Ketua Menteri, Isteri hadiri Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M Istana Seri Kinabalu, pada 1 Syawal. 

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni itu turut diserikan  dengan keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun  Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima  Datuk Hajah Faridah Tussin. 

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker  Dewan Undangan Negeri, barisan Menteri Kabinet, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN),konsul kehormat dari negara asing serta pegawai  kanan kerajaan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan jamuan Aidilfitri yang  menyajikan pelbagai hidangan tradisional, diiringi persembahan yang menambahkan  kemeriahan suasana. 

Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar bersama Yang di-Pertua Negeri dan  Toh Puan sebagai simbol penghargaan serta kenangan kepada para tetamu yang hadir. 

Tamat