Kerajaan Negeri akan terus sokong keperluan polis (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Kerajaan Negeri akan terus menyokong keperluan anggota polis yang merupakan rakan  strategik utama keselamatan dan pembangunan negeri. 

“Keselamatan negeri adalah asas kepada kestabilan pembangunan, kesejahteraan  rakyat dan keyakinan pelabur,” katanya. 

Ketua Menteri mengulangi bahawa dalam kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0  (SMJ 2.0), keselamatan adalah pemudah cara utama kepada pertumbuhan ekonomi  negeri serta teras kepada usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat negeri ini.  

“Malah, tanpa kestabilan sudah tentu ia turut memberi kesan kepada pelaksanaan  pembangunan SMJ 2.0,” katanya pada majlis perasmian Galeri Polis Negeri Sabah di  Kepayan dekat sini hari ini. 

Beliau turut memuji inisiatif menjadikan sebuah bangunan lama di kawasan Ibu Pejabat  Kontinjen (IPK) Polis Sabah sebagai Galeri Polis Negeri Sabah. 

“Ia bukan sekadar tempat untuk pameran semata-mata, tetapi ia adalah arkib hidup  yang mengabadikan sejarah, jerih perih, dan komitmen PDRM di Sabah.  

“Galeri ini juga adalah saksi perjuangan, pengorbanan, dan dedikasi warga polis dalam  mengekalkan keamanan negara. Ia merupakan sebuah wadah bagi menzahirkan  penghargaan atas pengorbanan, jasa dan bakti yang tidak terbalas daripada seluruh  warga PDRM, baik yang masih berkhidmat mahu pun sudah bersara,” katanya. 

Antaranya pameran utama di galeri tersebut adalah insiden Tanduo. Lahad Datu pada  tahun 2013, yang terus menjadi ingatan dan lipatan sejarah kepada rakyat di negeri ini. 

“Justeru, saya menyifatkan kewujudan galeri ini amat signifikan dan bertepatan pada  masanya sebagai wadah untuk memastikan pengorbanan wira-wira negara terus  terpahat dalam ingatan, kerana jasa mereka merupakan benteng utama kedaulatan  negara,” katanya. 

Di samping itu, galeri ini akan menjadi pusat pendidikan iaitu sebagai medium rujukan  sejarah untuk generasi muda agar mereka menghargai nilai keamanan yang dinikmati  hari ini, katanya.

“Ia mendidik generasi muda dan mengingatkan kita semua akan erti keselamatan,  keamanan serta disiplin tinggi yang dipegang teguh oleh pasukan polis,” katanya. 

Sempena Hari Memperingati Polis Ke-219, Ketua Menteri meminta seluruh anggota  PDRM untuk terus meningkatkan semangat serta iltizam untuk berkhidmat dengan  penuh komited demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negara. 

“Bagi mengekalkan tahap integriti dalam perkhidmatan, saya berharap semua anggota  polis akan terus berkhidmat dengan disiplin dan integriti yang tinggi.  

“Jadikan paparan di galeri ini sebagai pembakar semangat untuk terus memelihara  maruah pasukan,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government will continue to support the needs of police personnel, describing them as  key strategic partners in the state’s security and development. 

“State security is the foundation of development stability, the well-being of the people  and investor confidence,” he said. 

The Chief Minister reiterated that security is a key enabler of economic growth under the  Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) development plan and a core pillar in strengthening the  well-being of the people.  

“Without stability, it would certainly affect the implementation of SMJ 2.0,” he said at the  opening ceremony of the Sabah Police Gallery at the Sabah Police Contingent  Headquarters (IPK) in Kepayan, near here today. 

He praised the initiative to convert an old IPK building into the Sabah Police Gallery,  calling it “not merely a place for exhibitions, but a living archive that preserves the history,  hardships and commitment of the Royal Malaysia Police (PDRM) in Sabah. 

This gallery stands as a testament to the struggle, sacrifice and dedication of police  personnel in maintaining national security. It serves as a platform to express  appreciation for the invaluable sacrifices, contributions and services of all PDRM  personnel, both serving and retired,” he said. 

Among the main exhibits is the 2013 Tanduo incident in Lahad Datu, which remains a  significant memory and part of the state’s history.  

“I view the establishment of this gallery as highly significant and timely in ensuring that  the sacrifices of national heroes remain etched in memory,” he said. 

The Chief Minister also highlighted the gallery’s role as an educational centre and  historical reference for the younger generations to appreciate the value of peace and  security.  

“It educates the younger generation and reminds us all of the meaning of security, peace  and the high discipline upheld by the police force,” he said.

In conjunction with the 219th Police Commemoration Day, the Chief Ministeri urged all  PDRM personnel to strengthen their spirit and resolve to serve with full commitment in  safeguarding the nation’s security, well-being and peace. 

“To maintain a high level of integrity in service, I hope all police personnel will continue  to serve with discipline and integrity. 

“Let the displays in this gallery serve as a source of inspiration to continue upholding the  honour of the force,” he said. 

Ends