Langkah proaktif memastikan bekalan bahan api mencukupi (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Datuk Armizan Mohd Ali di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa. 

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada isu bekalan bahan api di Sabah, khususnya  petrol dan diesel, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kehabisan  stok (stock out) yang boleh menjejaskan pengguna serta kelangsungan sektor ekonomi  negeri. 

Armizan dalam pertemuan itu memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan melalui  kementeriannya sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan bahan  api di Sabah kekal mencukupi dan stabil. 

Beliau berkata, pemantauan rapi serta penyelarasan berterusan bersama agensi  berkaitan akan terus diperkukuh bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan,  khususnya di kawasan luar bandar dan sektor kritikal. 

Sementara itu, Hajiji menegaskan kepentingan bekalan bahan api yang konsisten bagi  menyokong aktiviti ekonomi negeri, termasuk sektor logistik, perikanan dan pertanian  yang banyak bergantung kepada penggunaan diesel. 

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Pengerusi  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohd Salim Fateh  Din yang memberi taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital  Negara (JENDELA) di Sabah serta inisiatif Bandar Pintar Dewan Bandaraya Kota  Kinabalu (DBKK Smart City). 

Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk James  Ratib,Ahli SKMM, Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin serta pegawai kanan  suruhanjaya itu. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,  received a courtesy visit from the Minister of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN),  Datuk Armizan Mohd Ali, at Menara Kinabalu here on Tuesday. 

The meeting focused on the issue of fuel supplies in Sabah, particularly petrol and diesel,  amid concerns on potential stock-outs that could affect consumers and the continuity of  the state’s economic sectors. 

At the meeting, Armizan assured that the Federal Government, through his ministry, is  taking proactive measures to ensure that fuel supplies in Sabah remain sufficient and  stable. 

Armizan said close monitoring and ongoing coordination with relevant agencies will be  strengthened to prevent any supply disruptions, especially in rural areas and critical  sectors. 

Meanwhile, the Chief Minister emphasised the importance of a consistent fuel supply to  support the state’s economic activities, including the logistics, fisheries and agriculture  sectors which rely heavily on diesel. 

Earlier, the Chief Minister received a courtesy visit from the Chairman of the Malaysian  Communications and Multimedia Commission (MCMC), Tan Sri Mohd Salim Fateh Din,  who briefed him on the progress of the National Digital Network Plan (JENDELA)  implementation in Sabah and the Kota Kinabalu City Hall Smart City (DBKK Smart City)  initiative. 

Also present were the State Minister of Education, Science, Technology and Innovation,  Datuk James Ratib, MCMC member General (Rtd) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin; and  senior officials of the commission. 

Ends