KM: Ekonomi Sabah dijangka terus berkembang positif (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah diyakini mampu terus berkembang secara positif  meskipun berdepan tekanan luaran termasuk kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat  konflik berpanjangan di Timur Tengah dan Eropah Timur.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata keyakinan itu  bersandarkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0  yang menjadi teras utama agenda pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan  datang. 

“Dengan selesainya proses Pilihan Raya Negeri ke-17 pada akhir November tahun lalu,  Kerajaan Negeri yang saya pimpin ini bertekad untuk memperhebatkan agenda  pembangunan untuk tempoh lima tahun mendatang, bersandarkan Hala Tuju SMJ 2.0  yang telah dilancarkan pada 30 Januari lalu.  

“Hala tuju ini juga sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)  yang bermula pada tahun ini sehingga 2030. Justeru, saya amat yakin, melalui Hala  Tuju SMJ 2.0, ekonomi negeri mampu berkembang dengan positif meskipun akan  berlaku tekanan luaran seperti kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat peperangan  yang sedang berlaku di Timur Tengah dan di Eropah Timur,” katanya.  

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih pada Istiadat Pengurniaan  Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah  sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua  Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.  

Hajiji berkata, ekoran pergolakan tersebut, mengakibatkan bekalan minyak dunia  turut terjejas.  

“Keadaan ini mencetuskan krisis tenaga di peringkat global, yang juga bakal dirasai di  negara ini. Justeru, saya mengajak seluruh rakyat untuk mengambil langkah berjimat  cermat khususnya dalam berbelanja dan penggunaan kenderaan seharian,” katanya.  

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat agar lebih berhemah dalam  penggunaan air berikutan peningkatan suhu yang menunjukkan tanda-tanda  fenomena El-Nino yang berpotensi menyebabkan kemarau panjang.  

“Untuk itu, elakkanlah daripada melakukan pembakaran terbuka, dan kurangkan aktiviti  luar terutama ketika suhu mencapai tahap panas yang luar biasa,” katanya.   

Menyentuh prestasi ekonomi negeri, Hajiji berkata Kerajaan Negeri mula menerokai  potensi Ekonomi Biru sebagai pemacu strategik utama di bawah SMJ 2.0, berasaskan  kelebihan maritim dan biodiversiti Sabah. 

“Ia merangkumi pembangunan bioteknologi marin, perikanan pintar, marikultur moden,  logistik dan pelancongan lestari, serta penggunaan sungai sebagai nadi ekonomi luar  bandar,” katanya. 

Menurut beliau, inisiatif itu turut melibatkan perlindungan pesisir pantai, bakau dan  terumbu karang serta pembangunan karbon biru ke arah pertumbuhan ekonomi bernilai  tambah yang lebih tinggi. 

“Penerokaan Ekonomi Biru ini, terutama dalam sektor perikanan dan akuakultur,  dijangka mampu menjana pendapatan hasil laut sehingga RM3.25 bilion setahun,”  katanya. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan  Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan program  pembangunan berjalan secara teratur, cekap dan berkesan. 

“Projek-projek pembangunan, khususnya yang menjadi keutamaan, meliputi  pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kebajikan perlu  dipantau lebih rapi agar berjalan lancar dan terlaksana seperti yang dijadualkan,”  katanya. 

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Hajiji turut mengajak  seluruh kepimpinan negeri termasuk penjawat awam dan sektor swasta untuk bersama sama memperkukuh azam dan iltizam dalam memacu kemajuan Sabah. 

“Saya ingin mengajak seluruh kepimpinan negeri, untuk kita terus mencurahkan khidmat  bakti demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Sabah’s economy is expected to continue growing positively despite  facing external pressures, including the impact of a global economic slowdown caused  by prolonged conflicts in the Middle East and Eastern Europe.  

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this confidence is based on  the implementation of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 Development Plan, which serves  as the main pillar of the state’s development agenda for the next five years.  

“With the conclusion of the 17th State Election at the end of November last year, the  State Government that I lead is determined to intensify the development agenda for the  next five years, guided by the SMJ 2.0 roadmap, launched on January 30.  

“This direction is also aligned with the implementation of the 13th Malaysia Plan (RMK 13), from 2026 to 2030. Hence, I am confident that through SMJ 2.0, the state economy  will continue to grow positively despite external pressures such as the global economic  slowdown arising from ongoing conflicts in the Middle East and Eastern Europe,” he  said.  

The Chief Minister said this at the Investiture Ceremony in conjunction with the 75th  Official Birthday Celebration of the Head of State at Istana Seri Kinabalu on Monday.  

Hajiji said that due to the ongoing conflicts, the world's oil supplies were also affected. 

“This situation has triggered a global energy crisis, which will also be felt in this  country. Therefore, I urge the people to practise prudence, particularly in spending and  in the use of vehicles for daily activities,” he said.  

At the same time, he also reminded the public to be more prudent in water usage  following rising temperatures that indicate the onset of the El Niño phenomenon, which  could potentially lead to prolonged drought.  

“In this regard, avoid open burning and reduce outdoor activities, especially when  temperatures reach unusually high levels,” he said.  

Touching on the state’s economic performance, Hajiji said the State Government has  begun exploring the potential of the Blue Economy as a key strategic driver under SMJ  2.0, leveraging Sabah’s maritime and biodiversity advantages.   

“It encompasses the development of marine biotechnology, smart fisheries, modern  mariculture, logistics and sustainable tourism, as well as the utilisation of rivers as  economic lifelines for rural areas,” he said. 

This initiative also includes the protection of coastal areas, mangroves and coral reefs,  as well as the development of blue carbon towards higher value-added economic  growth. 

“The exploration of the Blue Economy, particularly in the fisheries and aquaculture  sectors, is expected to generate marine-based revenue of up to RM3.25 billion annually,”  he said. 

Meanwhile, he stressed that close cooperation between the State and Federal  Governments will continue to be strengthened to ensure development programmes are  implemented in an orderly, efficient and effective manner. 

“Development projects, especially priority ones, including infrastructure, healthcare,  education, security and welfare, must be closely monitored to ensure smooth  implementation and completion as scheduled,” he said. 

In conjunction with the Head of State’s birthday celebration, Hajiji also called on all state  leaders, including civil servants and the private sector, to strengthen their resolve and  commitment in driving Sabah’s progress. 

“I would like to call on all state leaders to continue rendering their service for the  prosperity of the state and the well-being of the people,” he said. 

Ends