Kestabilan politik terus diperkukuh (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan  Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkukuh kestabilan politik yang sedang  dinikmati di Sabah ketika ini. 

“Kestabilan politik adalah prasyarat utama kepada pembangunan dan kemakmuran,”  negeri,” katanya.  

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri telah merangka hala tuju yang lebih strategik  dan menyeluruh melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi memacu  Sabah ke tahap kemajuan yang lebih tinggi. 

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan di atas kertas, sebaliknya ia merupakan komitmen jitu  untuk mentransformasikan ekonomi negeri, memperkasa modal insan dan memastikan  kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri  2026. 

Sehubungan itu, Ketua Menteri mengajak seluruh rakyat Sabah untuk menjadikan  sambutan Aidilfitri sebagai pemangkin untuk memperbaharui tekad, mempererat  perpaduan dan melipatgandakan usaha demi membina Sabah yang lebih maju dan  sejahtera di bawah naungan agenda Sabah Maju Jaya. 

“Sesungguhnya, Aidilfitri adalah simbol kemenangan melawan hawa nafsu,  kemenangan mendidik jiwa dengan kesabaran dan keikhlasan serta platform terbaik  untuk memperkukuh silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan masyarakat  keseluruhannya. 

“Di bumi Sabah yang bertuah ini, Aidilfitri diraikan dalam suasana muhibah oleh  masyarakat pelbagai kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar kita, iaitu perpaduan  dalam kepelbagaian.  

“Nilai hormat-menghormati, toleransi dan kebersamaan yang kita warisi sekian lama  harus terus dipelihara sebagai asas kestabilan dan kemajuan negeri,” katanya. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor stressed that  the State Government remains steadfast in its commitment to strengthening the political  stability currently enjoyed in Sabah. 

“Political stability is the primary prerequisite for the state's development and prosperity,”  he said. 

The Chief Minister said the State Government has outlined a more strategic and  comprehensive roadmap to propel Sabah to a higher level of development through the  Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 development plan. 

“SMJ 2.0 is not merely a plan on paper, but a clear commitment to transforming the  state’s economy, empowering human capital and ensuring that the welfare of the people  remains a priority,” he said in his 2026 Hari Raya Aidilfitri message. 

The Chief Minister called upon all Sabahans to use the Aidilfitri celebrations as a catalyst  to renew their resolve, strengthen unity and redouble efforts toward building a more  advanced and prosperous Sabah under the Sabah Maju Jaya agenda. 

“Aidilfitri is a symbol of victory over one's desires, the triumph of nurturing the soul with  patience and sincerity and a celebration of strengthening bonds among family members,  neighbours and the whole community. 

“In this blessed land of Sabah, Aidilfitri is celebrated in a spirit of goodwill by people of  various races and religions. This is our true strength, unity in diversity. 

“The values of mutual respect, tolerance and togetherness that we have inherited for so  long must continue to be preserved as the foundation of the state's stability and  progress,” he added. 

Ends