Kerajaan komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh.
“Ini termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya, demi kesejahteraan rakyat.
“Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya di Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah malam ini.
Tambahnya, dengan terbentuknya Kerajaan Negeri yang baharu bagi penggal kedua pada November lalu, agenda pembangunan yang holistik berteraskan Hala Tuju SMJ 2.0 iaitu lanjutan daripada Dasar Hala Tuju SMJ 1.0, akan menjadi panduan dan landasan dalam membawa negeri ini ke mercu kejayaan.
"Kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0, memberikan kita keyakinan bahawa pendekatan pentadbiran Kerajaan sejak lima tahun lalu berada pada landasan yang tepat.
"Justeru, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan dan pembangunan yang berterusan," katanya.
Beliau menyeru semua pihak untuk memainkan berperanan masing-masing dalam menjunjung tinggi nilai profesionalisme, memelihara disiplin dan berpegang teguh kepada integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya yakin, bahawa pentadbiran yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik akan mampu meningkatkan keyakinan pelabur, memperkukuh daya saing ekonomi negeri serta mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah pembangunan yang mampan," katanya.
Hajiji berkata segala usaha dan inisiatif murni Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan Sabah terus bergerak maju dan mencapai pembangunan yang mampan selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.
Ketua Menteri turut berkata bahawa beliau serta seluruh anggota pentadbiran negeri amat menghargai kepimpinan, kebijaksanaan serta naungan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, yang menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian rakyat di negeri ini.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor stressed that the State Government remains committed to carrying out a wide range of comprehensive development initiatives.
“This includes an emphasis on strengthening the state economy, infrastructure development and improving healthcare, education, safety and other facilities for the well-being of the people.
“In delivering this agenda, civil servants must perform their duties with full dedication, honesty and integrity to ensure that every government policy and initiative can be implemented better and more effectively,” he said at the State Banquet in conjunction with the 75th official birthday celebration of the Head of State at the Banquet Hall, State Legislative Assembly this evening.
He added that with the formation of the new State Government for a second term in November last year, a holistic development agenda based on Hala Tuju SMJ 2.0 - a continuation of the Hala Tuju SMJ 1.0 policy, will serve as a guide and platform to bring the state to greater heights.
“The successful implementation of the SMJ 1.0 Development Plan gave us confidence that the government’s administrative approach over the past five years has been on the right track.
“Therefore, the SMJ 2.0 Development Plan is a continuation that requires ongoing change to enhance capabilities, including a shift in thinking and ways of working and creating new value for sustained progress and development,” he said.
He called on all parties to play their part in upholding professionalism, maintaining discipline and adhering to integrity in carrying out their duties and responsibilities.
“I am confident that administration grounded in integrity and good governance will be able to boost investor confidence, strengthen the state’s economic competitiveness and create a conducive environment for sustainable development,” he said.
Hajiji said all noble efforts and initiatives of the Government must be carried out with a strong sense of responsibility to ensure Sabah continues to move forward and achieve sustainable development in line with the state’s development aspirations.
The Chief Minister said he and the entire state administration highly appreciate the leadership, wisdom and patronage of the Head of State, who is a symbol of unity, stability and harmony for the people of Sabah.
Ends
