s administrative transformation toward sustained progress and excellence.
"This will also ensure that government policies are implemented effectively for the prosperity of the people and the state," he said.
Safar who retires on June 28 has been appointed as chairman of the Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd, a Sabah State Government's GLC.
Meanwhile, Deputy State Secretary (Administration) Datuk Norlijah Danin will replace Zainudin as State Public Service Director General.
Ends